‘HAWA’ rangkul hadiah utama BMW Shorties 2016
‘Hawa’, filem pendek arahan Tan Ce Ding muncul sebagai pemenang hadiah utama pertandingan BMW Shorties 2016 edisi ke-10 baru-baru ini. Pertandingan filem pendek ini telah menerima jumlah penyertaan tertinggi, iaitu sebanyak 115 buah filem, dan menyenarai pendekkan 12 finalis bagi pertandingan tahun ini.

Mr Han Sang Yun, Pengarah Urusan & CEO BMW Group Malaysia, bersama Tan Ce Ding, Pengarah ‘Hawa’, Pemenang Hadiah Utama BMW Shorties 2016.
Tan Ce Ding yang telah menyertai BMW Shorties sejak 2010, telah lima kali berjaya mendapat tempat dalam senarai 10 filem pendek terbaik tetapi tidak pernah memenangi pertandingan ini sehingga sekarang. Beliau bakal menerima geran produksi sebanyak RM 75,000 daripada Kumpulan BMW Malaysia serta bimbingan daripada para pengadil untuk menghasilkan filem pendek profesional beliau yang seterusnya.
Berlatarbelakangkan Malaysia yang berada dalam kemusnahan setelah dilanda wabak zombi, ‘Hawa’ berkisahkan mengenai persahabatan di antara Hawa, gadis yang telah dijangkiti oleh gigitan zombi dan seorang anak muda yang berperwatakan riang bernama Meng. Menerusi kaedah simbolisme yang baik, pengarah Tan Ce Ding dapat menyampaikan kisah mengenai persahabatan dengan berkesan – terutama bagaimana mudahnya ia terdedah kepada bahaya isu sosial yang digambarkan sebagai wabak zombi dalam filem ini yang mengancam persahabatan Hawa and Meng.

Para pelakon dan krew ‘Hawa’ bersama Mr Sashi Ambi (kiri), Ketua Komunikasi Korporat, BMW Group Malaysia, dan Mr Han Sang Yun (kanan).
Di samping mendapat Hadiah Utama, ‘Hawa’ turut merangkul anugerah Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik, dan Penataan Bunyi Terbaik. Produksi ini juga dicalonkan untuk Sinematografi Terbaik, Reka Bentuk Produksi Terbaik, Suntingan Terbaik, Pelakon Terbaik, dan Pelakon Wanita Terbaik.
Bercakap pada malam anugerah tersebut, En. Han Sang Yun, Pengarah Urusan dan CEO Kumpulan BMW Malaysia berkata, “BMW Shorties telah melangkah jauh dalam menemukan dan menyokong potensi pembuatan filem di Malaysia sejak kami memulakannya sedekad yang lalu. Hari ini, kami berbesar hati kerana telah dapat memperkenalkan dan membantu menaikkan ramai bakat baru yang berpotensi yang kini telah mewujudkan nilai dan legasi dalam industri perfileman dan pengiklanan di Malaysia.”
Filem pendek oleh Pemenang Hadiah Utama BMW Shorties dan para finalis lain boleh ditonton di laman sesawang BMW Shorties (www.bmwshorties.com.my). Untuk maklumat lanjut, lawati laman Facebook BMW Shorties di www.facebook.com/BMWShorties.
Berikut adalah senarai pemenang-pemenang lain:
Best Cinematography Award: Aman Nak Besar? oleh Iswandi Salim
Best Production Design Award: Terus oleh Aiman Hamzah
Best Editing Award: Once See Fatt Cai (一見發財) oleh Chan Kean Wah
Best Actor Award: Terus oleh Azman Hassan
People’s Choice Award: Aman Nak Besar oleh Affendi Azizan
Tahniah GLAM Lelaki ucapkan kepada Tan Ce Ding serta pemenang-pemenang lain!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR
Eyka Farhana dan Akhyar Rashid kini bergelar ibu bapa. Ketahui detik kelahiran putera sulung dan maksud indah di sebalik namanya.
DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD
Menterjemah secara literal setiap inspirasi sinematik, kolaborasi seni Ed Ruscha dan Dior Cruise 2027 oleh Jonathan Anderson di Los Angeles.










