Skip to content

bang & olufsen

PELANCARAN BANG & OLUFSEN KEMBALI DI THE GARDENS MALL KUALA LUMPUR

Kongsikan artikel ini

Bang & Olufsen kini kembali semula di The Gardens Mall, menawarkan pengalaman stor mewah dengan rekaan Scandinavia dan teknologi terkini.

Jenama audio dan visual mewah dari Denmark, Bang & Olufsen dengan bangganya mengumumkan pembukaan semula stor utama mereka di Malaysia. Stor ini membawa rekaan yang elegan bersama kualiti gadget yang tiada tandingan serta pengalaman akustik generasi baharu di The Gardens Mall, Mid Valley City.

BANG & OLUFSEN DILANCARKAN SEMULA DI THE GARDENS MALL KOLABORASI BERSAMA NORDIC POINT

Bang & Olufsen

Pelancaran ini bersempena dengan kerjasama baharu Bang & Olufsen bersama Nordic Point Sdn Bhd. Cauvin Chin, Pengarah Urusan Nordic Point berkata, “Kami berbangga memperkenalkan semula kedai utama Bang & Olufsen di Malaysia di The Gardens Mall, sebuah destinasi yang membolehkan rakyat Malaysia merasai kemewahan bunyi dan reka bentuk secara langsung.”

RUANG EKSLUSIF BANG & OLUFSEN

Bang & Olufsen

Stor utama ini seluas 1,150 kaki persegi dan terletak di dalam The Gardens Mall, pusat beli-belah yang terkenal dengan jenama-jenama mewah. Stor ini direka dengan estetik Scandinavia yang sinonim dengan konsep baharu jenama ini serta mempamerkan keseluruhan produk mereka.

Pengunjung boleh menikmati produk premium seperti pembesar suara dan fon kepala dalam ruang Home Theatre yang menakjubkan. Inovasi produk seperti pembesar suara mudah alih dan fon kepala menampilkan audio dan visual yang gempak. Bukan itu sahaja, connected speaker di ruang tersebut menampilkan bunyi studio berkualiti tinggi.

DEBUT MEWAH BEOPLAY H100 DAN BEOLAB90

BEOPLAY H100

BEOPLAY H100

Beolab 90

Bang & Olufsen juga memperkenalkan dua produk baharu – BEOPLAY H100 dan BEOLAB 90. BEOPLAY H100 yang dilancarkan pada 3 September 2024 dijual pada harga RM8,650, dengan ciri pembatalan bunyi canggih dan audio Dolby Atmos. Sementara itu, BEOLAB 90 dijual pada harga RM850,000 dan menawarkan prestasi akustik yang luar biasa.

BEOLAB 8: PEMBESAR SUARA BERKUASA HEBAT

BEOLAB 8

BEOLAB 8

Selain itu, BEOLAB 8 juga dipamerkan sebagai pembesar suara kompak yang berkuasa dan serba boleh. Produk ini dijual pada harga RM55,000 sepasang, menawarkan pengalaman audio yang unggul.

Stor utama ini terletak di Unit S239A, Tingkat 2, The Gardens Mall, dan dijangka menjadi destinasi utama bagi pencinta muzik dan reka bentuk untuk merasai sepenuhnya produk-produk mewah mereka.Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.bang-olufsen.com

Pautan Berkaitan: TAKLUK: LAHAD DATU BAKAL TAMPIL DENGAN SEKUEL, TAKLUK 2: OP DAULAT

By Siti Maliyanah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KONSEP KULINARI JEPUN TERBAHARU DI “THE TABLE” ISETAN THE GARDENS

Bacaan Lanjut

SONOS BEAM GENERASI KEDUA KINI DENGAN DOLBY ATMOS DAN FORMAT AUDIO BAHARU

Bacaan Lanjut

Pengalaman Epik Galaxy Buds Pro Generasi Baharu

Bacaan Lanjut