Kontor Artisanal Nan Polos
Berpegang teguh pada DNA-nya, himpunan deko atau objek buat kediaman dan pejabat mencerminkan asal usul Berluti sebagai artisanal maker. Terutamanya di dalam mendakap kepakaran serta kewibawaannya dengan paduan material kulit.
Menjunjung kod estetik, kreativiti, warisan serta ketukangan rumah fesyennya, Berluti Homeware memperkenalkan himpunan objek atau item deko buat kediaman serta kelengkapan pejabat terbaru. Berdasarkan perkenalan koleksi bergaris rekaan polos berbalas nada elegan buat menghiasi meja kerja mahupun meja umumnya; Berluti memenuhi keinginan para pemujanya dengan pembentangan himpunan yang direka melengkapi kefungsian dalam kehidupan seharian.
Mengimbangi semangat kontor nada Berluti, rona kulit Venezia tampil diolah lebih cerah mengimbangi palet warna yang diilhami seni bina, landskap serta dedaunan bandar Chandigarh di India Utara. Paparan nada yang melengkapi himpunan ini termasuk Pinjore Garden Green, Blue Hills, Nespola Orange, Utopia Blue dan Sukhna Sunset Purple. Objeknya juga tersedia dalam TDM Intenso, salah satu patina paling ikonik buat rumah fesyen ini. Di mana, ia dihasilkan oleh pakar pewarna. Patina kulit Berluti yang tersendiri dicipta secara eksklusif menggunakan pelbagai proses, termasuk pewarnaan buatan tangan dengan pigmen khusus lalu berlapiskan pati minyak.
Berluti memadukan tiga bahan utama yang menerangi karakter signatur rumah fesyennya menerusi barisan objek serta deko terbaru ini. Kayu Hornbeam, yang digunakan untuk membuat kasut Bespoke Berluti, adalah kayu yang sangat padat dengan corak halus. Jarang sekali digunakan untuk pertukangan berskala kecil kerana sifatnya yang tahan lasak lagi kukuh.
Marmar White Carrara, atau Bianco Carrara, dengan butiran urat kelabu lembut, digunakan dalam Manifattura Berluti; kerana permukaannya mempunyai kesan dingin buat kulit semasa proses patina. Dari masa ke masa, permukaan marmarnya mengolahkan patina berlapis rona natural. Bianco Carrara, serta Nero Marquina berurat hitam pula digunakan untuk membuat item termasuk dulang kecil dengan perincian trim kulit Venezia, pemberat kertas silinder dan penahan buku; yang mana kedua-duanya diukir daripada satu blok marmar.
Kulit Venezia, ciri khas Berluti, digunakan dek kerana sifatnya yang lembut, tambah lagi tahan lama. Patinanya bakal mengolahkan pelbagai tona ibarat permata, lalu melengkapkan koleksi barangan kulit, aksesori dan perabot yang tersedia. Di samping itu, SIGNATURE Kanvas – menampilkan logo dari kayu pohon kasut pertama yang diciptakan oleh Alessandro Berluti. Kaligrafi motif Scritto ikonik menambahkan aksen perincian halus pada kotak atau dulang bagi menempatkan jam tangan; mahupun aksesori.
Baca lebih lanjut: HILTON SINGAPORE ORCHARD, HOTEL HILTON TERBESAR DI ASIA PASIFIK KINI DIBUKA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Garisan Kayu Nan Elegan Citra Pierre Yovanovitch
Studio reka bentuk yang membawakan kepelbagaian integrasi perspektif asal Perancis, Pierre Yovanovitch Mobilier membentangkan koleksi baharu objek rumah berjudul ‘Midi’.
Kompa Memeluk Alam
Sorotan dari Design Miami 2021 yang berlangsung awal Disember lalu, mempamerkan kerjasama antara Fendi dan jenama perabot yang berpangkalan di Botswana; Mabeo.