Skip to content

Kesenian Aroma Kopi Nicaragua Yang Luar Biasa

Kongsikan artikel ini

Nespresso meraikan kehalusan dan kesenian luar biasa yang dizahirkan melalui setiap cawan kopi Nicaragua dengan pelancaran kopi edisi terhad terbaharu.

Penggemar kopi sentiasa dalam misi untuk mencari secawan kopi yang terbaik. Dalam memberikan pengalaman kopi yang terunggul, Nespresso memperkenalkan Master Origin Nicaragua La Cumplida Refinada yang merupakan sebahagian daripada rangkaian legenda Master Origins. Ia adalah kopi musim pertama dari Nicaragua yang menggunakan teknik penapaian.

Kopi ini menggunakan proses yang rumit dan memerlukan dedikasi sepenuhnya dalam mengubah suaikan bahan mentah menjadi minuman yang terbaik. Bukanlah lagi perkara asing dalam dunia gastronomi, begitulah juga dengan pakar kopi di Nespresso telah berganding bahu bersama pengusaha-pengusaha ladang kecil di Nicaragua untuk menghasilkan kopi yang enak dan tersendiri untuk menikmati di rumah.

Master Origin Nicaragua La Cumplida Refinada adalah sebahagian daripada barisan produk Master Origins yang mengandungi kopi asal-tunggal yang diperolehi dari seluruh dunia. Disebabkan iklim dan keadaan pertumbuhan yang luar biasa, ladang-ladang kecil di sana terkenal dengan lot mikro, di mana pokok kopi ditanam dalam bilangan yang terhad oleh pekerja tempatan yang mahir.

Pakar kopi di Nespresso telah menjalinkan kolaborasi dengan pakar kopi tempatan dan peladang dari rantau La Cumplida untuk meneroka dan memperhalusi proses penapaian. Buah kopi yang sudah masak secukupnya dipetik secara manual dan disembur menggunakan yis semulajadi. Ia kemudiannya diperam (menjalani proses penapaian) selama 72 jam bagi mengeluarkan profil rasa manis dan ringan dengan nota buah liar.

Penggemar kopi boleh merasai sesuatu di luar jangkaan dengan Master Origin Nicaragua La Cumplida Refinada ini. Untuk menikmati aroma penuhnya, anda disarankan untuk menikmatinya dalam bentuk kopi hitam. Ia boleh didapati di butik Nespresso, aplikasi mudah alih ataupun melalui laman rasmi Nespresso.

Foto: Nespresso Malaysia

Baca lebih lanjut: First Look: Lupin Part 2

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

STARBUCKS RAIKAN MUSIM BUNGA DENGAN 2 MINUMAN LAZAT & MENYEGARKAN

Bacaan Lanjut

RASAI KEHEBATAN RASA COCA-COLA STEVIA

Bacaan Lanjut

KAFE MESTI KUNJUNG 2016

Bacaan Lanjut