THE KAISER 1000% BE@RBRICK, KOLABORASI TERAKHIR KARL LAGERFELD
Kolaborasi terakhir pereka fesyen ikonik, Karl Lagerfeld bersama BE@RBRICK, patung edisi terhad The Kaiser 1000% BE@RBRICK boleh didapati melalui Archi Luxury Group di Malaysia.
Dalam memberikan penghormatan terakhir buat pereka fesyen ikonik, Karl Lagerfeld, Medicom Toy mempersembahkan patung edisi terhad, The Kaiser 1000% BE@RBRICK. Ia merupakan kolaborasi terakhir oleh Pengarah Kreatif rumah fesyen Chanel dan Fendi itu sebelum beliau meninggal dunia pada 2019.
Seperti pesona Karl Lagerfeld yang laur biasa, The Kaiser 1000% BE@RBRICK turut sama membiaskan stail signature milik “The Kaiser of Fashion” itu. Patung ini dilengkapi dengan rambut panjang berwarna putih, kaca mata hitam rose-tinted, kemeja putih, tali leher hitam, sarung tangan fingerless, aksesori perak dan juga ekspresi yang cukup sinonim dengan beliau. Cetakan “The Kaiser N0°2” boleh didapati di belakang patung yang mengenakan sut kulit ular itu, bersama seluar rona hitam.
“What I really like is what I’ve never done before” antara kata-kata keramat yang pernah diucapkan oleh Karl Lagerfeld. Sepanjang kariernya, pereka fesyen kelahiran Jerman itu senantiasa mencuri perhatian peminat juga pengkritik fesyen di seluruh dunia. Beliau tidak hanya fokus kepada seni fesyen sahaja, Karl Lagerfeld turut sama terlibat dalam projek fotografi, pencetakan, desain dan juga pengarahan filem.
Koleksi istimewa ini hadir dalam kuantiti yang terhad di butik Karl Lagerfeld Paris Saint-Germain di kota Paris, Perancis. Tetapi peminat di Malaysia boleh memesan secara eksklusif melalui Archi Luxury Group dengan harga RM 60,000.00, termasuk dengan caj penghantaran dan bayaran cukai terus dari Paris. Penjualan tertaluk kepada dasar first come first serve.
Peminat yang berminat boleh menghubungi +011-1216 3633 atau menghantar mesej terus di akaun Instagram rasmi Archi Luxury Group.
Foto: Archi Luxury Group
Baca lebih lanjut: HILTON SINGAPORE ORCHARD, HOTEL HILTON TERBESAR DI ASIA PASIFIK KINI DIBUKA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BLEU DE CHANEL LAMBANG KEBEBASAN
Elemen kejutan, intipatinya di luar jangkaan. BLEU DE CHANEL Eau de Parfum aromanya memikat jiwa penuh aromatik dalam tiga dimensi.
BANDARAYA YANG PALING ‘HORNY’ DI DUNIA
Kajian terbaharu yang dijalankan oleh The Bottle Club telah meletakkan bandaraya London, United Kingdom sebagai destinasi yang paling ‘horny’ dan penuh nafsu di dunia.
Kompa Memeluk Alam
Sorotan dari Design Miami 2021 yang berlangsung awal Disember lalu, mempamerkan kerjasama antara Fendi dan jenama perabot yang berpangkalan di Botswana; Mabeo.
SANDRO RAIKAN GEMILANG 50 TAHUN IKON BUDAYA POP YAKNI SMILEY
Sandro Paris Raikan Ulang Tahun Ke-50 The Original Smiley Melalui Taruhan Koleksi Lengkap.
RESET KARL LAGERFELD UNTUK MUSIM BUNGA/PANAS 2022
Untuk musim bunga/panas 2022, Karl Lagerfeld menceduk inspirasi daripada elemen alam semulajadi dalam gaya estetika rock yang kekal menjadi signature label.
IMAGINASI SENI SWATCH DAN CENTRE POMPIDOU
Swatch meneruskan siri jam tangan Museum Journey kali ini dengan menampilkan karya-karya kontemporari yang ikonik daripada Centre Pompidou di kota Paris.