Skip to content

HARRY STYLES BAKAL SERTAI MARVEL CINEMATIC UNIVERSE SEBAGAI ADIWIRA BAHARU

Kongsikan artikel ini

Bintang pop berbakat, Harry Styles dikhabarkan akan menyertai Marvel Cinematic Universe sebagai adik kepada Thanos, Eros dalam filem Marvel terbaharu nanti.

Ketika tayangan perdana ‘The Eternals’ di Los Angeles, nama Harry Styles mula menjadi bualan peminat Marvel selepas dia dikhabarkan akan membintangi filem terbaharu Marvel. Bintang pop berbakat itu akan menyertai Marvel Cinematic Universe sebagai adiwira dan juga adik kepada Thanos, Eros. Filem ‘The Eternals’ adalah arahan pemenang Oscar, Chloe Zhao dan akan membariskan nama besar seperti Gemma Chan, Richard Madden, Kit Harington, Angelina Jolie dan Salma Hayek.

(Photo by Kevin Mazur/Getty Images for The Recording Academy )

Walaupun masih belum disahkan lagi oleh Marvel, peminat penyanyi kumpulan One Direction itu kian teruja dengan berita tersebut. Menurut Marvel, Eros adalah seorang Eternals yang sukakan kehidupan, cabaran dan juga asmara, lantas mendapat gelaran ‘god of love dan sex’. Eros dilahirkan dengan kuasa godaan untuk memberikan keghairahan kepada orang lain.

Walau bagaimanapun, kuasa ini tidak memberikan kesan kepada Thanos, yang dilahirkan dengan Deviant Syndrome. Marvel juga masih belum mengesahkan watak jahat daripada filem ‘Avengers: Infinity War’ dan ‘Avengers: Endgame’ itu akan digalaskan semula oleh Josh Brolin atau nama baharu.

Ketika tayangan perdana tersebut, kredit pada pengakhiran filem ‘The Eternals’ tidak ditontonkan seperti yang menjadi kebiasaan pada setiap filem Marvel. Peminat hanya boleh menunggu dan mengesahkan berita ini pada 5 November nanti apabila filem terbaharu itu ditayangkan di pawagam di seluruh dunia.

(Photo by Kevin Mazur/Getty Images)

Bintang pop itu kini sedang mengadakan konsert jelajah di Amerika Syarikat. Selepas One Direction, Harry Styles mula bergerak solo sebagai penyanyi dan juga pelakon. Filem pertamanya, ‘Dunkirk’ arahan Christopher Nolan membuat debut pada 2017 yang turut menyaksikan pelancaran album studio sulungnya. Tahun hadapan, dia akan muncul dengan filem terbaharu berjudul ‘Don’t Worry Darling’ oleh kekasihnya, Olivia Wilde bersama Florence Pugh dan Chris Pine.

Foto: Getty Images

Baca lebih lanjut: SIRI SNIKER ANIME SKECHERS X ONE PIECE KEMBALI

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH

7 BINTANG HOLLYWOOD YANG MERUPAKAN JURUTERBANG BERTAULIAH

Bacaan Lanjut
rancangan baru January 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JANUARI 2024

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

10 SELEBRITI LELAKI LEBIH KACAK BERAMBUT PANJANG

Bacaan Lanjut
5 SELEBRITI LELAKI TANPA GAYA RAMBUT IKONIK MEREKA

5 SELEBRITI LELAKI TANPA GAYA RAMBUT IKONIK MEREKA

Bacaan Lanjut
SIAPA TAYLOR RUSSELL? INI FAKTA MENARIK TENTANG KEKASIH BAHARU HARRY STYLES

SIAPA TAYLOR RUSSELL? INI FAKTA MENARIK TENTANG KEKASIH BAHARU HARRY STYLES

Bacaan Lanjut

FESYEN PALING KONTROVERSIAL HARRY STYLES DI KONSERT JELAJAH “LOVE ON TOUR”

Bacaan Lanjut