MENU ISTIMEWA SAMBUTAN TAHUN BAHARU DI THE CHOW KIT
The Chow Kit Kitchen mempersembahkan seleksi menu istimewa untuk meraikan kedatangan tahun 2022 dalam suasana yang elegan dan penuh privasi.
2021 bakal melabuhkan tirai dan dalam meraikan sambutan tahun baharu kali ini, The Chow Kit akan menyajikan pengalaman gastronomi unik bersama promosi staycation yang elegan dan penuh privasi. Hotel yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur ini akan mempersembahkan seleksi menu segar yang istimewa di The Chow Kit Kitchen yang telah dinobatkan sebagai Restoran Baharu Terbaik di Asia oleh CNN Travel pada 2020.
Boleh dinikmati sehingga 31 Disember 2021, The Chow Kit Kitchen akan menampilkan pilihan menu bermusim yang memberikan tumpuna kepada citarasa moden dan Malaysia. Mulakan pengalaman gastronomi ini dengan Foie Gras sebagai hidangan pembukaan dengan sentuhan nanas caramel bersama sos balsamic madu kelulut pada foie gras bakar. Diikuti dengan pilihan sup ekor atau sup kacang pis bermusim.
Untuk sajian utama pula, pengunjung boleh memilih Sous Vide Short Ribs, Salt Baked Senangin ataupun Roasted Stuffed Lamb Roulade yang menyelerakan. Hidangan short ribs dari Australia itu dimasak secara sous vide selama 12 jam bersama salutan lima rempah istimewa, disempurnakan pula dengan kentang panggang serunding, brussel sprout dan lobak merah muda. Manakala, hidangan ikan senangin pula bercitarasa tempatan bersama nasi halba mentega dan sauran panggang penuh aroma.
Buat peminat sajian kambing, pengunjung juga boleh memiilih Roasted Stuffed Lamb Roulade yang disajikan bersama jus rosmary dan sos pudina yag segar. Pastikan anda menyimpan ruang perut untuk pemanis mulut, Decadent Chocolate Tart. Antara tart coklat terbaik yang kaya dengan krim coklat pekat bersama jem strawberi buatan sendiri dan sentuhan kepingan garam pelengkap.
Hujung tahun ini, pengunjung boleh mencuba pakej Stay & Dine yang akan merangkumi ruang penginapan berserta seleksi menu pilihan. Menu Festive boleh dinikmati pada 31 Disember 2021 pada harga RM200 seorang di The Chow Kit Kitchen atau juga di PRIVATE @ The Chow Kit. Tempahan boleh dilakukan melalui thechowkit.com/eat-drink atau +60327786688.
Foto: The Chow Kit
Baca lebih lanjut: “CABARAN SAYA ADALAH TIDAK JATUH CINTA DENGAN LUCIEN LAVISCOUNT “ – LUCAS BRAVO (GABRIEL) DARIPADA SIRI ‘EMILY IN PARIS’
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SPOT MEETING DI THE EXCHANGE TRX
Jika anda ingin mempunyai mersyuarat produktif sambil menikmati hidangan. Temui 5 restoran terbaik di The Exchange TRX yang sempurna.
ATAS DI THE RUMA HOTEL AND RESIDENCE PERKENAL MENU BARU
Nikmati pengalaman gastronomi baru di ATAS, The RuMa Hotel dengan menu lunch yang menampilkan hidangan Eropah klasik berjiwa Malaysia.
5 SPOT RESTORAN MEWAH FOR ‘FIRST DATE’
GLAM Lelaki menemukan restoran mewah dan romantik untuk "First Date"! Kami bawakan destinasi terbaik untuk memulakan kisah cinta anda.
CITA RASA AUTENTIK JEPUN DI MIYABI, SHERATON PETALING JAYA HOTEL
Alami pengalaman yang elegan dan autentik untuk menikmati cita rasa kulinari Jepun premier di restoran Miyabi di Sheraton Petaling Jaya Hotel.
THE RUMA HOTEL AND RESIDENCES MEMPERKENALKAN SAJIAN BAHARU EROPAH UNTUK ATAS
The RuMa Hotel and Residences menampilkan reka bentuk semula restoran istimewanya, ATAS. ATAS menggunakan sentuhan persona bistro baharu dan menawarkan pengalaman menjamu selera yang segar.
RAIKAN HARI BAPA DI M RESORT & HOTEL KUALA LUMPUR
Bersempena Hari Bapa tahun ini, M Resort & Hotel Kuala Lumpur mahu menghargai hero dalam hidup anda dengan pengalaman gastronomi istimewa pada 16 Jun 2024.