Skip to content

HILTON SINGAPORE ORCHARD, HOTEL HILTON TERBESAR DI ASIA PASIFIK KINI DIBUKA

Kongsikan artikel ini

Antara rangkaian hotel terbesar, Hilton melancarkan Hilton Singapore Orchard yang merupakan hotel terbesar mereka di rantau Asia Pasifik.

Berlokasi di pusat Orchard Road, Hilton telah membuka pintu kepada Hilton Singapore Orchard yang merupakan hotel terbesar mereka di rantau Asia Pasifik. Rangkaian hotel ikonik itu melancarkan hotel dengan kapasiti 1,080 buah ruang penginapan dalam memberikan penanda aras baharu kepada hospitaliti di pusat membeli-belah utama di Singapura, selain menampilkan desain kontemporari, pengalaman gastronomi inovasi dan juga ruang acara yang ekstensif.

Desain kontemporari yang diketengahkan oleh Hilton Singapore Orchard ini memberikan penghormatan kepada sejarah kolonial dan warisan pertanian Singapura. Sisi botanikal dibiaskan di segenab ruang hotel melalui karya seni dan dekorasi dalaman yang mesra alam sekitar. Tidak dilupakan, penggunaan teknologi cekap energi dalam pelbagai sudut dalam ruang menginapan, selain akses kunci digital dan telefon pintar akan memberikan keselesaan maksimum kepada pengunjung yang on-the-go.

Dari Osteria Mozza oleh cef popular, Nancy Silverton kepada pengalaman kulinari sepanjang hari di restoran Estate, Hilton Singapore Orchard akan mempersembahkan lima konsep pilihan untuk memberikan kepuasan buat semua pengunjung. Nikmati hidangan minum petang yang diinspirasikan oleh botanikal di Ginger.Lily, atau hidangan dua bintang Michelin di Shisen Hanten oleh Chen Kentaro. Juga Chatterbox yang memenangi anugerah dengan sajian lokal Singapura yang menyelerakan.

Hotel ini juga menyediakan 2,400 meter persegi ruang acara untuk mesyuarat, persidangan dan majlis dalam ajnas saiz, termasuklah 16 ruang yang cukup versatil yang disinari cahaya natural. Terdapat dua dewan ballroom, dan Grand Ballroom yang elegan mampu memuatkan sehingga 900 pengunjung serta Imperial Ballroom dengan pemandangan panorama kotaraya.

Tempahan sehingga 30 Jun 2022 akan menerima tawaran istimewa seperti sarapan untuk dua orang, promosi 25 peratus untuk makanan dan minuman di Estate dan Ginger.Lily, 1000 mata Hilton Honors tambahan setiap malam serta banyak lagi. Hilton Singapore Orchard terletak 333 Orchard Road, Singapore 238867.

 

Foto: Hilton Hotels & Resorts

Baca lebih lanjut: ADAKAH “LE VIOLON D’INGRES” BAKAL MENJADI FOTO YANG TERMAHAL DI DUNIA?

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

RENAISSANCE HOTEL & CONVENTION CENTRE KUALA LUMPUR DIBUKA SEMULA

Bacaan Lanjut
KEADAAN TERKINI KAMAL ADLI SELEPAS SERANGAN MENGEJUTKAN DI SINGAPURA

KEADAAN TERKINI KAMAL ADLI SELEPAS SERANGAN MENGEJUTKAN DI SINGAPURA

Bacaan Lanjut
marina bay sands Singapore

TEROKAI PERCUTIAN MEWAH ERA BAHARU DI MARINA BAY SANDS, SINGAPURA

Bacaan Lanjut
sneakertopia jj lin

SNEAKERTOPIA – PAMERAN BUDAYA JALANAN BUAT PEMINAT KASUT SNIKER DAN SNEAKERHEAD

Bacaan Lanjut
glenn yong

“SAYA SUDAH KENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI SAYA” – GLENN YONG

Bacaan Lanjut