Skip to content

“MAKING PARENT HAPPY IS OUR PRIORITY”. AKSI KADET REMAJA, FAHMI YUNUS PULANG DARI PERANTAUAN UNDANG SEBAK

Kongsikan artikel ini

Kelmarin, laman sosial dibanjiri perkongsian video seorang remaja lelaki muncul di pintu rumah dan membuat kejutan kepada keluarga tersayang. Aksinya melakukan silap mata untuk mengejutkan ibunya menerima pelbagai reaksi netizen di media sosial. Selepas beberapa bulan di perantauan, Muhammad Fahmi bin Mohd Yunus pulang ke tanah air bersempena cuti akhir tahun. Nyatanya, perkongsian video sebegini ada yang mengundang sebak dan haru, termasuk di hati penulis sendiri, lalu GL menghubungi Fahmi Yunus untuk berkongsi inspirasi serta butiran peribadinya bersama pembaca. Semoga bermanfaat.

GLAM Lelaki: Boleh anda kongsikan tentang latar belakang anda. Nama penuh, umur, adik beradik, kerjaya, hobi dan apa saja yang menarik tentang diri anda?

FAHMI YUNUS: Terima kasih kepada penulis GLAM Lelaki kerana sudi menemubual saya. Nama diberi Muhammad Fahmi bin Mohd Yunus berumur 19 tahun. Anak keempat dari enam adik beradik. Saya kini menggalas tanggungjawab sebagai Pegawai Kadet TUDM. Hobi saya mengembara, mendengar muzik, menghias bilik dan menonton movies and bermain games. Saya pernah bekerja sebagai pelayan di Umai D’Lake Café, as a part-time job.

GLAM Lelaki: Ceritakan serba sedikit bagaimana Fahmi boleh mendaftar ke Maktab Tentera Diraja Kanada? Kenapa memilih Kanada?

FAHMI YUNUS: Oh semasa tahun asasi di UPNM, title saya adalah Bakal Pegawai Kadet. Suatu hari saya diberitahu ada tawaran untuk menyambung pengajian di United States Air Force Academy, USAFA. Awalnya, saya tak terfikir untuk memohon pun, but then i told my dad ada offer tu then he told me to apply. I had a small argument but in the long run I listened to him and give it a shot. Saya berjaya mara ke peringkat kedua, tetapi sangkut di peringkat akhir. Agak kecewa juga. Sebulan kemudian, saya ditawarkan ke Royal Military College Saint-Jean (RMCSJ) Canada. Rupanya nama saya terpilih termasuk beberapa lagi calon yang gagal seaktu pemilihan USAFA. Setelah melalui beberapa ujian, temuduga dan proses, I made it! Saya tak pernah terfikir pun nak ke Canada sebab ini adalah kali pertama ATM hantar Pegawai Kadet untuk sambung belajar di Canada. Kiranya di Royal Military College Saint-Jean ini saya Pegawai Kadet pertama ke sana. So, I was chosen for this opportunity and I took it. 

GLAM Lelaki: Adakah Fahmi memang bercita-cita untuk menjadi tentera? Kenapa tentera?

FAHMI YUNUS: Saya pilih untuk menyertai tentera sebab antara adik beradik saya, saya dikira anak lelaki harapan terakhir. Abang sulung saya Muhammad Lutfi menyambung pengajian medical di Indonesia. Abang kedua saya Muhammad Ahnaf dalam bidang perakaunan di UM. Tetapi sebenarnya dari dahulu lagi saya memang berminat dengan life ketenteraan ni.

GLAM Lelaki: Pengalaman pahit manis sepanjang belajar di sana, mungkin perbezaan ketara boleh Fahmi simpulkan?

FAHMI YUNUS: Antara pengalaman manis di sana adalah saya dapat mengembara bersama kawan-kawan ke negara lain. Pergi ke Niagara Falls, New York dan Washington. Dapat peluang untuk menyertai aktiviti payung terjun dari 9000 kaki dan banyak lagi! Banyak kenangan manis walaupun tidak menyeronokkan but I take it as a positive thing and be happy with it. 

GLAM Lelaki: Ceritakan serba sedikit bagaimana dapat inspirasi untuk membuat ‘surprise’ tersebut kepada ibu? Adakah Fahmi menjangka perkara ini akan menjadi viral?

FAHMI YUNUS: Inspirasi buat kejutan untuk kedua ibu bapa itu datang dari video-video di YouTube. Saya selalu tengok video-video US Army yang pulang ke rumah membuat surprise untuk parents, wife and girlfriend mereka. Mulanya nak buat untuk teman wanita saja tapi dah selalu buat jadi kali ini untuk ibu bapa saya pula. Tak jangka juga akan viral sampai macam ini. Bila difikir-fikir, ini masa yang sesuai nak buat walaupun baru berjauhan lima bulan dengan keluarga.

GLAM Lelaki: Kenapa Fahmi merancang buat kejutan tersebut? Ceritakan sedikit tentang ibu dan ayah Fahmi?

FAHMI YUNUS: Perancangan nak buat kejutan tersebut sebab mereka ingat saya pergi ke USA, tinggal dengan keluarga angkat di Alabama unutk cuti Krismas ni. Tapi kerajaan Canada sudah belikan tiket balik Malaysia jadi mereka memang tak tahu. After that, terus plan nak buat surprise. Nama mak saya Datin Nor Lizah Binti Wagiyo berumur 49 berasal dari Kluang, johor. Mak saya seorang guru bahasa melayu di Sekolah Keb. Putrajaya Presint 5(1). Nama ayah saya Brigadier General Dato’ Dr Mohd Yunus Bin Masjuki berumur 55 berasal dari Panchor, Muar.

GLAM Lelaki: Di mana Fahmi melihat diri Fahmi dalam 10 tahun akan datang.

FAHMI YUNUS: Dalam 10 tahun akan datang, I’m picturing myself struggling to reach my goals. I still have plans to make my parents happy, especially my dad!

GLAM Lelaki: Nasihat Fahmi untuk anak-anak muda di luar sana untuk agar sentiasa gembirakan ibu bapa walaupun duduk jauh di mata?

FAHMI YUNUS: As afriendly reminder untuk rakan-rakan sebaya dan anak muda, regardless jauh mana, lama mana kita tak berjumpa, making our parents happy is our priority. Kita tidak perlu menjadi kaya untuk buatkan mereka gembira, just some effort then its good.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 24 Disember 2018

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
senaman sakit pinggang

5 SENAMAN TERBAIK UNTUK KURANGKAN SAKIT PINGGANG

Bacaan Lanjut