Lapangan Terbang Terbaik Dunia 2016
Infrastruktur moden, kemudahan serta khidmat yang memuaskan dinilai dengan penuh teliti untuk merangkul anugerah Best Airport 2016
Buat anda yang sering mengembara dan naik turun kapal terbang tentunya turut berpeluang menjejaki prasarana hebat lapangan terbang serata dunia. Kemudahan serta servis sesebuah lapangan terbang tidak dinafikan adalah pelengkap utama perjalanan anda ke mana jua destinasi yang dituju.
Sama ada bergegas ke pintu pelepasan ataupun transit berjam-jam lamanya, sesebuah lapangan terbang dengan fasiliti moden serta persekitaran mendamaikan menjadi idaman semua pengembara. Sebaik anda tiba di perkarangan terminal menuju ke ruang check-in, melalui pemeriksaan kastam, imigresen dan kemudahan pengangkutan dalam terminal yang efisien sehinggalah barisan butik beli-belah menjadi keutamaan.
Kini fasiliti yang lebih serasi dengan keperluan pengembara moden menjadi tuntutan jutaan penumpang yang menggunakan lapangan terbang setiap hari. Pengurusan lapangan terbang yang menjadi hab penerbangan tertentu turut menyediakan kemudahan kelas pertama bukan saja buat penumpang kelas mewah tetapi airport terbaik kini menjadikan ia elemen terpenting dalam memberi layanan sempurna buat semua kelas penumpang.
Daripada servis petugas dan ameniti yang disediakan, pelbagai aspek diambil kira oleh badan yang menilai lapangan terbang untuk diberikan anugerah terbaik di dunia. GLAM Lelaki menyenaraikan 10 lapangan terbaik ini dan anda boleh tanda yang mana sudah anda jejaki.
- Lapangan Terbang Changi, Singapura
2. Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Seoul
3. Lapangan Terbang Munich
4. Lapangan Terbang Haneda, Tokyo
5. Lapangan Terbang Hongkong
6. Lapangan Terbang Centrair Nagoya
7. Lapangan Terbang Zurich
8. Lapangan Terbang Heathrow, London
9. Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai
10. Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, Doha
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DIOR HADIRKAN KOLEKSI KAPSUL CD 1947
Musim ini Dior menghadirkan koleksi kapsul CD 1947. Dijamin setiap rekaan yang terkandung mencuri perhatian para penggemar fesyen streetwear khususnya.
COACH x TOM WESSELMANN, MERAIKAN KARYA ARTIS POP TERNAMA
Coach mengundang Tom Wesselmann untuk hasilkan koleksi kapsul. Menggabungkan seni dan fesyen, deretan aksesori memikat melengkapi penampilan.
KONTRAS DAN CETAKAN LIAR JADI CIRI KHAS KOLEKSI LA VACANZA 2022
Summer holiday! Gaya kembara lebih hangat dengan padanan koleksi La Vacanza 2022 citra Versace.
ACQUA DI GIÒ EAU DE PARFUM DAYA TARIKAN MASA DEPAN
Giorgio Armani memperkenalkan ACQUA DI GIÒ EAU DE PARFUM sebagai haruman ikonik nan maskulin untuk lelaki masa depan.
NB FOR JADEN SMITH VISION RACERS, TARUHAN DUA WARNA EPIK
New Balance dan Jaden Smith bersatu untuk satu kolaborasi epik. Rekaan Vision Racers melengkapi gaya musim baharu.
BLEU DE CHANEL LAMBANG KEBEBASAN
Elemen kejutan, intipatinya di luar jangkaan. BLEU DE CHANEL Eau de Parfum aromanya memikat jiwa penuh aromatik dalam tiga dimensi.