MENGAPA FILEM ‘LIGHTYEAR’ DIHARAMKAN DI MALAYSIA?
Filem Disney-Pixar terbaharu, “Lightyear” yang menampilkan Chris Evans tidak mendapat kebenaran untuk ditayangan di 14 buah negara, termasuklah Malaysia.
Buzz Lightyear tidak akan beraksi di Malaysia! Filem Disney-Pixar terbaharu, “Lightyear” telah mencipta kontroversi selepas menerima pengharaman di 14 buah negara di Asia dan Timur Tengah, termasuklah Malaysia. Filem animasi ini telah membuat tayangan perdana pada 8 Jun 2022 di El Capitan Theatre di Hollywood.
Selain Malaysia, antara negara lain yang turut mengharamkan tayangan “Lightyear” termasuklah Emeriah Arab Bersatu, Arab Saudi, Indonesia, Kuwait, Lebanon dan Mesir. China juga dijangkakan akan mengharamkan tayangan filem ini di seluruh negara mereka.

(Photo by David M. Benett/Dave Benett/WireImage)
Filem “Lightyear” dibintangi oleh Chris Evans selaku peneraju utama. Pelakon Marvel yang popular dengan watak Captain America itu menyumbangkan kepada watak ikonik, Buzz Lightyear. Alasan filem animasi ini tidak mendapat kebenaran untuk ditayangkan adalah kerana ia mempunyai adegan ciuman antara dua karakter wanita yang merupakan sahabat baik kepada Buzz.
Pada awalnya, kerajaan Malaysia meluluskan tayangan filem ini selepas melalui proses penapisan pada elemen homoseksual mengikuti standard penapisan negara. Tetapi selepas menerima kelulusan Lembaga Penapis Filem Malaysia, syarikat pengedaran The Walt Disney Company (Malaysia) Sdn. Bhd membuat keputusan untuk tidak menayangkan di Malaysia.

(Photo by Matt Winkelmeyer/Getty Images)
“Lightyear” adalah filem animasi berdasarkan karakter Buzz Lightyear daripada francais popular “Toy Story” yang pertama ditayangkan pada 1995. Siri terakhir “Toy Story 4” yang membuat debut pada 2019 telah berjaya mengutip lebih US$ 1 billion di seluruh dunia.
Filem animasi ini bukanlah yang pertama diharamkan tayangan di Malaysia. Pada 1998, filem “The Prince of Egypt” yang menampilkan visual Nabi Musa A.S telah diharamkan, selain “Abominable” pada tahun 2019.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: TO THE GREATEST HERO IN OUR LIVES
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JULAI 2022
Laman penstriman utama Netflix, HBO GO dan Disney+ Hotstar membariskan 10 filem, siri drama, rancangan komedi serta dokumentari baharu yang ‘must watch’ sepanjang Julai 2022.
JOHNNY DEPP BAKAL MEMBINTANGI PIRATES OF THE CARIBBEAN TERBAHARU?
Johnny Depp telah menggalas watak Jack Sparrow dalam lima filem Pirates Of The Caribbean sejak 19 tahun lalu sebelum namanya digugurkan.
EWAN MCGREGOR KEMBALI SEBAGAI JEDI MASTER DALAM SIRI OBI-WAN KENOBI
Watak ikonik Star Wars lakonan Ewan McGregor akan kembali dalam siri terhad, “Obi-Wan Kenobi” yang akan debut pada 25 Mei 2022 secara eksklusif di Disney+ Hotstar.
RED ONE BAKAL MENYATUKAN CHRIS EVANS & DWAYNE JOHNSON
Tahun 2022 dilihat sebagai tahun yang sibuk buat Chris Evans apabila dipilih untuk membintangi sebuah lagi filem di samping The Rock.
5 FILEM PERLU ANDA STRIM DISEMBER INI
Dari ‘The Power of the Dog’ kepada ‘Dune’, laman penstriman utama seperti Netflix, HBO GO dan Disney+ Hotstar membariskan lima filem antarabangsa yang pasti menghiburkan anda sepanjang Disember ini.
“DIA MASIH LAGI BERGELUT SECARA EMOSI SEJAK END GAME.” – JEREMY RENNER KEMBALI SEBAGAI HAWKEYE DALAM SIRI MARVEL TERBAHARU
Jeremy Renner kembali menyarungkan sut adiwira Hawkeye sebagai Clint Barton dalam siri Marvel Cinematic Universe terbaharu “Hawkeye” yang boleh ditonton melalui Disney+ Hotstar.