Skip to content

GENERASI SKUTER URBAN METROPOLITAN

Kongsikan artikel ini

BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan dua skuter premium dalam segmen Mobiliti Urban iaitu BMW C 400 X dan BMW C 400 GT baharu.

‘Make Life a Ride’ terus menjadi ilham rekaan BMW Motorrad. Terbaharu, BMW Motorrad Malaysia memperkenal dua desain skuter dalam saiz pertengahan yang bertaraf premium untuk pasaran tempatan. Skuter BMW C 400 X dan BMW C 400 GT baharu kini hadir dengan penambahbaikan teknikal yang signifikan berserta ciri-ciri penalaan opsyenal sebagai standard untuk tunggangan urban yang unik.

BMW C 400 GT

Generasi skuter terbaharu daripada BMW ini hadir dengan sistem brek yang diperbaharui, pacuan silinder tunggal berpiawaian EU-5 dengan ciri E-gas, pengurusan enjin teroptimum serta klac sentrifugal. BMW C 400 X dan BMW C 400 GT turut mengoptimumkan Kawalan Stabiliti Automatik (Automatic Stability Control), termasuk gubahan iluminasi yang baharu pada kompartmen muatan tempat duduk, dan kelengkapan pengecasan USB.

BMW C 400 X

Jentera skuter BMW C 400 X dalam saiz sederhana ini direkakan dengan komponen trim berbentuk V, desain yang menegak, madgad, serta grafik yang mengasingkan komponen trim berwarna. Lampu hadapan LED yang besar dan bersimetri serta Lampu Waktu Siang (Daytime Running Light) juga melengkapi sebagai standard bagi model ini.

BMW C 400 GT

Manakala, BMW C 400 GT baharu pula menguasai segmen skuter maxi serta teknologi pencahayaan LED yang jelas menerusi lampu hadapan LED berkembar dengan rekaan aerodinamik. Bersama Lampu Waktu Siang secara standard. Tempat duduk yang ergonomik juga menjamin posisi duduk yang selesa bagi penunggang. Berbekalkan bahagian penyandar berasingan dan ruang pemijak yang berintegrasi, ia juga masih mengekalkan perisai anginnya yang tinggi, iaitu ciri yang praktikal dan sesuai bagi mereka yang ingin mengembara.

BMW C 400 GT

Kedua-dua model ini dikuasakan oleh enjin silinder tunggal yang efisien dengan kapasiti 350 cc. Enjin ini menjana 34 kk (25 kW) pada paras 7,500 rpm, serta puncak tork bernilai 35 Nm pada paras 5,750 rpm. Ia turut memanfaatkan transmisi kuasa menerusi kotak gear Transmisi Pembolehubah Berterusan (Continuously Variable Transmission) termasuk lengan ayun rangkaian pemacu kilasan (torsional drivetrain swing arm) dengan getaran yang minimum.

BMW C 400 X

Model BMW C 400 X boleh didapati secara eksklusif dalam warna Black Storm (Style Triple Black) yang baharu, manakala BMW C 400 GT pula hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Black Storm (Style Triple Black) baharu, Callisto Grey, dan juga Alpine White. Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans, dan dengan Waranti 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan Bertempoh 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia) BMW C 400 X dan BMW C 400 GT baharu adalah RM44,500.00 dan RM48,500.00.

 

Foto: BMW Motorrad Malaysia

Baca lebih lanjut: 7 FILEM INSPIRASI ATLET PERLU TONTON OLEH PEMINAT SUKAN

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

BMW 5 SERIES PENERAJU PERUBAHAN BAHARU

Bacaan Lanjut

SENSASI MINI ELECTRIC GENERASI TERKINI

Bacaan Lanjut

Victory Travels In Louis Vuitton

Bacaan Lanjut

Mencabar Sempadan Bersama BMW R 1250 RT

Bacaan Lanjut

Recharge Bersama Volvo XC40 Recharge T5

Bacaan Lanjut

BMW F 850 GS: Edisi Ulang Tahun Ke-40

Bacaan Lanjut