BOSAN ASYIK KENA FRIEND ZONE? INI CARA TERBAIK UNTUK BREAK-FREE!
Tahukah anda bahawa terma friend zone sering dilontarkan apabila cinta tidak terbalas? Selalunya terma ini membawa intonasi yang negatif dan boleh menyebabkan seseorang itu semakin bosan untuk memulakan hubungan baru.
Pernahkah anda berada dalam situasi apabila ahli keluarga atau teman-teman rapat mula bertanya tentang status hubungan rapat anda dengan pasangan. Bukannya anda tidak mencuba, kami faham! Cuma yalah, si dia yang asyik reject kita.
Friend zone atau juga dikenali sebagai “zon kawan sahaja” atau “zon tidak romantis” adalah satu status hubungan antara dua orang yang biasanya tidak romantik. Kebiasaannya hanya salah seorang sahaja yang bertepuk sebelah tangan dan mahu keluar daripada zon ini supaya jadi teman hidup romantis bersama.
TIP UNTUK KELUAR DARIPADA FRIEND ZONE
Tidak kira anda lelaki mahupun wanita, semua orang tidak mahu kekal dalam friend zone. Apabila kita menyatakan rasa sayang kepada seseorang, kita mengharapkan balasan. Ini tidak, jawapan mereka “Oh, awak seperti abang/kakak/adik kepada saya.” Ouch, peritnya kata-kata itu.
Jadi jika anda sudah sedar bahawa cinta akan tidak akan dibalas kembali dan mahu keluar daripada belenggu friend zone, GLAM Lelaki ada cara-caranya:

Foto: Freepik
1. PERLU MUHASABAH DIRI
Sebelum anda melakukan perkara yang bukan-bukan, ambil masa terlebih dahulu untuk muhasabah diri. Tanya diri anda, adakah meneruskan hubungan cinta bertepuk sebelah tangan ini berbaloi dengan masa, tenaga, emosi serta kewangan anda? Tanya diri sendiri, adakah anda benar-benar cintakan dia ataupun anda tidak mahu berseorangan jadi anda biarkan diri anda diambil peluang?
Tidak salah anda mahu keluar daripada masalah ini kerana ini menunjukkan anda mula matang secara emosi dan mahu berfikiran lebih jauh untuk diri sendiri. Pastikan niat anda betul iaitu anda mahu belajar sayang diri sendiri.
2. KOMUNIKASI SECARA TERBUKA
Sebaik sahaja anda faham mengapa anda mengambil langkah ini, anda boleh mula berkomunikasi dengan si dia dengan lebih terbuka. Kejujuran adalah jalan penyelesaian yang terbaik walaupun kadang kala ia menyakitkan. Jika anda membina perasan romantis terhadap teman anda, anda perlu nyatakannya secara terbuka dengan penuh hormat.
Pilih masa dan tempat yang sesuai untuk perbualan. Yang paling penting anda perlu bersiap sedia untuk sebarang keputusan termasuk kemungkinan mereka enggan membalas kembali perasaan anda. Jika ini terjadi, jangan jadi loser ya. Terima sahaja dengan hati terbuka.
3. HORMATI KEPUTUSAN MEREKA
Look, women these days are scared that men will hurt them and vice versa. Tidak kira apa jawapan mereka sekalipun, anda perlu hormat keputusan mereka dengan sepenuh hati.
Jika mereka enggan bercinta dengan anda, terima sahajalah! Jangan marah-marah, jangan maki, jangan mengungkit, dan yang paling penting jangan cederakan mereka secara fizikal, emosi ataupun mental. Anda tidak boleh mengawal perasaan orang lain tetapi anda boleh mengawal bagaimana anda menerima keputusan mereka.
Pada masa yang sama, sekiranya mereka mahu bercinta dengan anda, tahniah kami ucapkan! Anda boleh mula perlahan-lahan teruskan cinta anda. Cuma jangan jump into it too fast. Takut mereka lari pula. Ambil masa sedikit untuk kenali mereka sebagai pasangan pula.
4. BERI MEREKA RUANG
Selepas meluahkan perasaan anda, berikan mereka ruang untuk membuat keputusan tanpa sebarang tekanan. Biarkan mereka fikir terlebih dahulu. Jangan memaksa mereka untuk cintaimu. Itu salah sama sekali!
