Skip to content

Miss Grand International 2016: Dikatakan “Terlalu Gemuk” Untuk Memegang Takhta, Ratu Iceland Tarik Diri

Kongsikan artikel ini
Teks: Ryan Mohamad
Gambar: Instagram

6

Arna Yr Jonsdottir merupakan seorang ratu cantik yang kompetitif. Kelmarin berakhirnya pertandingan akhir Miss Grand International yang berlangsung di Las Vegas yang menyaksikan Ratu Indonesia, Ariska Putri Pertiwi berjaya merangkul mahkota Miss Grand International 2016 (MGI2016) daripada 77 peserta yang mewakili negara masing-masing.
8

Arna pula merupakan wakil daripada  Iceland untuk berentap merebut mahkota itu. Walau bagaimanapun, pabila berjaya ke peringkat akhir MGI2016 dia sukar mempercayai bagaimana dia dilayan seterusnya.

Dia telah diberitahu untuk “kurangkan makan” kerana bahunya “terlalu besar” dan badannya “terlalu gemuk”. Dia didesak untuk turunkan berat badan empat hari sebelum pusingan akhir berlangsung.

Sesiapa sahaja yang mempunyai pengetahuan asas kesihatan dan kecergasan tahu bahawa mana-mana diet yang mampu menurunkan sejumlah besar berat badan dalam tempoh empat hari merupakan hal yang tidak sihat untuk tubuh badan. Namun, Arna diberitahu bahawa jika dia tidak mengambil langkah-langkah yang drastik, dia tidak akan menang.

Jadi apa yang Arna lakukan? Dia membuat keputusan untuk menarik diri. Baca mesej empowering Arna di bawah…

screen-shot-2016-10-25-at-10-35-57-am

“Saya merupakan wanita yang kuat tetapi kekuatan saya tidak cukup” katanya pada status di Instagram.

“Staf anda memberitahu saya untuk kurangkan berat badan untuk peringkat akhir kerana saya memiliki lemak yang berlebihan dan bahu yang besar.”

1

“Mereka menyarankan saya untuk kurangkan makan agar anda akan suka pada saya.”

“Saya mengambil keputusan untuk berhenti.”

2

“Saya merupakan Miss World Iceland dan mendapat tempat ke-14 selepas pusingan soal jawab di Miss World. Saya juga memenangi pertandingan Miss EM dan bersandarkan kualiti dan pengalaman, saya datang ke pertandingan ini bersama seluruh minat dan kerja keras saya.”

4

“4 hari sebelum pertandingan akhir mereka memberitahu saya terlalu gemuk untuk anda. Sebenarnya, sesiapa saja yang mengatakan saya terlalu gemuk, mereka tidak layak memiliki saya.”

“Dan kerana itu saya tarik diri. Miss Grand International tidak layak menerima wajah, tubuh badan, personaliti dan juga hati saya.”

5

“Saya benar-benar berharap agar organisasi ini membuka mata mereka kerana di tahun 2016 jika anda mahu melangsungkan pertandingan ratu cantik internasional, anda harus melihat kecantikan secara internasional.”

3

“Di negara saya, tubuh badan saya dikira sempurna. Dan kerana itu saya sentiasa sematkan di minda. Tiada siapa pun yang layak memanggil saya apa-apa.”

7

p/s: Tahniah kepada wakil Malaysia, Ranmeet Jassal yang berjaya meletakkan dirinya di top 20 pada Miss Grand International 2016. Nantikan kemunculan adiknya Kiran Jassal di Miss Universe 2017 yang berlangsung di Filipina pada 30 Januari 2017 nanti.

By RYAN MOHAMAD
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KONTROVERSI 2 FINALE RANCANGAN REALITI KOREA “Physical 100”, SIAPA YANG PATUT MENANG?

RANCANGAN NETFLIX KOREA “PHYSICAL: 100” CETUS KONTROVERSI, SIAPA YANG PATUT MENANG?

Bacaan Lanjut
WILL SMITH DIPERSENDA EDDIE MURPHY DI ANUGERAH GOLDEN GLOBES

WILL SMITH DIPERSENDA EDDIE MURPHY DI ANUGERAH GOLDEN GLOBES

Bacaan Lanjut
TAHUN 2023 PELUANG BAHARU BUAT KIM SEON HO

TAHUN 2023 PELUANG BAHARU BUAT KIM SEON HO

Bacaan Lanjut
KANYE WEST KECAM SELEBRITI BERHUBUNG KEMPEN KONTROVERSI BALENCIAGA

KANYE WEST KECAM SELEBRITI BERHUBUNG KEMPEN KONTROVERSI BALENCIAGA

Bacaan Lanjut
PERCINTAAN HARRY STYLES & OLIVIA WILDE KECUNDANG DI TENGAH JALAN

PERCINTAAN HARRY STYLES & OLIVIA WILDE KECUNDANG DI TENGAH JALAN

Bacaan Lanjut
PERKEMBANGAN TERKINI HUBUNGAN ADAM LEVINE & ISTERI, BEHATI PRINSLOO

PERKEMBANGAN TERKINI HUBUNGAN ADAM LEVINE & ISTERI, BEHATI PRINSLOO

Bacaan Lanjut