SELEPAS EMPAT OLIMPIK, TOM DALEY AKHIRNYA MENANG EMAS PERTAMA
Penerjun Great Britain, Tom Daley menamatkan penantian pingat emas pertama selepas menjuarai kategori 10-meter platform berirama bersama Matty Lee di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Tom Daley kini bergelar juara Olimpik. Bersama Matty Lee, penerjun Great Britain itu menamatkan penantian pingat emas pertama selepas menjuarai kategori 10-meter platform berirama di Sukan Olimpik Tokyo 2020. Ini adalah penyertaan keempat atlet berusia 27 tahun itu sejak mewakili negaranya pada temasya Olimpik Beijing 2008 ketika berusia 14 tahun.

(Photo by Berengui/DeFodi Images via Getty Images)
Duo dari Britain itu menewaskan pasangan China, Cao Yuan dan Chen Alsen selepas enam terjunan dengan 471.81 mata keseluruhan, manakala pasangan Russian Olympic Committee pula menduduki tangga ketiga di belakang China. Tom dan Matty terpaksa menunggu terjunan terakhir duo China itu sebelum diumumkan selaku juara Olimpik edisi 2020.
“Oh, Tuhan, sukar untuk saya percaya. Saya menyimpan impian ini, seperti juga Matty, sejak saya mula menceburi sukan terjun20 tahun lalu, untuk bergelar juara Olimpik,” katanya selepas acara penyampaian pingat yang berlangsung di Tokyo Aquatics Centre, Jepun. “Dan memenanginya pada Sukan Olimpik keempat saya, apabila ramai merasakan saya mngkin sudah tidak berada dalam prestasi terbaik saya lagi,” tambahnya.

(Photo by Clive Rose/Getty Images)
Kemenangan ini memberikan Tom Daley pingat ketiga keseluruhan selepas memenangi pingat gangsa pada edisi 2012 di London serta edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil. Dia mula mencuri perhatian peminat dan media ketika menyertai Sukan Olimpik Beijing 2008 selaku peserta termuda yang memasuki pusingan akhir acara terjun.
Duo terjun negara, Pandelela Rinong yang memenangi pingat perak pada edisi 2016 akan mula beraksi dalam kategori 10-meter platform berirama bersama Leong Mun Yee hari ini.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: Katil ‘Anti-Seks’ Cetus Kontroversi di Sukan Olimpik Tokyo 2020
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DIOR HADIRKAN KOLEKSI KAPSUL CD 1947
Musim ini Dior menghadirkan koleksi kapsul CD 1947. Dijamin setiap rekaan yang terkandung mencuri perhatian para penggemar fesyen streetwear khususnya.
BINTANG POP, CODY SIMPSON KINI BERGELAR ATLET RENANG AUSTRALIA
Dari pentas nyanyian ke kolam renang, Cody Simpson bakal mewakili Australia ke Sukan Komanwel 2022 selepas menduduki tempat ketiga di Kejohanan Renang Australia.
TOMMY HILFIGER KOMITED KEPADA KELESTARIAN, UMUM KERJASAMA BERSAMA SHAWN MENDES
Tommy Hilfiger melantik Shawn Mendes untuk projek ‘Play it Forward’ dan kempen ‘Classics Reborn’.
SANTAI BERGAYA, MICHAEL KORS & ELLESSE BERSATU
Garapan stail retro ‘70-an membentuk keseluruhan koleksi kapsul Michael Kors bersama jenama sukan Ellesse. Bakal bertemu peminat fesyen pada penghujung Mei nanti.
CRISTIANO RONALDO ALAMI KERUGIAN BESAR
Cristiano Ronaldo menanggung kerugian apabila kediaman mewahnya di Trump Tower hanya berjaya dijual pada separuh harga.
THE EOS SERIES, SNIKER STYLISH TAWARAN PEDRO
Terokai inspirasi gaya padu-padan bersama PEDRO dengan ragam sniker terkini, the EOS series.