Skip to content

“I’M SPEECHLESS.” – CHRIS EVANS LUAH RASA TERKEJUT

Kongsikan artikel ini

Pelakon Captain America, Chris Evans bersama barisan selebriti Hollywood menyuarakan rasa terkejut mereka selepas rusuhan yang berlaku di Washington D.C.

6 Januari 2021 akan diingati sebagai titik hitam dalam sejarah Amerika Syarikat. Keganasan yang berlaku di Washington D.C. telah mengejutkan dunia, lebih-lebih lagi buat keseluruhan rakyat negara Uncle Sam itu. Barisan selebriti Hollywood seperti Chris Evans tidak terkecuali dalam menyuarakan rasa terkejut melalui laman media sosial mereka.

Melalui akaun Twitter rasminya, pelakon Captain Amerika itu telah menulis “I’m speechless” dan “Just think of the carnage had they not been white”. Ia turut diikuti dengan “So many people enabled this.” sebagai tanda bantahannya terhadap keganasan yang berlaku itu. Walaupun pendek, tulisannya itu cukup mendalam dengan menyelitkan isu perkauman yang berlaku di Amerika Starikat sejak tahun lalu melalui pergerakan Black Lives Matter.

 

Selain Chris Evans, rakan siri filem Avengers iaitu Mark Ruffalo turut sama meluahkan bantahannya melalui akaun Twitter. Pelakon itu menulis “Donald Trump is over. He will never, ever hold office or credibility again. Same with all his GOP enablers. Time to move into the light America. DING DONG MAGA IS DEAD.”

 

 

Penyanyi popular, Pink juga menggunakan platfom media sosial untuk meluahkan rasa malu terhadap apa yang telah berlaku. Dia yang merupakan anak kepada dua bekas askar telah menyatakan ia merupakan hari yang cukup menyedihkan buat Amerika Syarikat.

 

 

Selebriti lain yang telah menyuarakan rasa terkejut dan marah mereka termasuklah Ashton Kutcher, Cardi B, Demi Lovato, Sarah Jessica Parker dan ramai lagi.

Ratusan penyokong Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah melakukan rusuhan untuk menolak keputusan pilihanraya umum Amerika Syarikat tahun lalu. Mereka telah merempuh masuk bangunan United States Capitol ketika wakilan Kongres dan Dewan Senat sedang bersidang untuk mengesahkan kemenangan Joe Biden selaku Presiden Amerika Syarikat yang baharu. Menurut CNN, empat orang telah terbunuh, termasuk seorang wanita ketika belakunya keganasan itu.

 

Baca lebih lanjut: 5 PELAKON HOLLYWOOD INI PERNAH BERNIAT UNTUK BERSARA

Foto: Instagram @chrisevans

 

 

 

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

INSPIRASI SUT RONA BERANI DARIPADA FESYEN KARPET MERAH

INSPIRASI SUT RONA BERANI DARIPADA FESYEN KARPET MERAH

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OKTOBER 2023

Bacaan Lanjut

KENALI THE NEW INTERNET CRUSH, TAYLOR ZAKHAR PEREZ

Bacaan Lanjut
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024

Bacaan Lanjut
CHRIS EVANS AKHIRNYA BERGELAR SUAMI KEPADA AKTRES PORTUGAL

CHRIS EVANS AKHIRNYA BERGELAR SUAMI KEPADA AKTRES PORTUGAL

Bacaan Lanjut