Skip to content

5 PERKARA BOLEH KITA PELAJARI DARI ISU BUKU FATTAH AMIN

Kongsikan artikel ini

Sehingga ke hari ini, ramai sebenarnya masih memperkatakan tentang isu buku Fattah Amin (FA) yang menjadi tular diperkatakan netizen. Ramai menganggap FA tidak selayaknya untuk menulis sebuah buku untuk dijadikan inspirasi buat pembaca memandangkan FA sendiri baru sahaja menjadi seorang artis dan belum ada apa-apa pencapaian untuk dibanggakan. Tidak kurang juga yang mempertahankan tindakannya itu (sudah tentu dari golongan peminat-peminatnya) yang menganggap ini satu peluang yang tidak wajar dilepaskan memandangkan namanya kini sedang naik dan popular.

Ya, buku penulisan FA yang berjudul 99 Kata #QALIF MODEN Fattah Amin mungkin, penulis ulang mungkin tidak memberikan apa-apa faedah secara langsung buat golongan masyarakat tertentu namun apa yang penulis nampak, ada 5 perkara yang boleh kita pelajari, bukan dari buku tersebut tetapi mengenai isu ini secara keseluruhannya. Untuk pengetahuan, penulis tidak menangkan sesiapa ya! Ok, teruskan membaca..

fattah

(Photo credit: Majalah EH!)

fattahamin - Copy

1.WHEN LIFE GIVES YOU THE OPPORTUNITY, GO AFTER IT! 

Ya, nampak atau tidak bagaimana seorang anak muda seperti FA yang punya impiannya yang tersendiri, tidak berlengah dan membuang masa dari mencapai apa saja peluang yang sudah ada terbentang di depan mana. Kami akui, FA ataupun pihak pengurusannya sendiri cukup bijak dalam merencana perjalanan kariernya walaupun banyak lagi perlu FA buktikan.

Dek popularitinya yang naik mendadak berikutan drama siri Suri Hati Mr Pilot, di mana FA sendiri tidak menjangka ia akan hit. Tanpa disangka, ia meletup dan meletus bak gunung berapi melimpahkan lavanya. Maka ini lah masanya untuk beliau rembat, kutip, pulun, rebut atau apa saja perkataan yang anda rasa sesuai untuk digunakan dalam konteks ini.

Selepas berlakon, FA menyanyi pula, dan seperti dijangka turut dikecam. Namun, kecam lah sepuasnya, FA dilihat tidak tunduk atau terkesan pun dek situasi ini. Malah, lagu tersebut pula dilancarkan sewaktu netizen masih memperkatakan tentang #lofattah, di samping pemilihan judul lagu yang cipta spekulasi. Anda nampak atau tidak permainannya di situ?

Senang cerita, nanti dah tak popular bila pula kan? Seperti seorang usahawan, masa itu adalah emas. Dan kita tidak tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan. What’s matter is now! So grab the chance while you can. 

2. BERDIAM LEBIH BAIK

Imam Ali pernah menyebut dalam bicaranya yang berbunyi, ‘silence is the best reply to a fool’. Ya, kami sendiri melihat bagaimana FA dilihat tidak banyak membalas balik kecaman yang diterima oleh netizen. Ya, FA pernah memberi maklum balas di Instagram nya, mahupun menjawab pertanyaan media namun ayat-ayat yang digunakan cukup berlapik dan penuh budi dan santun.

Kemudian timbul pula komen-komen pedas Sharnaaz Ahmad yang turut memanaskan isu ini. Walaupun Sharnaaz sendiri tidak menyebut secara khusus, netizen percaya ianya berkaitan dengan buku ditulis FA. Anda lihat sendiri ya, sehingga ke hari ini, FA langsung tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara tersebut. Mungkin FA tahu ianya hanya akan mencurah lebih banyak minyak ke dalam api, jadi jalan penyelesaian terbaik adalah dengan berdiam diri. Ya, adakalanya berdiam diri lebih baik. Jadi, ini adalah tauladan yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian.