Ada orang mungkin akan mengambil lebih sedikit masa untuk menjawab persoalan anda. Bagi kami, dua tiga hari ataupun seminggu masih normal. Tetapi jika lebih daripada sebulan untuk mereka get back to you, faham-faham sendirilah maksudnya.
5. FOKUS KEPADA DIRI SENDIRI
Guna masa ini untuk mengusahakan pembaikan diri sendiri. Anda boleh belajar hobi baru, kejar minat atau karier anda, malah anda juga boleh menyertai kelas atau gim untuk tambah keyakinan pada diri.
Ini bukan sahaja memberi ruang kepada si dia untuk memberi jawapan pada anda, malah anda juga akan kurang stres dan dapat channel tenaga itu kepada perkara lain.
6. IF THEY SAY NO, MOVE ON
Jika mereka tidak berkongsi perasan yang sama dengan anda, tidak mengapa. Anda masih boleh mengekalkan persahabatan. Ya, memang akan rasa kekok pada mulanya tetapi persahabatan bersama lebih penting kerana pertama sekali, anda berdua kawan terlebih dahulu.
Anda masih lagi boleh melibatkan diri dalam minat yang sama dan sentiasa menjadi kawan yang menyokong mereka tidak kira apa yang terjadi. Cuma hati anda perlu lebih keras. Jangan pula cuba sabotaj hubungan mereka dengan potensi pasangan lain hanya kerana anda tidak bersama.
7. BUAT KAWAN BARU
Persahabatan sekarang rasa kekok dan kurang mesra? Tidak mengapa, anda boleh membuat kawan-kawan baru. Semakin usia meningkat, semakin sukar untuk kita membuat kawan baru tetapi anda boleh hadiri acara sosial, kelab ataupun lakukan aktiviti berkumpulan. Mana tahu anda dapat bertemu dengan mereka yang mempunyai pemikiran dan pendapat sama dengan anda.
Sekiranya anda berada dalam friend zone dan dapati diri sukar untuk keluar, anda tidak perlu mudah berputus asas. Take your chance, go tell them. Jika ada jodoh, tidak ke mana sekalipun. Tetapi jika tidak menjadi, yang penting anda sudah cuba kan? Masa dan tenaga anda pun tidak perlu lagi dibazirkan.
Dekati situasi ini dengan penuh hormat, kejujuran dan hati yang terbuka kerana isu yang melibatkan perasan bukan sesuatu yang mudah untuk dibicara. Mana tahu selepas anda confess, persahabatan anda lebih kukuh? Only time will tell.
Artikel berkaitan: INI SEBAB-SEBAB UTAMA LELAKI ‘SAY NO’ KEPADA SEKS
Tags
Artikel Yang Berkaitan
CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT
Dari rawatan kulit terapi cahaya, GLAM Lelaki membariskan 5 cara untuk menghilangkan jerawat pada wajah dengan cepat tanpa parut buat lelaki.
WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON
Koleksi kolaborasi UNIQLO dan JW ANDERSON untuk musim luruh/sejuk 2023 mengambil inspirasi daripada warisan tradisi Britain dan inspirasi kehidupan universiti.
SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-40 G-SHOCK BERSAMA 88RISING
Sempena ulang tahun ke-40 G-SHOCK yang bersejarah, jenama ini singgah ke Kuala Lumpur dalam meneruskan jelajah pop-up di seluruh Asia Tenggara yang bertemakan "Rooted in Toughness" bersama 88rising.
YUNA MENCIPTA REKOD MEMBUAT PERSEMBAHAN KEPADA 4000 ORANG MALAYSIA TERBESARNYA
Perkara yang hebat datang kepada mereka yang menunggu. Yuna berjaya membuat 4000 penonton kagum di konsertnya, Yunaverse. Hit lamanya yang mendahului carta, kehadiran pentas yang memukau dan gerakan tarian yang memukau.
MONTBLANC MEMARTABATKAN PUSTAKA
Montblanc kaya dengan segala aspek baik dunia horologi mahupun seleksi aksesori kulit yang bermutu tinggi, namun satu lagi misi yang dipacu gemilang adalah menaikkan kesedaran tentang seni tulisan di kalangan generasi sekarang.
25 SELEBRITI ‘BEST DRESSED’ DI GLAM LELAKI ALPHAMEN 2023
GLAM Lelaki Alphamen adalah acara tahunan berprestij untuk meraikan individu yang telah memberikan impak positif dalam latar kerjaya masing-masing. GLAM Lelaki senaraikan 25 gaya selebriti terbaik di acara Alphamen 2023.