5 PENGARAH KREATIF FESYEN YANG PALING MENJADI BUALAN SEPANJANG 2025
Perubahan besar dalam fesyen global sepanjang 2025 menjadikan nama-nama seperti Blazy, Anderson, Trotter, Demna dan Rider paling hangat dibualkan, kerana tahun ini menyaksikan gelombang “creative reshuffle” yang mengubah hala tuju jenama mewah dunia.
Dengan industri pasaran mewah yang semakin tidak stabil, label besar memilih pengarah kreatif yang mampu mengimbangi inovasi moden dan strategi komersial yang relevan. Menjadikan setiap pelantikan mereka bukan sekadar berita tetapi sebuah momen penting dalam evolusi identiti fesyen global.
#1 Matthieu Blazy
Blazy kembali mendominasi fesyen 2025 selepas dilantik sebagai Pengarah Kreatif baharu Chanel. Koleksi Spring/Summer 2026 Ready‑to‑Wear, yang diperagakan di Paris Fashion Week pada 6 Oktober 2025 di Grand Palais menjadi bukti jelas bahawa rumah fesyen ikonik itu kini berada di ambang era baharu. Koleksi bertemakan galaksi dengan planet dan bintang besar bergantungan di atas namun di sebalik glamor visual, Blazy memilih untuk menghasilkan tweed tradisional Chanel, jaket cropped dengan potongan maskulin, blaus dan gaun sutera serta suit dengan siluet baru yang menggabungkan warisan Coco Chanel dengan gaya moden yang segar.

#2 Jonathan Anderson
Jonathan Anderson menjadi antara nama paling hangat diperkatakan sepanjang 2025 selepas dilantik sebagai Pengarah Kreatif sepenuhnya Dior merangkumi menswear, womenswear, dan couture. Menjadikan Anderson salah satu kuasa kreatif paling berpengaruh dalam industri fesyen. Langkah besar ini bukan sahaja menandakan transisi monumental dalam sejarah Dior, tetapi turut membuka ruang kepada interpretasi baharu terhadap warisan jenama tersebut melalui sentuhan avant-garde dan naratif kontemporari yang sudah sinonim dengan karya Anderson di Loewe.

#3 Louise Trotter
Louise Trotter menjadi figura paling hangat diperkatakan sepanjang 2025 selepas diumumkan sebagai Pengarah Kreatif baharu Bottega Veneta. Trotter yang menggantikan Matthieu Blazy; sebuah peralihan besar yang mencetuskan rasa ingin tahu industri kerana maison ini terkenal dengan identiti “quiet luxury” dan craftsmanship yang sangat teliti. Reputasi Trotter yang sinonim dengan keseimbangan antara elegan, fungsionaliti dan “everyday luxury” menjadikan pelantikannya menarik perhatian ramai. Dunia fesyen menantikan bagaimana sentuhannya yang halus tetapi moden akan membentuk era baharu Bottega.

#4 Demna
Demna, telah mentakrifkan semula fesyen mewah sejak era Balenciaga, melonjak kembali ke sorotan global pada 2025 ketika dilantik sebagai Pengarah Kreatif baharu Gucci. Satu langkah yang dianggap “pertaruhan besar” untuk menghidupkan semula jenama Itali itu selepas tempoh suram. Debutnya bersama Gucci hadir dalam bentuk koleksi khas bertajuk La Famiglia. Dilancarkan dalam filem pendek bertajuk The Tiger pada September 2025. Menggantikan runway konvensional, koleksi tersebut mengejutkan dunia fesyen dengan gabungan estetika Gucci klasik dan sentuhan avant-garde. Dengan reputasinya yang membawa streetwear, budaya pop dan dekontruksi ke arena mewah, nama Demna terus menjadi “the talk of the town” oleh industri dalam tahun 2025.
#5 Michael Rider
Michael Rider menjadi topik paling panas yang disebut-sebut dalam dunia fesyen 2025 apabila dia kembali sebagai Pengarah Kreatif Celine. Koleksi terbarunya Celine Spring/Summer 2026, yang dilancarkan di Paris telah mendapat sambutan hangat dari industri dan peminat fesyen. Dalam koleksi debut ini, Rider menggabungkan warisan klasik Celine dengan sentuhan moden dan praktikal. Memperkenalkan tailoring halus, coat panjang, trousers potongan ramping dan aksesori ikonik seperti scarf sutera. Bag dengan lining “Smile/New Luggage”, serta perhiasan bold yang mencerminkan gaya preppy-bourgeois kontemporari. Koleksi itu dianggap sebagai “permulaan bab baru” bukan hanya cuba meniru estetika lama tetapi menjanjikan identiti segar yang relevan dengan gaya hidup moden.

Artikel Berkaitan: 5 ‘DROP’ TERHANGAT SVG WORLDWIDE TAHUN 2025
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RIDZMAN ZIDAINE & SUGANYA MEWAKILI MALAYSIA’S NEXT MODEL WAVE
MALAYSIA’S NEXT MODEL WAVE: Ridzman Zidaine dan Suganya top model generasi kini yang mencorakkan masa depan fesyen Malaysia.
DOMINASI GLOBAL: RIDZMAN ZIDANE & SUGANYA. DUA TOP MODELS MENGHIASI COVER GLAM LELAKI MAC 2026
Dengan portfolio yang semakin mengukuh, Ridzman Zidaine dan Suganya membuktikan bahawa kejayaan dalam dunia peragaan bukan hadir secara kebetulan, tetapi melalui kerja keras, ketekunan, dan strategi yang jelas.
SELEBRITI THAILAND MENDOMINASI BARISAN HADAPAN PARIS FASHION WEEK 2026
Kehadiran selebriti Thailand di Paris Fashion Week menunjukkan pengaruh budaya pop Asia Tenggara semakin penting dalam dunia fesyen.
7 TREND KASUT LELAKI YANG AKAN MENDOMINASI MUSIM BUNGA 2026
Trend kasut lelaki musim bunga 2026 memberi fokus kepada keselesaan dan gaya daripada kanvas klasik hingga slip-on anyaman.
DESIGNERS TO WATCH: NAMA PENTING DI SEBALIK KOLEKSI FALL/WINTER 2026
Fall/Winter 2026 menyaksikan kebangkitan pereka baharu dan nama besar yang menentukan masa depan fesyen lelaki.
JACOB ELORDI ANTARA SELEBRITI PALING BERGAYA 2025
Daripada Wuthering Heights, Jacob Elordi mengukuhkan reputasi sebagai aktor versatil dan ikon gaya lelaki moden 2025.











