Skip to content

WEDNESDAY MUSIM KEDUA BAKAL TAMPILKAN DUA LAGI PELAKON TERKENAL

WEDNESDAY MUSIM KEDUA BAKAL TAMPILKAN DUA LAGI PELAKON TERKENAL

Kongsikan artikel ini

Siri komedi seram popular Netflix, Wednesday dilaporkan bakal muncul dengan musim baru pada tahun hadapan.

Versi baru Addams Family yang meyusuri kehidupan anak perempuan keluarga itu, lakonan Jenna Ortega, menggemparkan industri hiburan ketika disiarkan pada 2022. Ia turut mencetus trend di TikTok dan melakar kejayaan luar biasa buat Netflix.

Diperbaharui pada Januari 2023, Wednesday musim kedua kini dalam pembikinan dan dijangka menemui penonton pada tahun hadapan. Menurut Variety, musim terbaru akan menampilkan dua pelakon terkenal Hollywood, antaranya Thandiwe Newton. Maklumat lanjut tentang watak yang bakal digalasnya masih belum didedahkan.

Dengan sejarah panjang dalam filem dan televisyen, aktres berusia 52 tahun ini dilihat bakal menjadi penyeri dalam siri tersebut. Thandiwe dikenali menerusi peranannya sebagai Maeve Millay dalam siri sains fiksyen distopia, Westworld. Dia juga membintangi pelbagai filem popular termasuk Crash, Mission: Impossible 2 dan The Pursuit of Happyness.

Foto: X

Siapa Pelakon Lain Yang Menyertai Wednesday Musim Kedua?

Thandiwe merupakan bintang kedua yang diumumkan akan menyertai barisan pelakon Wednesday musim baru. Yang pertama adalah Steve Buscemi. Namanya didedahkan kepada umum pada minggu lalu.

Sama seperti Thandiwe, peranannya masih belum diketahui sehingga kini. Terdapat khabar angin yang mengatakan dia bakal menggalas watak pengetua baru Nevermore, memandangkan Pengetua Weems telah pun meninggal dunia. Thandiwe pula berkemungkinan membawakan watak guru atau kakitangan Nevermore.

Steve dan Thandiwe akan menyertai barisan pelakon yang wataknya masih hidup dalam Wednesday musim pertama. Ini termasuk Jenna, Emma Myers sebagai Enid, Catherine Zeta-Jones sebagai Morticia, Fred Armisen sebagai Uncle Fester, dan Luis Guzmán sebagai Gomez.

Wednesday

Foto: Getty Images

 

Foto: Netflix

Pautan berkaitan: SEGALANYA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI WEDNESDAY MUSIM KEDUA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 FAKTA MENGENAI AKTRES SIRI FOOL ME ONCE, MICHELLE KEEGAN

5 FAKTA MENGENAI AKTRES SIRI FOOL ME ONCE, MICHELLE KEEGAN

Bacaan Lanjut
SQUID GAME MUSIM KEDUA: INI YANG ANDA PERLU TAHU

SQUID GAME MUSIM KEDUA: INI YANG ANDA PERLU TAHU

Bacaan Lanjut
rancangan Netflix paling popular

TOP 10 RANCANGAN TV YANG PALING POPULAR DI NETFLIX

Bacaan Lanjut
SIRI BEEF DIBOIKOT PENONTON GARA-GARA DAVID CHOE

SIRI BEEF DIBOIKOT PENONTON GARA-GARA DAVID CHOE

Bacaan Lanjut
5 FAKTA MENGENAI YOUNG MAZINO, BINTANG KOREA DALAM SIRI POPULAR BEEF

5 FAKTA MENGENAI YOUNG MAZINO, BINTANG KOREA DALAM SIRI POPULAR BEEF

Bacaan Lanjut
MENGEJUTKAN! WATAK PENTING INI TIDAK AKAN KEMBALI DALAM BRIDGERTON MUSIM KETIGA

MENGEJUTKAN! WATAK PENTING INI TIDAK AKAN KEMBALI DALAM BRIDGERTON MUSIM KETIGA

Bacaan Lanjut