MADS MIKKELSEN X MARC O’POLO SPRING ’17
Bintang Hollywood yang terkenal dengan watak Dr. Hannibal Lecter dalam siri tv hit Hannibal, Mads Mikkelsen menjadi wajah rasmi untuk kempen Marc O’Polo koleksi spring 2017 untuk pakaian lelaki. Ternyata wajah misteri dan aura furutistik milik Mads menjadi taruhan jenama pakaian gergasi ini yang sentiasa inginkan kelainan dan keluar dari kepompong kebiasaan.
Buat pakaian wanita pula, supermodel Lara Stone dipilih menjadi rupa eksklusif untuk kempen Marc O’Polo 2017 ini. Jurugambar terkenal Peter Lindbergh meminjamkan sentuhannya untuk gambar dan video kempen ini di mana aktor 51 tahun ini memakai kepelbagaian koleksi jenama ini seperti jaket bomber, parka, serta kemeja berwarna serta banyak lagi.
Untuk video eksklusif kempen ini, Peter menangkap mood hitam dan putih bagi menyerlahkan lagi kempen ini di mana Mads menceritakan pengalaman beliau bagaimana terlibat dengan kempen ini serta bagaimana untuk menyerlahkan sisi berbeza yang diingini bagi memenuhi kriteria lelaki Marc O’Polo.
Video kempen tersebut boleh anda saksikan melalui pautan di bawah:
Oleh Wan Mohd Firdaus, 10 Februari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
APA SEBENARNYA MAKSUD ‘MAHU MENGAHWINI LELAKI KAYA’?
Adakah kesemua perempuan materialistik?
MARK YOUR CALENDAR: 5 SAMBUTAN YANG BAKAL WARNAI SEPTEMBER DI MALAYSIA
Ketahui 5 sambutan September di Malaysia yang bakal memeriahkan bulan ini, daripada Hari Malaysia hingga festival seni, makanan dan budaya.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
DARI AKTOR KE STAIL IKON: 5 PELAKON TEMPATAN DENGAN GAYA VERSATIL
Kenali 5 selebriti Malaysia yang bukan sahaja menyerlah di layar, tetapi turut mencuri perhatian dengan stail dan identiti fesyen tersendiri.
5 ARTIS LOKAL UNTUK DIDENGARI SEANDAINYA ANDA MEMINATI KUMPULAN ALPHA
Lihatkan lima artis lokal yang berkongsi latar bunyi bersama ALPHA, daripada DUKES hinggalah Aisha Retno.














