MENU NASI RAMADAN ISTIMEWA DI DÔME CAFÉ
Bermula 6 April hingga 5 Mei 2022, DÔME Café bakal menyajikan seleksi menu nasi Ramadan bercita rasa Asia dan Barat yang hadir bersama Ice Lemon Tea dan juga kurma secara percuma.
Ramadan bakal menjelma awal April ini dan pastinya ramai yang sangat teruja untuk menjamu pelbagai jenis makanan sebagai juadah berbuka puasa nanti. Dalam meraikan kehadiran bulan nan mulia ini, DÔME Café bakal menyajikan sajian nasi bercita rasa Asia dan juga Barat yang terus menjadi pilihan popular di kafe tersebut.

Nasi Lemak Crispy Spiced Fried Chicken
Bermula 6 April sehingga 5 Mei 2022, seleksi sajian nasi ini akan hadir bersama Ice Lemon Tea serta kurma secara percuma. Pengunjung boleh mencuba seleksi sajian utama seperti Nasi Lemak dengan pilihan Rendang Ayam atau Rendang Daging, Crispy Aromatic Spiced Fried Chicken, Salmon Steak, Juicy Roasted Chicken, dan juga Catch of The Day.
Salmon Steak (RM49.50)
Stik salmon Norway yang garing dipanggang bersama lemon, disempurnakan bersama sayuran saute mentega dan pilihan antara Buttered Rice atau Oven-Baked Potatoes. Pilihan yang terbaik buat peminat makanan laut.
Roasted Chicken with Mushroom Sauce (RM31.00)
Jika anda meminati sajian ayam, ayam bakar di atas pan ini perlu anda nikmati sebagai juadah berbuka puasa. Ia dihidangkan bersama sos cendawan dan juga sayuran segar, selain pilihan Tangy Fries ataupun Buttered Rice.
Baca lebih lanjut: BAZAAR MALAM DI W KUALA LUMPUR
Tags
Artikel Yang Berkaitan
MORY SACKO, RESTORAN LOUIS VUITTON PERTAMA
Louis Vuitton mempersembahkan restoran pertama dengan sentuhan cef bintang Michelin, Mory Sacko yang terletak di destinasi peranginan ikonik, Saint-Tropez.
MOONLIT FEVER DI W KUALA LUMPUR
Dalam meraikan Mid-Autumn Festival, W Kuala Lumpur memperkenalkan seleksi kuih bulan melalui Moonlit Fever Mooncake Collection yang chic penuh glamour.
NEO-FOODISM DI FLOCK, W KUALA LUMPUR
Dari ladang terus ke W Kuala Lumpur, Flock yang merupakan restoran sepanjang hari menyajikan seleksi menu Pan-Asia baharu yang moden dengan sentuhan cita rasa lokal penuh warna.
NESPRESSO MOMENTO COFFEE: MESIN KOPI TANPA SENTUHAN
Nespresso Professional memperkenalkan Nespresso Momento Coffee, sebuah sistem kopi tanpa sentuhan; kopi organik pertama, Peru Organic; dan set menu eksklusif bersama W Kuala Lumpur.
PENGEMBARAAN NESPRESSO SEPERTI LOKAL DI PARIS, ISTANBUL DAN RIO DE JANEIRO
Selepas Miami, kembara kopi Nespresso diteruskan dengan tiga lagi variasi espreso dari Paris, Istanbul dan Rio De Janeiro dengan rangkaian Nespresso World Explorations.
4 CARA HINDARI MULUT BERBAU KETIKA BERPUASA
Mulut berbau ketika berpuasa? Ikuti 4 tip ini untuk memastikan tiada bau mulut serta kekal segar dan sihat sepanjang hari.