GOPRO HERO10 BLACK – KUALITI RAKAMAN DAN PENSTABILAN VIDEO TERUNGGUL
GoPro HERO10 Black mampu merakamkan video berkualiti 5.3K pada 60 bingkai per saat yang luar biasa bersama penstabilan HyperSmooth 4.0 untuk rakaman bebas gegar generasi masa hadapan.
GoPro memperkenalkan kamera flagship terbaharu, HERO10 Black yang pasti mencabar sempadan teknologi pengimejan dan video yang terunggul. Kamera ini dikuasakan oleh pemproses GP2 yang terkini untuk kadar bingkai yang dua kali lebih pantas, kualiti imejan masa hadapan. Ia mampu merakamkan video 5.3K pada 60 bingkai per saat bersama penstabilan HyperSmooth 4.0 untuk video bebas gegar yang terbaik pernah anda gunakan.
Dengan pemproses GP2, gajet ini mampu merakamkan video dengan kualiti tertinggi iaitu 5.3K pada 60 bingkai per saat yang akan memberikan 91 peratus lebih resolusi berbanding video 4K serta 665 peratus lebih resolusi berbanding video 1080p HD. Selain itu, HERO10 Black juga boleh merakamkan video 4K pada 120 bingkai per saat dan juga video 2.7K pada 240 bingkai per saat yang luar biasa.
GP2 yang berkuasa ini juga memberikan penambah baikan pada algoritma yang merangkumi, pemetaan ton lokal (LTM) dan 3D noise reduction (3DNR) untuk merakamkan perincian lebih jelas, tekstur yang sebenar dan kontra yang lebih baik, walaupun pada pencahayaan rendah. Resolusi foto juga lebih lebih tinggi pada 23 megapixel untuk merakamkan aktiviti sukan dan pengembaraan lasak.
GoPro yang terkenal dengan fungsi penstabilan kamera terbaik kini ditambah baik lagi dengan HyperSmooth 4.0 untuk memastikan pengalaman bebas gegar terbaik daripada HERO10 Black. Dalam apa jua keadaan, fungsi in-camera horizon levelling dapat membantu merakamkan rakaman video yang paling sukar untuk kelihatan professional dan versatile.
Terdapat tiga pilihan buat pengguna HERO10 Black untuk mendapatkan video dan foto dengan mudah. Dengan akaun cloud GoPro, pengguna boleh memuat naik secara automatic semasa mengecas kamera. Memuat turun tanpa wayar kepada aplikasi Quik juga 30 peratus lebih pantas, atau pilihan wayar USB untuk memuat turun daripada kamera kepada aplikasi Quik kepada telefon pintar dengan 50 peratus lebih pantas.
GoPro HERO10 Black kini boleh didapati pada harga RM2,399.00.
Foto: GoPro Malaysia
Baca lebih lanjut: HARRY STYLES BAKAL SERTAI MARVEL CINEMATIC UNIVERSE SEBAGAI ADIWIRA BAHARU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
HUAWEI P50 & WATCH GT 3 PRO: MENDEFINISI ESTETIKA TEKNOLOGI MASA HADAPAN
Huawei Malaysia memperkenalkan dua peranti terbaharu, Huawei P50 dan WATCH GT 3 Pro yang akan mendefiniskan estetika teknologi yang lebih pintar.
KELESTARIAN ACER ASPIRE VERO EDISI NATIONAL GEOGRAPHIC
Dengan kerjasama National Geographic, setiap pembelian Aspire Vero edisi khas ini akan menyokong usaha global National Geographic Society untuk melindungi dunia melalui penerokaan, penyelidikan dan pendidikan.
HUAWEI MATEPAD 10.4: KOMBINASI TEKNOLOGI PINTAR DAN ESTETIKA MINIMALIS
Huawei melancarkan tablet terbaharu, MatePad 10.4 yang dikuasakan oleh HarmonyOS 2 dan boleh digunakan bersama Huawei M-Pencil generasi kedua.
#GLFIRSTGAYAHIDUP VIVO V23 5G (SUNSHINE GOLD)
vivo V23 5G kini dikemaskini dengan prestasi kamera hadapan terunggul serta keunikan desain luaran dengan keupayaan berubah warna yang pertama di Malaysia.
#GLFIRSTGAYAHIDUP INOVASI SKRIN SENTUH HUAWEI MATEBOOK 14S
Mendefinisikan pengalaman visual yang luar biasa pada HUAWEI Matebook 14s selaku komputer riba kerja untuk lelaki moden hari ini.
#GLFIRSTGAYAHIDUP KUASAI HARI ANDA DENGAN HUAWEI WATCH GT 3
HUAWEI terus mencabar sempadan dengan HUAWEI WATCH GT 3 yang menghadirkan teknologi moden dan terkini untuk menetap standard baharu pada jam tangan pintar.