Skip to content

M NASIR HADIAHKAN KONSERT CIPTA 2 BUAT PEMINAT SETIA

M NASIR HADIAHKAN KONSERT CIPTA 2 BUAT PEMINAT SETIA

Kongsikan artikel ini

Selepas kejayaan Konsert Dato’ M.N45ir Cipta, Dato’ M Nasir memberi satu kejutan menggembirakan buat peminat.

Dalam satu majlis apresiasi media yang berlangsung baru-baru ini, pemuzik legenda tanah air itu mengumumkan bahawa dia bakal mengadakan Konsert Dato’ M.N45ir Cipta 2. Sama seperti lokasi konsert pertama, ia bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 Oktober 2024.

Tambah M Nasir, idea itu muncul sewaktu menjayakan konsert pertama pada 10 Ogos lalu. Ini kerana ada beberapa lagu pemintaan peminat yang tidak dapat dipersembahkan pada konsert tersebut.

“Sebenarnya semasa konsert pertama, saya tahu takkan dapat puaskan hati semua orang. Saya takkan dapat nyanyi semua lagu yang saya cipta. Saya rasa, pasti ada yang kedua.

“Saya kira ada beberapa lagu popular ciptaan saya yang akan saya nyanyikan. Mungkin Awan Nano, Srikandi Cintaku dan Fantasia Bulan Madu. Ada juga peminat yang mahu saya menyanyikan lagu-lagu lama yang saya rakamkan,” katanya, menurut Harian Metro.

M. Nasir Konsert Cipta 2

Foto: Gempak

Kelainan Dalam Konsert Kedua Dato’ M Nasir

Konsert anjuran Icon Entertainment yang disifatkan sebagai ‘extended version’ ini bakal ditampilkan dengan konsep lebih gah. Apabila ditanya mengenai kandungan dan durasi konsert, M Nasir berkata dia akan cuba menampilkan kelainan dan gaya baharu.

“Mungkin dari sudut visual dan mungkin saya akan menari. Siapa tahu, kan? Dua jam lebih tapi selalunya tak berlaku begitu. Di antara lagu selalu ada benda-benda yang spontan dilakukan. Jadi, itu membuatkan masa bertambah. Tapi kita rancang supaya jangan sampai tiga jam,” katanya.

Menurut Iman Tang dari Icon Entertainment, jualan tiket adalah terhad iaitu sebanyak 6,000 keping sahaja.

“Maka jika anda merupakan peminat tegar M Nasir atau terlepas menyaksikan konsert-konsert beliau sebelum ini, Konsert Cipta 2 adalah momen terbaik untuk anda cipta dan simpan sebagai sejarah,” ujarnya.

Tiket berharga RM238, RM338, RM458, RM488, RM528 dan RM588 boleh didapatkan di Ticket2u bermula 27 Ogos jam 2 petang.

 

Foto: Artwist

Pautan berkaitan: M. NASIR BAKAL HANGATKAN PENTAS AXIATA ARENA DENGAN CIPTA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

M. NASIR BAKAL HANGATKAN PENTAS AXIATA ARENA DENGAN CIPTA

M. NASIR BAKAL HANGATKAN PENTAS AXIATA ARENA DENGAN CIPTA

Bacaan Lanjut
DATUK M. NASIR MANGSA TERBAHARU COVID-19

DATUK M. NASIR MANGSA TERBAHARU COVID-19

Bacaan Lanjut