Skip to content

KOTAK, ELLO DEWA 19 & IFAN SEVENTEEN BERSATU DI PENTAS KUALA LUMPUR

KOTAK, ELLO DEWA 19 & IFAN SEVENTEEN BERSATU DI PENTAS KUALA LUMPUR

Kongsikan artikel ini

Beberapa minggu lalu kumpulan rock alternatif dari Bandung, Cokelat mengumumkan akan kembali ke Kuala Lumpur untuk menjayakan konsert pada 7 September 2024.

Konsert itu merupakan satu kejutan besar buat peminat setia yang merindui persembahan Cokelat selepas 14 tahun kumpulan itu berpecah dan membawa haluan masing-masing. Dan kini, lebih ramai penyanyi dari seberang akan hadir untuk menghiburkan peminat di negara ini sempena Indonesian Music Festival.

Bakal berlangsung pada 24 Ogos depan di Arena Axiata Bukit Jalil, ia akan menampilkan barisan penyanyi terkenal termasuk Kotak. Kumpulan rock disegani di Indonesia ini dianggotai oleh Tantri sekalu vokalis, Cella (gitar) dan Chua (bass).

Kotak tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sudah mempunyai kelompok peminat tersendiri di Malaysia. Ditubuhkan pada 2004, mereka terkenal dengan lagu-lagu seperti Tendangan Dari Langit, Pelan-Pelan Saja dan Masih Cinta.

Indonesian Music Festival 2024 kuala lumpur

Lagi Artis Yang Bakal Menghiburkan Peminat Di Kuala Lumpur

Selain Kotak, dua lagi penyanyi yang turut dibawakan penganjur UnUsUaL Entertainment adalah Ello, vokalis kumpulan Dewa 19 dan Ifan dari kumpulan Seventeen.

Ello atau nama sebenarnya Marcello Tahitoe menyertai kumpulan Dewa 19 pada 2022 dan pernah hadir membuat persembahan di Kuala Lumpur bersama kumpulan itu pada tahun lalu. Justeru tidak menghairankan jika dia mempunyai ramai peminat di sini.

Antara lagu popularnya adalah Kisah Kita T’lah Usai, Benci Tapi Rindu, Gak Kayak Mantanmu dan Takkan Ada Aku Lagi. Sebelum menyertai Dewa 19, dia telah pun memiliki enam album studio berjudul Ello, Realistis/Idealis, Taub Mumu, Jalur Alternatif, Antistatis dan 99.

Anak kepada penyanyi popular 1970-an, Diana Nasution ini bukan calang-calang. Sejak menceburi industri hiburan dua dekad lalu, dia telah memenangi pelbagai anugerah muzik. Ini termasuk Album Pop Terbaik (2005), Penyanyi Solo Rock Terbaik (2016), Album Rock Terbaik (2021) dan Album Terbaik-Terbaik (2021).

Foto: Suria FM

Ifan Seventeen juga tidak perlu diperkenalkan lagi. Namanya hangat di Malaysia selepas bencana tsunami 2018 meragut nyawa tiga ahli kumpulannya, pengurus dan kru, juga isterinya, Dylan Sahara.

Walaupun diuji dengan tragedi pilu, ia tidak mematahkan semangat Ifan untuk terus membawa nama Seventeen. Antara lagunya yang terkenal di kalangan peminat tanah air adalah Kelmarin.

Penyanyi itu dijangka akan mendendangkan lagu-lagu popular Seventeen seperti Cinta Jangan Disembunyikan, Menunggu Kamu dan Hal Terindah pada konsert nanti.

 

Foto: Facebook/Pop Hari Ini/Gen 987 FM

Pautan berkaitan: KONSERT DUA LIPA DI KUALA LUMPUR DIPANJANGKAN