INSPIRASI SUT RONA BERANI DARIPADA FESYEN KARPET MERAH
Tak ada salahnya menyarung tuksedo klasik rona gelap, namun kebelakangan ini ramai selebriti tampil berani dengan menyarung sut berwarna-warni.
Pada beberapa majlis anugerah berprestij baru-baru ini, beberapa selebriti lelaki dilihat bijak mencuri perhatian. Mereka mengetepikan gaya malam tipikal dan muncul di karpet merah dengan persalinan rona terang yang menonjol.
Percikan warna boleh memberi impak besar dan tidak memerlukan bantuan tambahan. Hanya pastikan gaya anda kemas, jangan keterlaluan. Penampilan anda akan kelihatan segak dan sama sekali tidak membosankan.
Lihat sut pilihan selebriti di acara karpet merah yang boleh dijadikan inspirasi
Jon Batiste
Pada malam Anugerah Akademi yang berlangsung Mac lalu, penyanyi ini tampil super chic dalam blazer rona merah pulasan daripada Zegna. Kemeja kolar tinggi dan celana kaki lebar sedondon daripada jenama sama melengkapkan gayanya.
Taylor Zakhar Perez
Pada acara sama, aktor Minx ini menyarung sut biru kundang yang dipadankan bersama kemeja poplin, tali leher kupu-kupu fabrik sutera dan kasut kulit rona hitam daripada jenama Itali, Prada.
Chris Evans
Bintang Marvel ini tahu cara tepat untuk mencuri tumpuan lensa kamera. Chris Evans hadir ke Vanity Fair Oscar Party dalam sut double-breasted Dolce & Gabbana bersama kemeja putih dan tali leher rona hitam.
Matt Bomer
Musim anugerah tahun ini menyaksikan beberapa penampilan berani Matt Bomer dalam sut rona terang. Pada Golden Globe Awards ke-81 Januari lalu, dia menggayakan dinner jacket sutera rona biru, celana berwarna hitam dan kemeja sutera putih daripada Brioni.
Andrew Scott
Untuk gaya lebih kasual, penampilan Andrew Scott boleh dijadikan sumber rujukan. Kala menghadiri Film Independent Spirit Awards pada bulan Februari, aktor Ripley ini menyarung sut Etro rona kuning yang dipadankan bersama kemeja polo jarang berwarna putih.
Foto: Getty Images
Pautan berkaitan: MOMEN FESYEN SELEBRITI DI COACHELLA 2024
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GAYA BINTANG BORDERLANDS DI KARPET MERAH TAYANGAN PERDANA
Sesi bertemu peminat dan tayangan perdana Borderlands di Los Angeles meriah dengan kehadiran barisan pelakon dalam persalinan bergaya.
GAYA BINTANG TERNAMA DI ‘OSCAR SAINS’, BREAKTHROUGH PRIZE AWARDS 2024
Acara tahunan yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg, Sergey Brin dan Anne Wojcicki pada 2012 ini meraikan pencapaian saintis terkenal dari seluruh dunia.
5 FAKTA MENARIK TENTANG AKTOR RIPLEY, ANDREW SCOTT
Nama Andrew Scott menjadi meniti bibir penonton di seluruh dunia dek lakonan mantapnya dalam siri terbaru Netflix, Ripley.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2024
Dari filem “Ripley” lakonan Andrew Scott kepada siri K-drama “Chief Detective 1958” yang menampilkan Lee Je-hoon, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang April 2024.
10 YANG SEGAK DI INDEPENDENT SPIRIT AWARDS 2024
Berbeza dengan majlis anugerah berprestij lain, Independent Spirit Awards menampilkan kod pakaian lebih chic dan santai saban tahun.
GAYA KARPET MERAH SAG AWARDS 2024
SAG Awards tahun ini menyaksikan kemunculan selebriti dalam persalinan memukau mata daripada pereka ternama.