SONOS BEAM GENERASI KEDUA KINI DENGAN DOLBY ATMOS DAN FORMAT AUDIO BAHARU
Sonos terus menetapkan standard untuk soundbar bersaiz kompak dengan Beam (Gen 2) yang akan menghasilkan pengalaman bunyi paling mendalam bersama sokongan Dolby Atmos dan format audio baharu.
Sonos terus menetapkan standard baharu pada pengalaman bunyi untuk televisyen, muzik, permainan video dan banyak lagi. Label yang terkenal dengan inovasi dan estetika desain ini hadir dengan soundbar bersaiz kompak, Beam (Gen 2) yang akan menghasilkan pengalaman bunyi paling mendalam bersama sokongan Dolby Atmos dan format audio baharu seperti Amazon Music dan Ultra HD.
Dengan sokongan Dolby Atmos, Sonos Beam (Gen 2) ini dapat meningkatkan pengalaman teater rumah ketika menonton filem terbaharu di ruang kediaman. Sesuai dengan lebih daripada 100 perkhidmatan penstriman yang tersedia di aplikasi Sonos, ia hadir dengan pemprosesan yang lebih tinggi untuk Beam mengarahkan dan melokalisasikan bunyi di sekeliling ruang untuk menikmati pengalaman seperti di pawagam. Juga serasi dengan HDMI eARC pada televsiyen untuk bunyi berdefinisi tinggi dengan sokongan format audio baharu.
Sonos akan menambahkan sokongan untuk perkhidmatan dan format audio baharu pada akhir tahun ini. Dengan Amazon Music Ultra High-Definition, pendengar boleh mendengar audio lossless hingga 24-bit / 48kHz pada pembesar suara Sonos, serta Dolby Atmos Music, sebuah format audio mendalam yang menjangkaui batasan rakaman studio tradisional dan mendedahkan setiap perincian muzik. Juga rancangan untuk menambah sokongan untuk menyahkod DTS Digital Surround Sound pada akhir tahun ini.
Terkenal dengan desain estetika yang menawan, Beam (Gen 2) menampilkan gril polikarbonat berlubang yang diperbaharui. Ia membolehkan pembesar suara ini berbunyi dengan hebat dan dapat disesuaikan dengan dekorrasi rumah. Lebih menarik, Beam baharu ini hadir dalam pembungkusan lestari, termasuk kertas kraft premium tanpa lapisan, kotak yang diperbuat daripada 97% kertas lestari, dan tiada busa sekali pakai.
Seperti semua produk Sonos, Beam terbaharu ini diselaraskan dengan input daripada Sonos Soundboard iaitu sekumpulan pemimpin muzik, filem, dan ramai lagi. Ia akan menghasilkan pengalaman bunyi terbaik dan tulen dan dapat menyesuaikan bunyi Beam dengan Trueplay yang mengesan dan menyesuaikan bunyi pembesar suara untuk pantulan dinding dan perabot demi pengalaman mendengar yang terbaik untuk setiap ruang.
Sonos Beam (Gen 2) boleh didapati bermula 6 Oktober 2021 dengan harga jualan RM2,699. dan pra-tempahan boleh mula dilakukan di trysonos.my.
Foto: Sonos
Baca lebih lanjut: “SAYA BERASA SEPERTI TIADA ARAH TUJU SELEPAS ALBUM PERTAMA SAYA.” – JEREMY ZUCKER
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PELANCARAN BANG & OLUFSEN KEMBALI DI THE GARDENS MALL KUALA LUMPUR
Bang & Olufsen kini kembali semula di The Gardens Mall, menawarkan pengalaman stor mewah dengan rekaan Scandinavia dan teknologi terkini.
SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK
Ruark menampilkan Siri 100 sistem muzik yang menawarkan lonjakan dalam kualiti audio evolusi dan gabungan kesenian dan inovasi yang lancar.
5 PERKARA PERLU TAHU MENGENAI GOPRO HERO12 BLACK TERBAHARU
GoPro melancarkan kamera flagship terbaharu, HERO12 Black yang terus mencabar sempadan tekologi dengan pelbagai kuasa dan fungsi yang terkini.
APA YANG MENARIK DENGAN HUAWEI MATEPAD AIR TERBAHARU?
GLAM Lelaki berpeluang untuk mencuba menggunakan tablet flagship terbaharu Huawei MatePad Air yang hadir dengan pelbagai fungsi seperti sebuah komputer peribadi.
SAMSUNG GALAXY Z FOLD5, REVOLUSI ‘KOMPUTER RIBA MINI’ YANG BERKUASA DAN MESRA POKET
GLAM Lelaki berpeluang mencuba generasi baharu Samsung Galaxy Z Fold5 yang merupakan telefon pintar boleh-lipat paling berkuasa persis sebuah komputer riba mini yang mesra poket.
APA CIRI BAHARU YANG MEMBUAT SAMSUNG GALAXY Z FLIP5 LEBIH BERKUASA ?
GLAM Lelaki berpeluang untuk menggunakan telefon pintar boleh-lipat Samsung Galaxy Z Flip5 yang baharu dilancarkan di Seoul, Korea Selatan. Apa ciri terbaharu yang membuat ia lebih berkauasa?