Skip to content

PENGARAH MUDA PILIHAN GL

Kongsikan artikel ini
Teks: Putra Mokhter

Dunia perfileman Malaysia hari ini menyaksikan barisan pengarah muda yang berbakat dalam mempersembahkan karya terbaik mereka. Masing-masing berlumba mencurah kreativiti agung tersendiri. Usia bukanlah penghalang untuk mencetus fenomena dalam karya yang dihasilkan. GL membariskan senarai pengarah muda yang sememangnya boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi.

PEKIN IBRAHIM

img_3793v2

Gambar: Sumber Google

Memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon, nama Pekin Ibrahim terus menjadi sebutan orang ramai apabila Pekin sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap lakonannya. Mencuba nasib sebagai seorang pengarah, taruhan pertamanya, filem Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit (2016) menjadi saksi bahawa Pekin merupakan di antara pengarah muda yang berkualiti. Menjuarai kategori Cerita Asal Terbaik menerusi filem tersebut di Festival Filem Malaysia ke-28 menjadi pembakar semangat untuk dirinya menghasilkan filem keduanya, KL Wangan.

SYAFIQ YUSOF

image-bw

Gambar: Sumber Google

Biarpun ayahnya, Datuk Yusof Haslam juga abangnya, Syamsul Yusof merupakan antara individu terkemuka di Malaysia, namun ia bukanlah satu dalih untuk Syafiq tidak berusaha melakar kejayaan untuk dirinya. Filem SAM (Saya Amat Mencintaimu) merupakan taruhan pertamanya sebagai seorang pengarah. Gandingan dua pelakon hebat Shaheizy Sam dan Lisa Surihani melengkapkan lagi hasil kerja pengarah muda ini. Antara filem menarik hasil arahannya adalah Villa Nabila dan Abang Long Fadil.

NIK AMIR MUSTAPHA

nikamirmustapha

Gambar: Sumber Google

Masih ingat lagi filem KIL? Hasil kutipan box-office filem ini membuktikan bahawa pengarah muda Nik Amir Mustapha mampu membawa pembaharuan dalam dunia perfileman negara. Jalan cerita yang simple, sarat dengan mesej berguna  serta lakonan mantap oleh Redza Minhat dan Christina Suzanne ini sekali gus mengangkat ia sebagai Filem Terbaik dan juga Pengarah Terbaik di Anugerah Skrin 2013. Bukan itu sahaja, kariernya terus memuncak pabila Nik mempertaruhkan filem Terbaik dari Langit (TDL) lakonan Bront Palarae, Iedil Putra, Amerul Affendi, Nadiya Nisaa, Sharifah Amani dan lain-lain lagi. Sama seperti filem KIL, filem TDL ini memenangi Filem Terbaik Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2015. Apa yang pasti, hasil karyanya penuh dengan elemen misteri, moden serta unik. Sesuai dengan permintaan masa kini.

 

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

6 PEMPENGARUH FESYEN LELAKI ANDA PATUT IKUTI

6 PEMPENGARUH FESYEN LELAKI ANDA PATUT IKUTI

Bacaan Lanjut

5 PELAKON MESTI KENALI DALAM FILEM BLOOD BROTHERS

Bacaan Lanjut

MUAZ ZABIR: DARIPADA LENSA KREATIF KE SKRIP SKRIN BESAR

Bacaan Lanjut

5 SEBAB MENGAPA FILEM MINECRAFT BERJAYA BESAR

Bacaan Lanjut

TOM HARDY EFFECT: SENARAI WAJIB TONTON UNTUK ANDA

Bacaan Lanjut

SYAMSUL YUSOF: PENGARAH VISIONARI FILEM MALAYSIA

Bacaan Lanjut