Skip to content

hotel indigo

HOTEL INDIGO KUALA LUMPUR ON THE PARK MERAIKAN JADE RABBIT SEMPENA PERAYAAN KUIH BULAN

Kongsikan artikel ini

Bersempena Perayaan Kuih Bulan tahun ini, Hotel Indigo Kuala Lumpur on The Park melancarkan koleksi kuih bulan eksklusif yang bertemakan Jade Rabbit.

Mid-Autumn Festival atau dikenali sebagai Perayaan Kuih Bulan di Malaysia bakal tiba tidak lama lagi. Tahun ini, festival budaya Tionghua ini akan dirayakan pada 17 September 2024. Bersempena Perayaan Kuih Bulan tahun ini, Hotel Indigo Kuala Lumpur on The Park akan melancarkan koleksi kuih bulan eksklusif yang bertemakan Jade Rabbit.

kuih bulan

Hotel Indigo Kuala Lumpur on The Park merupakan sebuah destinasi percutian yang bergaya dan menyeronokan di pusat ibu kota. Ianya membiaskan reka bentuk yang kontemporari dan chic dengan karakter yang unik buat pengunjung untuk mengeksplorasi sekitar Kuala Lumpur. Kali ini, tema “Jade Rabbit” diangkat dala meraikan kekayaan warisan festival serta etos desain unik milik hotel ini.

Tahun ini, koleksi kuih bulan dipersembahkan dalam sebuah kotak kayu nan mewah dengan perincian paten dan reka bentuk yang membiaskan estetik hotel yang klasik juga kontemporari. Kotak ini dihasilkan daripada material yang berkualiti tinggi dan mengukuhkan lagi komitmen hotel kepada kelestarian alam sekitar.

Di dalam kotak yang eksklusif ini, pengunjung akan mendapati seleksi kuih bulan yang cukup menyelerakan. Setiap satu dihasilkan daripada bahan-bahan yang terbaik dan perisa unik yang menyerlahkan esen Perayaan Kuih Bulan.

Koleksi kuih bulan Hotel Indigo Kuala Lumpur on The Park ini boleh didapati dalam beberapa perisa seperti:

Signature Mix Nuts

Pandan Single Yolk

Pure Lotus Paste with Single Yolk

White Lotus Paste (Less Sugar)

Red Bean

Chocolate Lava

Hotel Indigo Kuala Lumpur on The Park mahu mengajak pengunjung dan peminat kuih bulan untuk meraikan semangat Perayaan Kuih Bulan kali ini dengan Jade Rabbit Mooncake Collection. Setiap kotak kuih bulan dihasilkan secara eksklusif untuk memastikan ia memberikan pengalaman tersendiri. Anda boleh mendapatkan koleksi kuih bulan ini melalui pre-order sehingga 17 September 2024 pada 8 pagi sehingga 9 malam.

Koleksi kuih bulan eksklusif ini boleh didapati secara atas talian melalui +60326393888 dan Whatsapp +6012-388 4509. Atau secara emel di reservation.kulpk@ihg.com.

 

Baca lebih lanjut: KEMBARA GAYA DI KUALA LUMPUR BERSAMA GL GANG, SHARUL AIMY DAN JASON TAN