PERSOALAN MENGAPA AARON AZIZ & IEDIL PUTRA SEPENTAS DENGAN CHRIS HEMSWORTH TERJAWAB
Kehadiran Aaron Aziz dan Iedil Putra Di Tayangan Perdana Extraction 2
Baru-baru ini tular andaian bahawa kedua-dua aktor ini terlibat dalam Extraction 2 selepas kelibat mereka dirakam di tayangan perdana di Manila, Filipina. Menerusi video yang dimuat naik, Aaron Aziz dilihat berjabat tangan dengan Sam Hargrave sebelum menyambut salam yang dihulur Chris Hemsworth. Turut kelihatan bersama mereka adalah Iedil Putra.
“Alhamdulillah kerana diberi peluang untuk berada di Manila. Allah sebaik-baik perancang. Babak pertarungan gempak gila! Seratus kali lebih baik berbanding Fast X. Anda semua kena tonton,” tulis Aaron Aziz di Instagram. Dia turut menyertakan tanda pagar #TylerRakeLives dan #Extraction2PH.
Perkongsian ini mengujakan peminat yang sempat membuat andaian bahawa kedua-duanya terlibat dalam Extraction 2. “Wah, dia berlakon di samping Thor (Chris Hemsworth)? Ini sangat mengagumkan,” tulis seorang netizen. Seorang lagi peminat menambah, “Saya pasti akan menonton filem ini nanti. Artis kita berlakon dalam filem Hollywood.”

Foto: Instagram
Bagaimanapun semuanya terjawab apabila Netflix mengesahkan Aaron Aziz dan Iedil Putra menerima jemputan eksklusif untuk memeriahkan malam gala Extraction 2. Beberapa lagi aktor tersohor Asia turut dijemput ke tayangan perdana filem terbaru Netflix itu termasuk Derek Ramsay, Ananda Everingham dan Nawat Kulrattanarak.
Foto: Netflix/Instagram
Pautan berkaitan: 5 SOALAN BERSAMA SAM HARGRAVE, PENGARAH FILEM ‘EXTRACTION 2’ [SPOILER ALERT]
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM FIGHTER PATUT TONTON DI NETFLIX
Temukan 5 filem fighter di Netflix 2026 penuh aksi, adrenaline dan watak kental yang patut ditonton oleh peminat filem.
MUST WATCH! DI NETFLIX DAN HBO MAX PADA BULAN SEPTEMBER 2026
Bulan September 2026 semestinya tidak akan bosan dengan kehadiran filem dan siri di Netflix dan HBO Max yang akan datang.
TONTON & NANTIKAN RANCANGAN BAHARU INI DI NETFLIX SEPANJANG MEI 2026
Sebelum memasuki bulan Mei 2026, buat persedian dengan memasukkan senarai filem dan siri ini di Netflix, supaya anda tidak ketinggalan!
TOP 10 DRAMA DI NETFLIX PATUT TONTON SEKARANG!
Drama di Netflix akan sentiasa bertambah dengan pelbagai pilihan, dan boleh dipilih mengikut genre kesukaan kita untuk dijadikan tontonan.
SELAIN SINGLE’S INFERNO, TONTON 5 DATING SHOW KOREA INI
Selain daripada dating show terhangat di Korea Selatan, Single's Inferno, banyak lagi rancangan dengan genre yang sama boleh ditonton.
THE ASIAN HOT CHEF LIST: 5 WAJAH KULINARI PALING MENARIK 2025
The Asian Hot Chef List 2025: 5 chef dengan gaya, teknik, dan personaliti yang mencuri perhatian dan paling memikat di Asia.











