Skip to content

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG OGOS 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG OGOS 2024

Kongsikan artikel ini

Berbanding tahun lalu, filem yang ditayangkan di layar perak tahun ini lebih meriah dan pelbagai dengan genre yang menepati cita rasa semua lapisan penonton.

Pada penggal pertama tahun 2024, penonton disajikan dengan karya mantap daripada genre aksi, romantis hingga seram. Antaranya Pendekar Awang, Dune: Part Two, Sheriff: Narko Integriti, The Experts dan Furiosa: A Mad Max Saga yang ditunggu-tunggu.

Lihat pula barisan filem yang bakal menghiburkan anda pada Ogos ini

 

1. THE CURSED LAND

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG OGOS 2024

Tarikh Tayangan: 1 Ogos

Pelakon: Ananda Everingham, Jennis Oprasert, Bront Palarae

Sinopsis: Selepas membebaskan seekor jin yang terperangkap selama 200 tahun tanpa sengaja, seorang duda dan anak perempuannya terpaksa pergi ke selatan Thailand untuk mendapatkan pertolongan seorang pengamal perubatan Islam.

 

2. HIJACK 1971

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG OGOS 2024

Tarikh Tayangan: 1 Ogos

Pelakon: Ha Jung-Woo, Yeo Jin-Goo, Sung Dong-Il, Chae Soo-Bin

Sinopsis: Sebuah kapal terbang yang baru saja berlepas ke Gimpo berdepan situasi berbahaya selepas dibom dalam cubaan rampas. Dek letupan itu, juruterbang Gyu Sik hilang sebelah penglihatan manakala seorang lagi juruterbang, Tae In menghadapi situasi hidup atau mati. Diilhamkan daripada kisah benar.

 

3. HAROLD AND THE PURPLE CRAYON

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG OGOS 2024

Tarikh Tayangan: 1 Ogos

Pelakon: Zachary Levi, Zooey Deschanel, Lil Rel Howery, Ravi Patel

Sinopsis: Seorang budak lelaki bernama Harold memulakan misi pengembaraan ajaib dengan bantuan krayon ungu miliknya.

 

4. TRAP

Tarikh Tayangan: 8 Ogos

Pelakon: Josh Hartnett, Saleka Shyamalan, Hayley Mills

Sinopsis: Seorang bapa dan anak gadisnya menghadiri sebuah konsert pop dan tiba-tiba menyedari bahawa mereka terperangkap di tengah-tengah acara gelap berunsur jahat.

 

5. BORDERLANDS

Tarikh Tayangan: 9 Ogos

Pelakon: Cate Blanchett, Ariana Greenblatt, Kevin Hart, Jack Black, Gina Gershon

Sinopsis: Seorang penjahat terkenal membentuk pakatan tidak dijangka dengan sepasukan adi wira kala dia kembali ke planet asalnya. Bersama-sama, mereka memerangi makhluk asing dan penjenayah berbahaya untuk mencari seorang gadis yang memegang kunci kepada kuasa luar biasa.

 

6. ALIEN: ROMULUS

Tarikh Tayangan: 15 Ogos

Pelakon: Cailee Spaeny, Isabela Merced, David Jonsson, Archie Renaux, Spike Fearn, Aileen Wu

Sinopsis: Penjajah angkasa bersua muka dengan makhluk paling menakutkan di alam semesta kala menerokai stesen angkasa yang terbiar.

 

7. PILOT

Tarikh Tayangan: 15 Ogos

Pelakon: Cho Jung-Seok, Lee Joo-Myoung, Han Sun-Hwa, Shin Seung-Ho

Sinopsis: Perjalanan kerjaya Jung Woo berubah 180 darjah daripada seorang juruterbang popular kepada penganggur secara tiba-tiba. Bagaimanapun dia berjaya memperoleh pekerjaan selepas mendapat identiti baru secara tidak sengaja.

 

8. TAKLUK: LAHAD DATU

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG OGOS 2024

Tarikh Tayangan: 22 Ogos

Pelakon: Syafiq Kyle, Fikry Ibrahim, Kamal Adli, Anding Indrawani, Mustaqim Bahadon, Zarul Umbrella, Hairi Safwan, Riezman Khuzaimi

Sinopsis: Apabila beratus rakyat Filipina yang dikenali sebagai Pasukan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara dihantar oleh Jamalul Kiram III untuk menuntut takhta Kesultanan Sulu, kru Komando VAT69 perlu berjuang untuk mempertahankan kedaulatan tanah air daripada serangan pengganas. Diinspirasikan daripada kisah benar.

 

9. BLINK TWICE

Tarikh Tayangan: 22 Ogos

Pelakon: Naomi Ackie, Channing Tatum, Simon Rex, Christian Slater

Sinopsis: Jutawan teknologi Slater King jatuh cinta pandang pertama pada Frida, seorang pelayan koktel di majlis kutipan dana anjurannya. Dia menjemput Frida untuk menyertainya dan rakan-rakan bercuti di pulau peribadinya. Keseronokan bertukar menjadi misteri apabila satu demi satu perkara pelik berlaku. Frida perlu membongkar kebenaran jika mahu keluar dari situ dengan selamat.

 

10. THE CROW

Tarikh Tayangan: 23 Ogos

Pelakon: Bill Skarsgard, FKA Twigs, Danny Huston, Isabella Wei, Laura Birn

Sinopsis: Pasangan kekasih Eric Draven dan Shelly Webster dibunuh dengan kejam. Diberi peluang untuk menyelamatkan cinta sejatinya dengan mengorbankan diri sendiri, Eric merentasi dunia hidup dan mati untuk membalas dendam.

 

Pautan berkaitan: 7 NASKAH TENIS WAJIB TONTON JIKA ANDA PEMINAT FILEM CHALLENGERS

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Syafiq Kyle

SYAFIQ KYLE: MENGGENGAM KEBERANIAN DALAM FILEM TAKLUK LAHAD DATU

Bacaan Lanjut
8 FILEM TERBAIK LAKONAN SYAFIQ KYLE ANDA WAJIB TONTON

8 FILEM TERBAIK LAKONAN SYAFIQ KYLE ANDA WAJIB TONTON

Bacaan Lanjut
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG SEPTEMBER 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG SEPTEMBER 2024

Bacaan Lanjut
DARI FORREST GUMP KE HERE, TOM HANKS & ROBIN WRIGHT BERSATU SELEPAS TIGA DEKAD

DARI FORREST GUMP KE HERE, TOM HANKS & ROBIN WRIGHT KEMBALI BERSATU SELEPAS TIGA DEKAD

Bacaan Lanjut
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG JULAI 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG JULAI 2024

Bacaan Lanjut
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG JUN 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG JUN 2024

Bacaan Lanjut