Skip to content

KEMBARA PENUH RASA HUJUNG TAHUN INI

KEMBARA PENUH RASA HUJUNG TAHUN INI

Kongsikan artikel ini

Perkhabaran tiada sekatan perjalanan sepanjang PKPB pasti ditunggu-tunggu. Tiada lagi halangan untuk anda rancang kembara anda agar minda lebih tenang, jiwa lebih nyaman. 

Why vacation is important? Terdapat banyak faedah tersirat disebalik percutian. Selain dapat merehatkan badan ia juga dapat menjalinkan silaturahim sesama keluarga sekaligus meningkatkan keyakinan, dan membantu membina nilai keluarga turun temurun. Bukan sahaja meluang masa bersama keluarga malah kembara bersama pasangan juga boleh memperbaiki intimasi.

Anantara Desaru Coast Resort & Villas, berlokasi di pantai bersih sepanjang 17 kilometer menghadap Laut China Selatan, terletak berhampiran Iskandar Malaysia dan mudah diakses melalui 45 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan dua jam perjalanan dari Singapura ini menawarkan pakej percutian mengagumkan yang mesti anda dapatkan. Baca berikutnya untuk anda tahu tentang pakej percutian daripada Anantara Desaru Coast Resort & Villas ini.

Baca: DIILHAMKAN DARI KOLONIAL, THE ANAM TAWARKAN PENGALAMAN PERCUTIAN MENGASYIKKAN

 

• Untuk percutian keluarga yang sempurna, anda boleh memilih pakej Anantara Staycation. Pakej ini merangkumi penjimatan yang luar biasa, makan malam bertemankan cahaya lilin untuk dua orang, penginapan satu malam untuk dua orang dengan pemandangan laut mewah, sarapan setiap hari, makan malam percuma untuk satu kanak-kanak berumur sehingga 11 tahun dari menu kanak-kanak. The Layang Layang Kids Club dan Teens Club menjanjikan hiburan dan aktiviti yang menyeronokkan seperti kelas membuat kek cawan, pizza, boardgames dan banyak lagi.

Pakej Percutian Ini Bakal Mengembirakan Hatimu!

Quick and romantic getaway! Tempah pakej Anantara Spa Essence yang merangkumi penginapan di bilik atau vila, sarapan setiap hari untuk dua orang termasuk urutan Anantara Signature Massage selama 60 minit untuk dua orang setiap penginapan. Baru-baru ini dianugerahkan Spa Terbaik Resort Malaysia di Anugerah Spa Dunia 2020. Manjakan diri dengan urutan khas untuk dua orang, berbaring berdampingan dengan teknik urutan Timur dan Barat, disulami campuran minyak spa yang memberi 100% relaksasi.

Ketika menginap di resort ini, anda boleh turut serta dalam pelbagai aktiviti seperti Dining by Design (private dining Anantara yang istimewa), morning and evening walks. Melawat Old Town Johor Bahru untuk foodie tour dan banyak lagi!

Untuk maklumat dan tempahan lebih lanjut, sila hubungi desaru@anantara.com atau layari laman web: //www.anantara.com/en/desaru-coast

Artikel asal: EH! Malaysia

By Nisa' Halid
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

TEROKAI PERCUTIAN ‘JIM THOMPSON MYSTERY WEEKEND’ DI CAMERON HIGHLANDS RESORT

Bacaan Lanjut
PUNCA SEBENAR KONSERT DRAKE BERSAMA NICKI MINAJ & LIL WAYNE DITUNDA

PUNCA SEBENAR KONSERT DRAKE BERSAMA NICKI MINAJ & LIL WAYNE DITUNDA

Bacaan Lanjut

“TEMAN PALING SEMPURNA DI BULAN RAMADAN” – DR. SAY SHAHARUDDIN

Bacaan Lanjut
JUNGKOOK BTS POSITIF COVID

JUNGKOOK BTS POSITIF COVID

Bacaan Lanjut

AKTOR KOREA SELATAN PARK SEO JOON POSITIF COVID-19

Bacaan Lanjut