SIRI BEEF DIBOIKOT PENONTON GARA-GARA DAVID CHOE
Selepas kejayaan Beef, timbul pula satu dakwaan yang mencalarkan reputasi drama hit terbaharu Netflix itu.
Salah seorang pelakon, David Choe menerima kecaman hebat di media sosial daripada penonton siri Beef beberapa hari lalu. Ini berlaku setelah munculnya klip yang menunjukkan dia bercakap mengenai serangan seksual yang dilakukannya terhadap seorang tukang urut wanita di Los Angeles.
David Choe membuat kenyataan berani mengenai seks oral tanpa kebenaran itu pada 2014. Bagaimanapun rakaman itu hanya tular baru-baru ini di Twitter, sekali gus mengundang amarah peminat. Dia kemudiannya mengakui cerita itu hanyalah rekaannya sendiri.

Foto: Netflix
Pelakon berusia 46 tahun itu menggalas watak sebagai penjenayah bernama Isaac Cho dalam siri Beef. Drama komedi gelap 10 episod itu berkisar tentang pergaduhan antara dua individu yang membawa kepada tragedi balas dendam. Ia turut dibintangi oleh Ali Wong, Steven Yeun serta Young Mazino. Karya ciptaan Lee Sung Jin itu meraih ulasan memberangsangkan dan seratus peratus skor penilaian daripada Rotten Tomatoes.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SQUID GAME MUSIM KEDUA: INI YANG ANDA PERLU TAHU
Siri paling popular di Netflix, Squid Game akan menghiburkan penonton dengan musim kedua sedikit masa lagi.
5 FAKTA MENGENAI YOUNG MAZINO, BINTANG KOREA DALAM SIRI POPULAR BEEF
Young Mazino diberi tanggungjawab menggalas watak Paul, adik kepada Steve Yeun dalam drama Beef yang meraih 100% skor daripada Rotten Tomatoes.
10 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG APRIL 2023
Dari “Sweet Tooth: Season 2” kepada siri adiwira ikonik Power Rangers terbaharu, laman penstriman utama membariskan 10 rancangan baharu yang ‘must watch’ sepanjang April 2023.
MENGEJUTKAN! WATAK PENTING INI TIDAK AKAN KEMBALI DALAM BRIDGERTON MUSIM KETIGA
Selepas Rege-Jean Page, tiba giliran aktres popular ini pula untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Bridgerton.
BINTANG WEDNESDAY, PERCY HYNES WHITE BERDEPAN TUDUHAN SERANGAN SEKSUAL
Tanda pagar #cancelpercy kini hangat Di Twitter selepas sisi gelap Percy Hynes White didedahkan bekas rakan sekolahnya di media sosial.
STEVEN TYLER DITUDUH MELAKUKAN SERANGAN SEKSUAL TERHADAP GADIS BAWAH UMUR
Vokalis Aerosmith, Steven Tyler disaman kerana melakukan jenayah seksual dan memberi tekanan emosi kepada gadis bawah umur dengan sengaja.