Skip to content

PAMUNGKAS CIPTA ‘KENANGAN MANIS’ BERSAMA PEMINAT MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Pemuzik berbakat dari Indonesia, Pamungkas memukau hampir 3,000 peminat di Kuala Lumpur sempena siri konsert jelajah “Birdy” Asia Tenggara.

Tarikh 3 September 2022 pasti menjadi ‘kenangan manis’ buat Rizki Rahmahadian Pamungkas, atau lebih dikenali dengan nama pentas, Pamungkas. Ini kerana hampir 3,000 peminat pemuzik dari Jakarta, Indonesia tersebut telah membanjiri Megastar Arena di Viva Mall untuk menyaksikan persembahan Pamungkas dalam siri konsert jelajah ‘Birdy’ Asia Tenggara.

Selama satu setengah jam, Pamungkas dan kumpulan pemuziknya tanpa henti mengalunkan lagu-lagu hit yang menjadi pujaan peminatnya, terutama sekali lagu-lagu ‘viral’ yang telah menaikkan namanya. Kadangkala dia berseloroh dan ternyata Pamungkas juga turut terhibur dengan gelagat audiens Malaysia yang amat ‘sporting’. Antara lagu hit yang didendangkan termasuklah “To The Bone”, “Kenangan Manis”, “I Love You But I’m Letting You Go” dan banyak lagi.

Malaysia merupakan negara ketiga dalam destinasi konsert jelajah selepas Thailand dan Filipina. Sejak tiba Pamungkas di Kuala Lumpur, ternyata jadualnya begitu ketat sekali. Bermula dengan Sidang Media di Swee Lee, Lot 10 sebelum bergegas pula ke The Bee di Publika untuk sesi bertemu peminat dan ‘mini showcase’ yang dianjurkan khas buat peminat tegar penyanyi, komposer dan juga pelakon berusia 29 tahun itu.

“Nama saya menjadi bualan ramai kerana lagu ‘To The Bone’ dan kemudian, peminat muzik mula mendengar lagu-lagu saya yang lain. Album ‘Birdy’ saya tulis ketika dunia bermurung akibat pandemik. Saya juga ketika itu melalui satu fasa dalaman yang begitu sukar. Saya luahkan semuanya dalam album ini dan menamakannya ‘Birdy’. Ia mungkin agak keanak-anakan namun perkataan ‘Birdy’ itu melambangkan kebebasan dan satu perasaan yang saya definisikan sebagai ‘Day 1 attitude’. Walaupun sudah menghasilkan 3 album sebelum ini, ‘Birdy’ memberikan saya satu perasaan yang saya tidak tahu apa-apa dan masih banyak yang perlu saya belajar. Ianya mungkin album saya yang paling peribadi dan ‘raw’.” kata Pamungkas.

Sejak melancarkan album pertama ‘Walk the Talk’ pada tahun 2018, dan melancarkan ‘Birdy’ pada 16 Jun 2022, album keempat ini nampaknya bakal membawa Pamungkas sebagai artis global.

“Saya bersyukur sekali dengan kejayaan ini dan amat berterima kasih kepada semua peminat-peminat terutamanya di Malaysia. Saya sama sekali tidak menyangka sambutan yang sebegini hebat. Teruskan menyokong perjalanan seni saya dan saya berjanji akan kembali semula ke Malaysia untuk menghiburkan semua” ujar Pamungkas selepas konsert.

“Take a little song, and dance along, and make it better” – ‘BIRDY’, Pamungkas

 

Baca lebih lanjut: “KAMI AKAN KEMBALI DAN MENGADAKAN KONSERT JELAJAH PADA MASA HADAPAN.” – NEW HOPE CLUB

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

CAKRA KHAN BAKAL HIBURKAN PEMINAT MALAYSIA DI SAMPING PENYANYI MISTERI

CAKRA KHAN BAKAL HIBURKAN PEMINAT MALAYSIA DI SAMPING PENYANYI MISTERI

Bacaan Lanjut
“IT’S A NIGHT TO REMEMBER” - JUDIKA ANJUR KONSERT ‘ROCKMANTIC’ OKTOBER INI

“IT’S A NIGHT TO REMEMBER” – JUDIKA ANJUR KONSERT ‘ROCKMANTIC’ OKTOBER INI

Bacaan Lanjut
VOKAL ‘EMAS’ CAKRA KHAN PIKAT HATI JURI AMERICA’S GOT TALENT

VOKAL ‘EMAS’ CAKRA KHAN PIKAT HATI JURI AMERICA’S GOT TALENT

Bacaan Lanjut
AFGAN LIVE IN CONCERT WITH MALAYSIAN PHILHARMONIC ORCHESTRA TEMUI PEMINAT DISEMBER INI

AFGAN LIVE IN CONCERT WITH MALAYSIAN PHILHARMONIC ORCHESTRA TEMUI PEMINAT DISEMBER INI

Bacaan Lanjut
BUNGA CITRA LESTARI AKHIRNYA TEMUI PENGGANTI ASHRAF SINCLAIR?

BUNGA CITRA LESTARI AKHIRNYA TEMUI PENGGANTI ASHRAF SINCLAIR?

Bacaan Lanjut

INI 5 LAGU PENYANYI INDONESIA, TULUS HARUS ANDA TAHU

Bacaan Lanjut