3. BEING A VICTIM SOMETIMES GOOD FOR BUSINESS.

Baiklah, bukannya kami mengecam sesiapa terutama FA namun dalam isu ini atau apa isu sekalipun,  being a victim is good for business. Kami percaya FA berpegang kepada indikasi kenapa perlu berdendam mahupun marah dengan apa yang diperkatakan netizen, walhal ini adalah kehidupan peribadi yang diatur sendiri olehnya. ‘Saya insan biasa, tidak lari dari membuat apa-apa kesilapan, saya tidak boleh puaskan hati semua pihak; mungkin acap kali kita dengar dan baca dari FA berkaitan isu bukunya, dan ini dan secara tidak langsung  undang rasa simpati peminat kepada FA.

Secara automatik, FA berterusan mendapat sokongan, dorongan serta nasihat dari peminat yang berdiri teguh di sisinya. Bijak bukan? Jadi, pentingnya untuk kita memiliki sistem sokongan yang kuat dan jitu, seperti keluarga, rakan-rakan agar tiada siapa boleh menjatuhkan mahupun mengutuk diri kita hanya semata kerana kita ingin mara ke hadapan. Ya, kita pasti boleh mempelajari sesuatu tentang isu ini bukan?

Captureafsf

4. BAD PUBLICITY IS ALWAYS GOOD PUBLICITY

Masih belum belajar dari usahawan-usahawan Melayu berjaya seperti Dato’ Sri Vida dan Dato’ Aliff Shukri? Anda boleh lihat, netizen tidak henti mencaci, menyumpah dan memaki mereka, namun adakah mereka ambil pusing dengan semua itu? Bagi mereka, itu semua tidak membawa faedah atau melangsaikan segala bil-bil. Mereka tetap dengan pendirian mereka, bahkan kutukan itulah yang melariskan produk mereka.

Penulis percaya FA juga turut mengambil sedikit formula ini. FA sendiri pasti dapat mengagak bukunya tentu akan mendapat kecaman berterusan dari netizen, tetapi lihatlah, bukunya kini sudah menjadi best-seller, malah melalui pencetakan kedua! For sure, keuntungan deras mengalir ke mana? Sudah pasti ke akaunnya!

5. KELUAR DARI ZON SELESA

Penulis jauh sekali ingin mengadili sebarang bakat yang ada pada FA namun apa yang boleh disimpulkan di sini adalah bagaimana seseorang yang dahulunya pemalu, kaku dan tidak ubah seperti rak buku memiliki 2 single dan sebuah buku. Ya, mungkin terselit tuah di sebalik namun secara amnya sikap usah terlampau selesa dengan apa yang dimiliki kini perlu ada dalam setiap daripada kita.

Mungkin risiko itu ada kerana keinginan membuak untuk mencuba semuanya namun bagaimana hendak berjaya dan keluar dari kelompok selesa jika kita takut untuk menghadapinya, bukan? Sampai bila kita hendak berada di takuk yang sama. Senang cerita, cuba dahulu. Mengambil dari nasihat pengasas Virgin Group, Sir Richard Brenson, ‘if someone offers you an amazing opportunity and you’re not sure you can do it, say yes – then learn how to do it later’.

Jadi salahkah FA semata kerana hanya ingin mencuba?

#Ini adalah pandangan penulis GL, Wan Mohd Firdaus dan tidak semestinya mewakili pandangan Glam Lelaki.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 21 Februari 2017

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG APRIL 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
JOE FLIZZOW HADIAHKAN BERLIAN BUAT PEMINAT

JOE FLIZZOW HADIAHKAN BERLIAN BUAT PEMINAT

Bacaan Lanjut
SEGALANYA TENTANG FILEM TERBARU MARVEL, THUNDERBOLTS

SEGALANYA TENTANG FILEM TERBARU MARVEL, THUNDERBOLTS

Bacaan Lanjut

RAIKAN AIDILFITRI DENGAN KOLEKSI BAJU RAYA PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
LEONARDO DICAPRIO & VITTORIA CERETTI CETUS SPEKULASI PERTUNANGAN DENGAN CINCIN BERLIAN

LEONARDO DICAPRIO & VITTORIA CERETTI CETUS SPEKULASI PERTUNANGAN DENGAN CINCIN BERLIAN

Bacaan Lanjut
PUTERA HARRY TERKAIT DALAM KES SAMAN SERANGAN SEKSUAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS

PUTERA HARRY TERKAIT DALAM SAMAN SERANGAN SEKSUAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS

Bacaan Lanjut