Skip to content

KISAH PENYAGAK DUNIA NYATA DI NETFLIX

Kongsikan artikel ini
1 of 6

Diadaptasikan dari kisah benar di dunia yang nyata, penipuan kehidupan sebenar ini mengisahkan tentang penyangak yang licik di Netflix!

Kisah benar didokumentarikan di laman website Netflix genre seperti drama skandal, provokasi, memukau dengan penuh dengan suspen ini membuatkan tontonan di rumah lebih menarik dan tertanya-tanya.

Apa yang anda rasa jika terjumpa dengan lelaki tampan dan segak di aplikasi dating? baru-baru ini, filem dokumentasi The Tinder Swindler menjadi trending dan bual bicara di social media. Filem dokumentari ini bermula dengan penerangan ringkas tentang cara menggunakan aplikasi Tinder untuk mencari seseorang yang sesuai oleh Cecilie Fjelhoy. Dia adalah salah seorang mangsa Simon Leviev yang mengambil bahagian dalam filem itu.

Picture taken on July 1, 2019 shows the so-called "Tinder swindler"... News Photo - Getty Images

Foto: Getty Images

Cecilie yang berasal dari Finland dan tinggal di London atas urusan kerja itu tertarik dengan Simon Leviev. Lelaki ini kemudiannya mengajak Cecilie untuk menikmati percutian mewah oleh Simon Leviev. Walaupun agak singkat, detik kebersamaan itu membuatkan mereka berdua selesa untuk menjalinkan hubungan asmara. Malah, Cecilie terjerat dengan kata-kata manis Simon, lelaki yang berasal dari Israel yang juga mengaku bahawa dia adalah anak jutawan dan menjadi pengganti kepada perniagaan berlian Leviev Diamond.

Lama kelamaan, Simon tiba-tiba menghantar gambar dan video pembantu peribadinya yang berlumuran luka. Dia mengakui bahawa dia telah diserang oleh musuh yang ingin mencuri berlian itu menyebabkan Cecilie panik dan bimbang.  Simon pula mengakui bahawa kad kreditnya terpaksa disekat supaya tidak boleh diakses oleh musuh. Dia meminta Cecilie mencari pinjaman untuk melangsungkan kehidupan si penyangak ini. Disebabkan oleh kata-kata kasihan Simon dan tidak sanggup melihat kekasihnya dalam kesusahan, dia berhutang di sembilan tempat! Segala jawapan boleh didapati dengan menonton filem The Tinder Swindler secara rasmi menerusi Netflix.

Jika anda ingin menghilangkan kebosanan anda di rumah dan ingin menyaksikan filem seperti The Tinder Swindler, berikut ialah rangkuman dokumentari dan drama terbaik yang diputarbelitkan yang menyelidiki dunia penipuan si penyangak yang boleh anda menonton di Netflix!

1 of 6

By Nur Izwani
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

glam fashion party 2024

20 GAYA SELEBRITI WANITA TERBAIK DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2024 

Bacaan Lanjut
WEDNESDAY MUSIM KEDUA BAKAL TAMPILKAN DUA LAGI PELAKON TERKENAL

WEDNESDAY MUSIM KEDUA BAKAL TAMPILKAN DUA LAGI PELAKON TERKENAL

Bacaan Lanjut

NADHIR NASAR, THE LUCKY STRIKE!

Bacaan Lanjut
rancangan raya 2024

5 RANCANGAN ANDA BOLEH ‘LAYAN’ SEPANJANG HARI RAYA INI

Bacaan Lanjut
must watch April 2024

15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut

AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut