TARIKH TAYANGAN: 1 Mei 2025 BAHASA: Melayu, Indonesia GENRE: Fantasi Seram KLASIFIKASI: P13 DURASI: Akan Datang PENGARAH: Dain Said PELAKON: Fattah Amin, Pekin Ibrahim PENGEDAR FILEM: Malaysia Movies Distributor
SINOPSIS: Kehidupan tok dalang ternama, Pok Lee, hancur berkecai apabila anak perempuannya, Ayu, dibunuh dengan kejam. Penduduk kampung menyalahkan buaya liar di paya berdekatan sebagai puncanya. Namun, Pok Lee yakin ada sesuatu yang lebih gelap di sebalik tragedi ini.
Dengan semangat yang membara dan jiwa yang terluka, Pok Lee berikrar tidak akan berhenti selagi pembunuh sebenar anaknya belum ditemui — walaupun perlu merentasi sempadan antara dunia nyata dan alam ghaib.