Skip to content

SHERIFF: NARKO INTEGRITI DISAHKAN AKAN TAMPIL DENGAN SEKUEL

SHERIFF: NARKO INTEGRITI DISAHKAN AKAN TAMPIL DENGAN SEKUEL

Kongsikan artikel ini

Naskah arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Integriti melakar kejayaan besar dalam industri perfileman tempatan.

Ditayangkan bermula 18 April, ia telah berjaya meraih kutipan RM44.5 juta hanya dalam masa 14 hari. Kini ia mencatat kutipan sebanyak RM63.2 juta, sepuluh kali ganda daripada bajet yang dikeluarkan.

Tidak disangkal Sheriff: Narko Integriti memberi pengalaman berbeza berbanding barisan filem tempatan lain. Penonton mengakui terkesima dengan plot twist tidak dijangka pada penghujung cerita.

sekuel SHERIFF: NARKO INTEGRITI

Ramai juga yang mengharapkan penghasilkan sekuel filem itu dan berita baiknya, impian mereka bakal menjadi kenyataan. Menurut penerbit Skop Productions Sdn Bhd, Sheriff 2 akan menjalani penggambaran selepas sambutan Aidilfitri 2025.

Tentang Sekuel Sheriff: Narko Integriti

Dalam Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Filem Sheriff: Narko Integriti baru-baru ini, penerbit Datuk Yusof Haslam berkata perkara itu masih dalam peringkat perancangan. Ini kerana sutradara yang juga anaknya, Syafiq sedang sibuk mengarahkan filem terbaharu.

“Itu perancangan kami. Syafiq pun sedang sibuk sekarang. Dia baru selesai penggambaran filem Blood Brother dan sekarang dia sedang mengarahkan filem Game of Life.

“Jadi, selepas itu barulah dia akan buat persediaan untuk skrip dengan pasukan kami. Saya pun akan turun padang untuk melihat konsep yang dia nak buat,” katanya, menurut Harian Metro.

Foto: Aswadi Alias/Harian Metro

Tambah Datuk Yusof, proses penghasilan sekuel ini akan memakan masa yang panjang, sama seperti filem pertama.

“Prosesnya panjang sebab kita akan merujuk kepada Bukit Aman semula. Prosesnya sama dan tak mudah untuk kita nak buat kerana ia membabitkan pihak berkuasa. Jadi kita harus minta pandangan mereka.

“Tapi tentunya apa sekali pun, kita akan memberikan mesej yang baik kepada pihak polis dan apa saja jabatan yang terbabit. Mesej kita bukan untuk memburukkan mana-mana pihak. Ada dua ke tiga idea dan masih dalam perbincangan,” katanya.

Filem pertama Sheriff dibintangi oleh barisan pelakon hebat termasuk Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Dato Aaron Aziz, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan.

 

Pautan berkaitan: FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG SEPTEMBER 2024

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

8 FILEM TERBAIK LAKONAN SYAFIQ KYLE ANDA WAJIB TONTON

8 FILEM TERBAIK LAKONAN SYAFIQ KYLE ANDA WAJIB TONTON

Bacaan Lanjut
GL SEPT 2021: SYAFIQ KYLE

5 FILEM HEBAT LAKONAN SYAFIQ KYLE TERMASUK SHERIFF: NARKO INTEGRITI

Bacaan Lanjut
SHERIFF: NARKO INTEGRITI LAKAR KEJAYAAN LUAR BIASA

SHERIFF: NARKO INTEGRITI LAKAR KEJAYAAN LUAR BIASA

Bacaan Lanjut