EVOLUSI TELEFON BIMBIT POPULAR
Teks: Ryan Mohamad, Teks tambahan: Abdul Aziz Draim
JIKA DULU FUNGSINYA UNTUK BERHUBUNG DAN MENYAMPAIKAN MESEJ. KINI IA LEBIH DARIPADA ITU! EVOLUSI TELEFON BIMBIT DAN TELEFON PINTAR BANYAK MERUBAH MENGIKUT ZAMAN. INFOGRAFI INI BOLEH MENGIMBAS MEMORI ANDA BERSAMA TELEFON BIMBIT
1984
Motorola DynaTAC 8000
ˇ
Teknologi paling maju ketika itu. Biarpun saiz sebesar kasut (25cm) dan dijual pada harga USD3,995, inilah aksesori eksekutif berjaya era ’80-an: telefon yang boleh dibimbit ke mana saja.
1994
Motorola Microtac Elite
ˇ
Telefon lipat mula diperkenalkan. Sebelum kehadiran Nokia, dan kemudiannya Samsung dan Apple, hampir 15 tahun Motorola bermaharaja mengetuai pasaran telefon bimbit.
2000
Nokia 3310
ˇ
Ketika ini jenama Nokia mula diperkatakan dan ramai memiliki 3310 kerana ketahanan yang dikatakan boleh terselamat daripada bencana Apocalypse! Fungsinya amat mesra pengguna, ia antara model telefon paling popular, terjual 126 juta unit serata dunia. Pemangkin budaya text-ing dengan fungsi SMS yang di-upgrade kepada 459 karakter – 3 kali ganda lebih panjang daripada SMS standard!
Hari ini sudah mencapai ‘cult status’, 3310 masih digunakan oleh para peminat tegar.
2003
Panasonic G51
ˇ
Tika ini, kesemua jenama bersaing mencipta telefon bimbit paling kecil. Bersaiz cuma 80 x 43 x 18mm dengan berat 74g, model ini popular di kalangan remaja. Dan evolusi skrin berwarna pula bermula.
Era 2001-2006
Persaingan antara semua jenama
ˇ
Nokia dengan kepelbagaian pilihan, Sony Ericsson khas buat komuniti audiophile, Motorola untuk golongan wanita yang sukakan telefon bimbit lipat dan ternipis (ingat lagi Motorola Razr Dolce & Gabbana?) manakala model-model Alcatel, Siemens dan Sagem digemari golongan dewasa dan bekerja.
2005
Nokia N90
ˇ
Hadir dengan telefon kamera 2MP yang berciri termaju (ketika itu) iaitu dengan optik Carl Zeiss, auto fokus dan denyar LED. Ia terkenal dengan rekaan ikoniknya iaitu telefon lipat dan skrin boleh putar, ibarat gajet superspy! Telefon bimbit bukan sahaja sebagai kamera tapi juga perakam video.
2006
BlackBerry Bold, Curve, Torch
ˇ
Fenomena BlackBerry bermula. Ikonik kerana lengkap dengan papan kekunci QWERTY, BlackBerry pernah dijulang sebagai ‘the future of mobile computing’, lantas popular di kalangan golongan profesional. Sebelum wujudnya WhatsApp, BlackBerry mengemukakan laman chatting terhangat melalui BBM Pin yang menawarkan chat secara percuma (tidak seperti SMS). Asalnya saingan hebat iPhone, melihat situasi semasa, Blackberry akhirnya terpaksa akur lalu turut menghasilkan model skrin sesentuh.
2007 hingga Sekarang
iPhone vs Samsung
ˇ
Jika dulu telefon bimbit bersaing untuk mencipta model paling kecil, zaman ini menyaksikan pertarungan skrin dan telefon lebih besar pula. Dan persaingan terhebat ialah antara iPhone dan Samsung. Bukan daripada rekaan saja yang menjadi pertaruhan, malah setiap ciri-ciri baru antaranya kamera, pengesan cap jari, dan pemproses baru dibanding beza. Ia lebih kepada pilihan pengguna memilih antara kegemaran dan fungsi. Masing-masing ada kelebihan sendiri.
DID YOU KNOW?
1992 Mesej SMS pertama telah dihantar melalui rangkaian Vodafone GSM di United Kingdom pada 3 Disember 1992. Neil Papworth menghantar mesej melalui komputer peribadinya kepada Richard Jarvis yang menggunakan Orbitel 901 dengan mesej ‘Merry Christmas’.
2000 Kamera dalam telefon pertama tercipta iaitu model J-Phone keluaran Jepun. Imej beresolusi 110,000 piksel atau 0.11 megapiksel mampu dihasilkan.
2007 Apple Inc memperkenalkan iPhone, antara yang pertama menginovasi-kan skrin sesentuh.
2013 Nokia Lumia 1020 mencipta sejarah pabila menghasilkan telefon pintar dengan resolusi kamera tertinggi iaitu 41 megapiksel.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
RASAI KEAJAIBAN A.I TEKNOLOGI DI RE x SAMSUNG EXPERIENTIAL NETWORKING
RE x Samsung Experiential Networking telah mengubah ruang ini menjadi pusat kreativiti dan inovasi, memadukan seni dengan kecanggihan teknologi dalam suasana yang memukau.
COACH PLAY: DESTINASI TRENDI TERBARU DI KUALA LUMPUR YANG WAJIB KUNJUNGI
Destinasi Eksperiensial Unik Coach Play APW bukan sekadar butik; ia adalah kedai konsep eksperiensial yang merangkumi seni kraftangan dan inovasi jenama Coach. Terinspirasi oleh semangat New York dan elemen gaya hidup moden Kuala Lumpur, Coach Play APW menghidangkan pengalaman visual dan interaktif yang meraikan warisan dan ekspresi seni—menjadikannya tempat yang wajib dikunjungi bagi pencinta fesyen…
CARA MUDAH MENJAGA RAMBUT BERUBAN
Ketahui cara mudah menjaga rambut beruban agar tampak lebih sihat dan elegan. Dapatkan tips tentang syampu, produk terbaik, dan gaya rambut
5 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2024
Paras rupa yang tampan dan menarik akan dilihat melalui gaya rambut seseorang yang menentukan aura mereka yang tersendiri.
10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI
Secara skeptikalnya, lelaki sering dikatakan untuk tidak mencari sokongan kesihatan mental kerana norma budaya dan sosial.
10 MANFAAT KESIHATAN PENGGUNAAN MAINAN SEKS UNTUK LELAKI
Siapa sangka penggunaan mainan seks semakin diterima sebagai cara yang sah untuk meningkatkan kesihatan seksual dan kepuasan diri. Mainan seks bukan sahaja dicipta untuk wanita, lelaki juga dapat meraih banyak manfaat daripada penggunaannya. Berikut adalah 10 manfaat utama kesihatan menggunakan mainan seks untuk lelaki: 1. Meningkatkan Kesihatan Seksual Penggunaan mainan seks membantu lelaki lebih memahami…