Skip to content

10 FILEM TERBAIK TOM CRUISE MENURUT ROTTEN TOMATOES

10 FILEM TERBAIK TOM CRUISE MENURUT ROTTEN TOMATOES

Kongsikan artikel ini

Tom Cruise membuat kemunculan pertama di layar perak dengan hanya memakai seluar pendek menerusi filem Tap pada 1981.

Sejak itu perjalanan kerjayanya memuncak dan Tom menjadi salah seorang bintang Hollywood paling kaya dan berjaya. Malah dia tersenarai sebagai pelakon dengan pendapatan paling tinggi pada 2012.

Kini pada usia 50-an, pelakon A-list ini masih mampu melakonkan aksi lagak ngeri seperti melompat dari kapal terbang, berlari laju, dan memegang watak utama dalam salah satu francais aksi terbaik Hollywood.

GL senaraikan barisan filem terbaik Tom Cruise sepanjang zaman

 

10. The Color of Money (1986)

Skor Rotten Tomatoes: 87%

Filem adaptasi novel ini berkisar tentang Eddie Felson (Paul Newman) yang sedang dalam misi mendidik seorang anak muda bongkak namun berbakat (Tom) untuk menjadi pemain pool berjaya.

 

9. Rain Man (1988)

Skor Rotten Tomatoes: 88%

Tom memegang watak sebagai penjahat yang mempelajari cara untuk menjadi lelaki dewasa matang dan bersifat empati demi abangnya yang menghidap autisme.

 

8. Minority Report (2002)

Skor Rotten Tomatoes: 89%

Dalam filem ini, Tom diberi peranan sebagai polis futuristik yang memburu penjenayah sebelum mereka membunuh diri, sehinggalah dia dituduh merancang pembunuhan.

 

7. Edge of Tomorrow (2014)

Skor Rotten Tomatoes: 91%

10 FILEM TERBAIK TOM CRUISE MENURUT ROTTEN TOMATOES

Dalam filem ini, Major William Cage (Tom) perlu menyelamatkan Bumi dan manusia daripada spesies alien dengan bantuan sarjan Rita Vrataski (Emily Blunt) selepas terperangkap dalam gelung masa.

 

6. Risky Business (1983)

Skor Rotten Tomatoes: 93%

10 FILEM TERBAIK TOM CRUISE MENURUT ROTTEN TOMATOES

Filem komedi seks remaja ini menyaksikan gandingan Tom bersama Rebecca De Mornay. Ia berkisar tentang materialisme, akil baligh dan kapitalisme.

 

5. Mission: Impossible — Ghost Protocol (2011)

Skor Rotten Tomatoes: 94%

10 FILEM TERBAIK TOM CRUISE MENURUT ROTTEN TOMATOES

Tom melakonkan salah satu aksi lagak ngeri paling berbahaya dalam kerjayanya dengan memanjat Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia. Keseluruhan babak tersebut dirakam dari ketinggian 2,722 kaki.

 

4. Mission: Impossible — Rogue Nation (2015)

Skor Rotten Tomatoes: 94%

Setelah beberapa dekad bergelar salah seorang bintang aksi terhebat, francais Mission: Impossible terbukti menjadi legasi terbesar pelakon ini. Dalam filem kelima ini, Ethan Hunt (Tom) harus membentuk kembali Impossible Mission Force (IMF) yang telah dibubarkan untuk menghentikan rangkaian pengganas antarabangsa.

 

3. Mission: Impossible — Dead Reckoning Part One (2023)

Skor Rotten Tomatoes: 96%

Dalam filem Mission: Impossible terkini, Ethan Hunt dan pasukan IMF mesti menjejaki senjata baru yang mampu mengancam kesejahteraan manusia jika jatuh ke tangan yang salah.

 

2. Top Gun: Maverick (2022)

Skor Rotten Tomatoes: 96%

Merupakan sekuel kepada Top Gun (1986), filem ini berkisar tentang Kapten Pete ‘Maverick’ Mitchell (Tom) yang perlu berhadapan dengan masa lalunya ketika melatih sekumpulan penerbang muda termasuk anak mendiang sahabatnya, Leftenan Nick ‘Goose’ Bradshaw, USN.

 

1. Mission: Impossible — Fallout (2018)

Skor Rotten Tomatoes: 98%

Dalam filem keenam francais Mission: Impossible ini, Tom merisikokan tubuh dan nyawa untuk beberapa babak paling luar biasa dalam perjalanan kerjayanya. Filem ini berkisar tentang perjuangan pasukan IMF untuk menghentikan beberapa serangan nuklear.

 

Pautan berkaitan: 10 FILEM HOLLYWOOD TERBAIK & TERCOROT PADA 2024