Skip to content

REFLEKSI DIRI DISEBALIK CALVIN KLEIN DEFY

Kongsikan artikel ini

Kembali dengan portfolio terbaru, Calvin Klein Fragrance lancarkan koleksi wangian yang membawakan kembara dalam meneroka kebenaran kehidupan penuh ekstrem. Aromanya pula memikat hati wanita!

Aroma maskulin dan segar Calvin Klein Defy

Aroma maskulin dan segar Calvin Klein Defy

Calvin Klein Defy kempennya dibintangi oleh aktor Richard Madden serlahkan momen refleksi diri dalam menegakkan kebenaran dan simbolik kepada penolakan peribadi dan berani ambil risiko. Disebalik visual kempen ini, esensi utama di mana Richard Madden tampil dalam persalinan ikonik celana denim dan timeless baju-T berwarna putih lambang lelaki memberontak dalam misi penuh berani.

Nota wangian cukup kontras dalam menyuntikkan kesegaran aroma semula jadi. Disebalik penegasan aroma kayu segar, campuran sitrus yang diserlahkan lagi Bergamot segar dan bunga Lavendar. Ramuan utama yang diperkatakan untuk haruman ini adalah Vetiver Oil yang diambil dari Haiti ini cukup bertekstur kasar dan tahan lasak. Sangat sesuai bersama nota asas Amber.

Aroma maskulin dan woody ini kelihatan mewah intipatinya disebalik botol kaca dalam rekabentuk minimalis dan moden. Botol terukir rounded edge melengkung dan garis lurus tajam lambang keberanian. Calvin Klein Defy bakal berada di pasaran pada  1 September 2021.

Artikel berkaitan 10 HARUMAN KLASIK DAN IKONIK BUAT LELAKI

By Julia Azman
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GAYA TERBAIK MEERQEEN SEPANJANG 2023

Bacaan Lanjut

CALVIN KLEIN MERAIKAN KOLEKSI MUSIM LURUH 2023 BERSAMA JUNG KOOK

Bacaan Lanjut
Calvin klein underwear

BRIGHT VACHIRAWIT, WAJAH KEMPEN CALVIN KLEIN UNDERWEAR TERBAHARU

Bacaan Lanjut
MINYAK WANGI PILIHAN LELAKI PALING KONTROVERSI

MINYAK WANGI PILIHAN LELAKI PALING KONTROVERSI

Bacaan Lanjut
JUNG KOOK UNTUK CALVIN KLEIN

JUNG KOOK HANGATKAN KEMPEN CALVIN KLEIN

Bacaan Lanjut
Carlos Alcaraz Calvin Klein

CARLOS ALCARAZ DILANTIK SEBAGAI WAJAH KEMPEN CALVIN KLEIN TERBAHARU

Bacaan Lanjut