Skip to content

TAKLUK: LAHAD DATU BAKAL TAMPIL DENGAN SEKUEL, TAKLUK 2: OP DAULAT

TAKLUK: LAHAD DATU BAKAL TAMPIL DENGAN SEKUEL, TAKLUK 2: OP DAULAT

Kongsikan artikel ini

Naskah arahan Zulkarnain Azhar, Takluk: Lahad Datu melakar kejayaan membanggakan dalam industri perfileman tempatan.

Ditayangkan bermula 22 Ogos 2024, ia telah berjaya meraih kutipan RM10.5 juta dalam tempoh hanya tujuh hari. Dek kejayaan itu, Zulkarnain meluahkan hasrat untuk tampil dengan sekuel yang diberi judul Takluk 2: Op Daulat.

Langkah ini pastinya mendapat maklum balas positif daripada peminat. Menurut Zulkarnain ia masih di peringkat awal dan segalanya bergantung kepada sambutan serta permintaan daripada penonton. Dia juga berhasrat untuk mengekalkan barisan pelakon sedia ada untuk sekuel filem tersebut.

“Takluk: Lahad Datu sebenarnya berhenti pada peringkat awal, boleh dikatakan ia adalah Bahagian Pertama. Sebab itu penonton mungkin rasa ia berakhir dengan babak tergantung, itu niat kami kerana Bahagian Pertama adalah kisah inspirasi sebelum Op Daulat dilancarkan.

“Jadi Bahagian Kedua akan berkisar tentang Op Daulat, dan kami menjangka ia akan menjadi filem yang lebih besar,” katanya.

Takluk 2: Op Daulat sekuel takluk: lahad datu

Cabaran Menghasilkan Filem Takluk: Lahad Datu

Mengarahkan filem bergenre ketenteraan tentunya tidak mudah, malah ia diakui oleh sutradara filem itu. Zulkarnain berkata, terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi antaranya perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan pihak berkuasa dan matlamatnya agar penonton dapat melihat sendiri kisah benar yang berlaku.

“Sudah tentu dalam karya kreatif terdapat beberapa perbezaan dalam menyampaikan maklumat sejarah dan menampilkan hiburan sebagai sebuah filem. Ia tidak sebenar-benarnya berlatarkan tahun 2013, dan bahasa yang digunakan semasa kejadian sebenar juga bukanlah 100% Bahasa Malaysia,” katanya.

Takluk: Lahad Datu diilhamkan daripada krisis tragis kala pengganas Sulu dari Filipina menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah pada 2013. Ia dibintangi oleh barisan pelakon hebat termasuk Syafiq Kyle, Kamal Adli, Fikry Ibrahim, Anding Indrawani, Eman Manan dan Riezman Khuzaimi.

 

Pautan berkaitan: FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG SEPTEMBER 2024

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Takluk: Lahad Datu

KENALI EMAN MANAN ‘OTAI’ MALAYSIA 60-AN YANG KEKAL AKTIF

Bacaan Lanjut
Syafiq Kyle

SYAFIQ KYLE: MENGGENGAM KEBERANIAN DALAM FILEM TAKLUK LAHAD DATU

Bacaan Lanjut
8 FILEM TERBAIK LAKONAN SYAFIQ KYLE ANDA WAJIB TONTON

8 FILEM TERBAIK LAKONAN SYAFIQ KYLE ANDA WAJIB TONTON

Bacaan Lanjut
5 Filem Patriotik Malaysia Sempena Hari Kemerdekaan

5 FILEM PATRIOTIK MALAYSIA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

Bacaan Lanjut
FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG OGOS 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG OGOS 2024

Bacaan Lanjut