Skip to content

Pengalaman Audio Luar Biasa Huawei M2

Kongsikan artikel ini

January 1, 2016

Inovasi terbaru dari Huawei yang direka khas untuk pengalaman audio-visual yang lebih mengujakan di mana sahaja anda berada.

M2-Front-View-copy

Audio

Seperti sistem teater rumah yang bergerak, M2 menawarkan pengalaman audio hebat melalui dua stereo speaker dan sistem PA yang jelas dan lebih kuat. Disahkan oleh syarikat audio profesional dunia Harman/Kardon, pelarasan audio oleh syarikat itu memastikan kualiti bunyi yang hebat walau dalam gangguan rendah.

Paparan Skrin

Skrin sentuh 8 inci FHD IPS dengan resolusi 1920×1200 piksel dan 283 PPI menawarkan paparan visual berkualiti tinggi, sesuai untuk tontonan filem dan rancangan televisyen dengan resolusi 1080p HD. M2 juga merupakan tablet pertama menggunakan paparan fungsi Huawei ClariVu yang menghasilkan tiga jenis mode:

  1. Sun View mode menyesuaikan kontras dan kecerahan paparan skrin bagi memudahkan pengguna untuk membaca atau menonton filem dengan lebih jelas walau berada di bawah sinaran matahari.
  2. Color Enhancement mode menyesuaikan paparan skrin untuk warna yang lebih dinamik seakan memberi kehidupan pada imej yang dilihat.
  3. Eye Protection mode pula mengurangkan sinaran cahaya biru yang dipancarkan paparan skrin untuk pengalaman visual yang lebih relaks, terutamanya apabila membaca atau penggunaan tablet untuk tempoh yang lama.

Rekaan

M2 ini terdiri daripada 99.5% logam dan 1.2mm bahan bukan logam lalu memberikan kemasan lebih sempurna apabila disentuh. Hadir dalam rona champagne, tema muzik klasik jadi ilham. Reka bentuk stereo dan dua speaker yang selari bertujuan meningkatkan lagi bunyi agar lebih harmoni. Ianya turut dilengkapi sistem Huawei Emotion UI 3.0 yang menyediakan akses mesra pengguna terhadap video dan gambar.

M2-Back-View-copy
M2-Horizontal-View-copy
M2-View-04-copy
M2-Harman-Kardon-copy

By Thomas
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

WEDNESDAY MUSIM KEDUA BAKAL TAMPILKAN DUA LAGI PELAKON TERKENAL

WEDNESDAY MUSIM KEDUA BAKAL TAMPILKAN DUA LAGI PELAKON TERKENAL

Bacaan Lanjut
EMINEM RAI PENCAPAIAN PERIBADI TERBESAR DALAM HIDUP

EMINEM RAI PENCAPAIAN PERIBADI TERBESAR DALAM HIDUP

Bacaan Lanjut
WAJIB TAHU! KAITAN TERAPI PENGGANTIAN TESTOSTERON DAN KEBOTAKAN LELAKI

WAJIB TAHU! KAITAN TERAPI PENGGANTIAN TESTOSTERON DAN KEBOTAKAN LELAKI

Bacaan Lanjut
DAVID BECKHAM FAIL TUNTUTAN SAMAN RM50 JUTA TERHADAP MARK WAHLBERG

DAVID BECKHAM FAIL TUNTUTAN SAMAN RM50 JUTA TERHADAP MARK WAHLBERG

Bacaan Lanjut
AMIR MASDI TERUJA TERAJUI KONSERT SEARCH GEMURUH

AMIR MASDI TERUJA TERAJUI KONSERT SEARCH GEMURUH

Bacaan Lanjut
Rizal Rasid #GLBlackWhiteSeries

“SAYA AKAN MEMILIH ERNIE ZAKRI” – RIZAL RASID #GLBLACKWHITESERIES

Bacaan Lanjut