Skip to content

DARI PEKERJA BURUH KEPADA SENIMAN, ISA ISHAK KONGSI KISAH DIRI MELALUI PAMERAN SOLO PERTAMA

Kongsikan artikel ini

Artis seni kontemporari lokal, Isa Ishak meneroka emosi dan kemahiran individual yang membentuk identiti diri dalam pameran solo pertama ‘Kisah Isa Ishak’ di ZHAN Art | Space.

Dalam mengetengahkan perjalanan hidupnya sebagai seorang seniman baharu, bapa muda dan juga seorang suami, Isa Ishak mahu berkongsikan kisah peribadi melalui sebuah pameran solo pertamanya. Pameran seni yang diadakan di ZHAN Art | Space ini akan menyaksikan dia meneroka emosi serta kemahiran individual dalam membentuk identiti diri sebagai seorang artis seni baharu.

Sebelum ini, Isa merupakan seorang pekerja buruh di mana dia bekerja dengan ayahnya untuk membina rumah kampung di Kebun Baru, Telok Panglima Garang, Kuala Langat. Dia merupakan graduan ijazah dengan gelaran kepujian dalam bidang Seni Halus pada tahun dari Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, pada 2018.

dilema

Untuk pameran solo pertamanya ini, Isa mempamerkan 26 karya seni yang dibahagikan kepada dua kaegori iaitu ‘diri’ dan ‘disiplin diri’. Pameran ‘diri’ terdiri daripada 16 karya seni figuratif abstrak yang menunjukkan pencariannya dalam perhubungan, penerokaan, pertanyaan dan dokumentasi pencapaian penting dalam kehidupan peribadinya.

Manakala, 10 karya seni yang lain dipamerkan sebagai kategori ‘disiplin diri’ yang diilhamkan dari alam semula jadi dan keindahan struktur pokok bonsai. Potret pokok bonsai membayang dan mencerminkan hubungan manusia dengan proses dan pertumbuhan pokok bonsai.

Yose-ue

“Karya seni ini adalah dialog visual detik-detik yang diambil ketika perjalanan saya bermula sebagai pekerja buruh di mana saya membina rumah kampung suatu masa dahulu sehingga sebagai seorang artis seni. ‘Kisah Isa Ishak’ ialah kisah peribadi yang amat bermakna dan mencerminkan beberapa peranan saya,” kata Isa Ishak.

Sejak tahun 2016, Isa telah menyertai lebih dari 30 pameran berkumpulan di Malaysia. Dia merupakan salah seorang finalis untuk UOB Painting of the Year 2016, dan juga finalis untuk MEA Award 2019.

Setiap 26 buah karya yang dihasilkan Isa Ishak boleh didapati bermula daripada RM570. Peminat seni lokal boleh menyaksikan sendiri pameran ‘Kisah Isa Ishak’ yang sedang berlangsung di ZHAN Art | Space, Petaling Jaya bermula bulan ini. Layari akaun Instagram rasmi @zhanartspace untuk menempah tempat anda.

Foto: ZHAN Art | Space

Baca lebih lanjut: GOPRO HERO10 BLACK – KUALITI RAKAMAN DAN PENSTABILAN VIDEO TERUNGGUL

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

REXKL MELANCARKAN REXPERIENCE – SEBUAH GALERI SENI IMERSIF TERBAHARU DI KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
sneakertopia jj lin

SNEAKERTOPIA – PAMERAN BUDAYA JALANAN BUAT PEMINAT KASUT SNIKER DAN SNEAKERHEAD

Bacaan Lanjut

PAMERAN VAN GOGH ALIVE KINI DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut
LOUIS VUITTON AEROGRAM SIMBOL APRESIASI MODEN

LOUIS VUITTON AEROGRAM SIMBOL APRESIASI MODEN

Bacaan Lanjut

#GL15TAHUN HIS LASTING IMPACT, KENJI CHAI

Bacaan Lanjut

5 MUZIUM YANG PERLU DILAWATI SETIAP PEMINAT FESYEN

Bacaan Lanjut