Skip to content

#GLFIRSTGAYAHIDUP VIVO V23 5G (SUNSHINE GOLD)

Kongsikan artikel ini

vivo V23 5G kini dikemaskini dengan prestasi kamera hadapan terunggul serta keunikan desain luaran dengan keupayaan berubah warna yang pertama di Malaysia.

Telefon pintar kini menjadi gajet penting dengan pelbagai kemudahan dan aplikasi yang memudahkan kehidupan harian pengguna. Bukan sahaja hadir dalam reka bentuk yang unggul, vivo melancarkan telefon pintar V23 5G yang merupakan sebuah telefon swafoto perdana dengan ciri fotografi terbaik selain dapat memberikan pengalaman 5G berprestasi tinggi dan ringan.

Apa yang menarik mengenai telefon pintar ini adalah dari segi desain dan reka bentuknya. Ciri-ciri luaran V23 5G menampilkan rekaan yang lebih semula jadi. Namun, ianya cukup luar biasa dengan menggabungkan reka bentuk bingkai rata vivo dengan permukaan badan yang unik menggunakan teknologi Fluorite AG untuk pegangan yang lebih selesa. Di bawah cahaya matahari pula, edisi Sunshine Gold ini memaparkan luaran bertukar warna yang istimewa dan pertama di Malaysia apabila mematulkan sudut cahaya berbeza.

Tidak sempurna telefon pintar tanpa sistem kamera swafoto yang berkualiti tinggi bukan? V23 5G menampilkan kamera hadapan AF 50MP termaju serta kamera hadapan bersudut lebar 8MP yang terus menetapkan standard baharu dalam prestasi kamera terunggul. Ia ditambah baik oleh Sensor JNV dan autofokus tersuai yang dapat mengekalkan potret yang menakjubkan dengan kejelasan tinggi. Walaupun dalam pencahayaan gelap, gambar tetap jelas dengan mod Lampu Sorot Dwi-Ton dan mod AI Ekstrem Malam yang eksklusif.

Telefon pintar V23 5G juga mudah untuk mengambil gambar bergaya. Foto potret boleh dimaksimumkan dengan ciri Potret Pesta baharu untuk menangkap gambar pemandangan pesta yang terbaik, serta ciri Potret Pelbagai Gaya untuk cara yang lebih mudah dan menyeronokkan untuk merakamkan detik-detik yang paling istimewa. Gambar swafoto berkumpulan? Usah risau kerana vivo V23 5G membenarkan rakaman gambar yang lebar walaupun hanya menggunakan kamera hadapan.

Rekaan tiga kamera belakang terdiri daripada kamera malam AF 64MP, kamera sudut lebar 8MP dan juga kamera makro super 2MP yang menyokong Mod Malam Super dalam memberikan prestasi terbaik dalam suasana gelap. Kualiti gambar yang jelas dipertingkatkan lagi melalui ciri potret Suar Bokeh Dwi-Kamera untuk gambar kabur di belakang yang kelihatan seperti profesional.

 

Kamera video turut menjadi aspek penting pada pemilihan telefon pintar. V23 5G hadir bersama mod AI Face Beauty yang merupakan sebahagian daripada ciri Video Swafoto 4K. Keupayaan pasca penyuntingan ini dipertingkan untuk memberikan wajah kdan visual kelihatan lebih baik. Sangat fleksibiliti untuk merakam dan mengedit video nanti.

Selain Sunshine Gold, vivo V23 5G juga boleh didapati dalam warna Starduct Black untuk pilihan yang lebih elegan. Boleh didapati pada harga RM2,099 di stor konsep vivo dan stor atas talian E-store vivo.

Foto: vivo Malaysia

Baca lebih lanjut: “MO’ FEAST MO’ FUN” DI MOMO’S KUALA LUMPUR

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
GoPro Hero12 black

5 PERKARA PERLU TAHU MENGENAI GOPRO HERO12 BLACK TERBAHARU

Bacaan Lanjut

APA YANG MENARIK DENGAN HUAWEI MATEPAD AIR TERBAHARU?

Bacaan Lanjut

SAMSUNG GALAXY Z FOLD5, REVOLUSI ‘KOMPUTER RIBA MINI’ YANG BERKUASA DAN MESRA POKET

Bacaan Lanjut
samsung galaxy z flip5

APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?

Bacaan Lanjut
samsung galaxy tab s9

APA YANG MENARIK DENGAN SAMSUNG GALAXY TAB S9 TERBAHARU?

Bacaan Lanjut