EVOLUSI TELEFON BIMBIT POPULAR
Teks: Ryan Mohamad, Teks tambahan: Abdul Aziz Draim
JIKA DULU FUNGSINYA UNTUK BERHUBUNG DAN MENYAMPAIKAN MESEJ. KINI IA LEBIH DARIPADA ITU! EVOLUSI TELEFON BIMBIT DAN TELEFON PINTAR BANYAK MERUBAH MENGIKUT ZAMAN. INFOGRAFI INI BOLEH MENGIMBAS MEMORI ANDA BERSAMA TELEFON BIMBIT
1984
Motorola DynaTAC 8000
ˇ
Teknologi paling maju ketika itu. Biarpun saiz sebesar kasut (25cm) dan dijual pada harga USD3,995, inilah aksesori eksekutif berjaya era ’80-an: telefon yang boleh dibimbit ke mana saja.
1994
Motorola Microtac Elite
ˇ
Telefon lipat mula diperkenalkan. Sebelum kehadiran Nokia, dan kemudiannya Samsung dan Apple, hampir 15 tahun Motorola bermaharaja mengetuai pasaran telefon bimbit.
2000
Nokia 3310
ˇ
Ketika ini jenama Nokia mula diperkatakan dan ramai memiliki 3310 kerana ketahanan yang dikatakan boleh terselamat daripada bencana Apocalypse! Fungsinya amat mesra pengguna, ia antara model telefon paling popular, terjual 126 juta unit serata dunia. Pemangkin budaya text-ing dengan fungsi SMS yang di-upgrade kepada 459 karakter – 3 kali ganda lebih panjang daripada SMS standard!
Hari ini sudah mencapai ‘cult status’, 3310 masih digunakan oleh para peminat tegar.
2003
Panasonic G51
ˇ
Tika ini, kesemua jenama bersaing mencipta telefon bimbit paling kecil. Bersaiz cuma 80 x 43 x 18mm dengan berat 74g, model ini popular di kalangan remaja. Dan evolusi skrin berwarna pula bermula.
Era 2001-2006
Persaingan antara semua jenama
ˇ
Nokia dengan kepelbagaian pilihan, Sony Ericsson khas buat komuniti audiophile, Motorola untuk golongan wanita yang sukakan telefon bimbit lipat dan ternipis (ingat lagi Motorola Razr Dolce & Gabbana?) manakala model-model Alcatel, Siemens dan Sagem digemari golongan dewasa dan bekerja.
2005
Nokia N90
ˇ
Hadir dengan telefon kamera 2MP yang berciri termaju (ketika itu) iaitu dengan optik Carl Zeiss, auto fokus dan denyar LED. Ia terkenal dengan rekaan ikoniknya iaitu telefon lipat dan skrin boleh putar, ibarat gajet superspy! Telefon bimbit bukan sahaja sebagai kamera tapi juga perakam video.
2006
BlackBerry Bold, Curve, Torch
ˇ
Fenomena BlackBerry bermula. Ikonik kerana lengkap dengan papan kekunci QWERTY, BlackBerry pernah dijulang sebagai ‘the future of mobile computing’, lantas popular di kalangan golongan profesional. Sebelum wujudnya WhatsApp, BlackBerry mengemukakan laman chatting terhangat melalui BBM Pin yang menawarkan chat secara percuma (tidak seperti SMS). Asalnya saingan hebat iPhone, melihat situasi semasa, Blackberry akhirnya terpaksa akur lalu turut menghasilkan model skrin sesentuh.
2007 hingga Sekarang
iPhone vs Samsung
ˇ
Jika dulu telefon bimbit bersaing untuk mencipta model paling kecil, zaman ini menyaksikan pertarungan skrin dan telefon lebih besar pula. Dan persaingan terhebat ialah antara iPhone dan Samsung. Bukan daripada rekaan saja yang menjadi pertaruhan, malah setiap ciri-ciri baru antaranya kamera, pengesan cap jari, dan pemproses baru dibanding beza. Ia lebih kepada pilihan pengguna memilih antara kegemaran dan fungsi. Masing-masing ada kelebihan sendiri.
DID YOU KNOW?

Orbitel 901
1992 Mesej SMS pertama telah dihantar melalui rangkaian Vodafone GSM di United Kingdom pada 3 Disember 1992. Neil Papworth menghantar mesej melalui komputer peribadinya kepada Richard Jarvis yang menggunakan Orbitel 901 dengan mesej ‘Merry Christmas’.

J-Phone
2000 Kamera dalam telefon pertama tercipta iaitu model J-Phone keluaran Jepun. Imej beresolusi 110,000 piksel atau 0.11 megapiksel mampu dihasilkan.

iPhone generasi 1
2007 Apple Inc memperkenalkan iPhone, antara yang pertama menginovasi-kan skrin sesentuh.

Nokia Lumia 1020
2013 Nokia Lumia 1020 mencipta sejarah pabila menghasilkan telefon pintar dengan resolusi kamera tertinggi iaitu 41 megapiksel.
Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.
DUNE MESSIAH: PERTEMBUNGAN DUA IKON FILEM DUNIA
Siapa bakal menguasai Arrakis? Robert Pattinson dan Timothée Chalamet bertembung dalam filem epik Dune: Messiah.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.
DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026
Lihat bagaimana 5 pempengaruh popular Malaysia termasuk Alvy Joanna dan Milleh Christian menakluki Desert Heat: Coachella 2026
THE ‘QUIET LUXURY’ EXIT: MENGAPA JENAMA MEWAH KINI KEMBALI KE ERA LOGO MAKSIMAL?
Ketahui bagaimana trend avant-garde ini mencabar norma minimalisme dan menentukan masa depan gaya lelaki yang lebih berani serta artistik.
AROMATIK APRIL: 5 WANGIAN ‘NICHE’ YANG BAKAL MENJADI IDENTITI BARU ANDA
Aromatik April: Terokai kurasi wangian niche yang artistik dan berkarakter. Biarkan haruman anda bercerita sebelum anda mula berbicara.











