5 FILEM KLASIK & IKONIK BERTEMA ‘HOLIDAY’
Salah satu aktiviti di musim perayaan yang membawa nilai nostalgik ialah dengan menonton filem klasik dalam ‘holiday season’ kali ini.
Musim percutian sering kali hadir bersama keinginan untuk kembali kepada perkara yang sederhana namun bermakna. Contohnya, meluangkan masa bersama insan tersayang, memperlahankan rentak hidup, dan menghidupkan semula tradisi kecil yang memberi rasa selesa. Salah satu ritual yang tidak pernah pudar ialah menonton filem bertema Holiday. Karya-karya yang bukan sekadar hiburan tetapi menjadi jambatan emosi antara kenangan lama dan detik baharu. Daripada komedi keluarga yang penuh gelak tawa hingga kisah cinta yang hangat dan menyentuh jiwa. Dunia fantasi yang membangkitkan imaginasi turut membuatkanfilem-filem ini kekal relevan merentas generasi dan budaya. Setiap judul membawa makna tersendiri tentang kasih sayang, kebersamaan dan keajaiban musim perayaan — menjadikannya pilihan wajib untuk mengisi waktu santai sepanjang cuti. Berikut adalah lima filem klasik dan ikonik bertema ‘holiday’ yang terus hidup dalam memori penonton, tahun demi tahun.
#1 Home Alone
Bagi orang ramai, Krismas tidak lengkap tanpa Kevin McCallister. Filem Home Alone (1990) mengisahkan seorang kanak-kanak yang secara tidak sengaja tertinggal sendirian di rumah apabila keluarganya berangkat bercuti. Apa yang bermula sebagai panik bertukar menjadi medan perang komedi slapstick. Kevin terpaksa mempertahankan rumahnya daripada dua pencuri. Sarat dengan humor ikonik dan adegan yang penuh kreativiti, filem ini bukan sahaja menjanjikan gelak tawa. Filem ini juga nilai kekeluargaan yang mendalam. Ia adalah simbol mutlak keceriaan Krismas yang penuh nostalgia dan klasik.

#2 Love Actually
Dianggap sebagai filem ‘wajib’ Krismas bagi peminat genre romantik komedi, Love Actually (2003) menyajikan kisah ensemble yang merangkumi pelbagai lapisan cinta. Love Actually berlatarbelakangkan London yang bersalji menjelang Krismas. Filem ini menenun pelbagai cerita yang menggambarkan manisnya percintaan baharu, kepedihan cinta yang tidak terbalas, dan ikatan kekeluargaan yang utuh. Diraikan kerana kejujuran emosinya dan dialog yang mampu ‘melekat’ di hati, Love Actually membuktikan bahawa cinta, dalam pelbagai bentuknya, benar-benar berada di sekeliling kita.

#3 The Holiday
Mencari kisah cinta yang ringan dan memberikan escapism? The Holiday (2006) adalah jawapannya. The Holiday mengisahkan pertukaran rumah antara Amanda (dari Los Angeles) dan Iris (dari England). Kisah ini berlaku selepas kedua-duanya mengalami kekecewaan cinta. Pertukaran ini membawa mereka bukan sahaja ke persekitaran baharu, tetapi juga menemukan cinta dan makna baharu dalam hidup mereka. Dengan pemandangan yang indah dan naratif yang hangat, The Holiday adalah pilihan sempurna untuk sesi menonton yang santai pada musim cuti.

#4 How the Grinch Stole Christmas
Filem mengenai The Grinch versi aksi lakonan Jim Carrey yang bertenaga, kisah How the Grinch Stole Christmas kekal relevan merentasi generasi. Filem ini membawa kita kepada makhluk hijau yang membenci perayaan Krismas dan plotnya untuk mencuri segala-galanya daripada penduduk Whoville. Namun, di sebalik kemarahan Grinch, tersembunyi mesej yang kuat tentang empati, komuniti, dan kesedaran bahawa Krismas bukan terletak pada hiasan atau hadiah, tetapi pada semangat dan hati yang bersyukur.
#5 Charlie & The Chocolate Factory
Meskipun Charlie & The Chocolate Factory (2005) tidak berfokus khusus pada Krismas, nuansa magis dan dunia fantasi yang diciptakannya menjadikannya pilihan percutian yang ideal. Mengikuti pengembaraan Charlie Bucket yang jujur di kilang coklat milik Willy Wonka yang penuh misteri. Charlie & The Chocolate Factory adalah pesta visual yang kaya dengan imaginasi. Dengan penekanan yang kuat pada nilai kekeluargaan dan ganjaran bagi kebaikan hati, filem ini menawarkan pengembaraan yang manis dan menyeronokkan untuk ditonton oleh seisi keluarga.

Pautan berkaitan: FILEM PANGKU, LAKONAN CLARESTA TAUFAN, FEDI NURIL & ARAHAN REZA RAHADIAN
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 FILEM YANG PASTI MENGHIBURKAN ANDA PADA MUSIM PERAYAAN
Cuti perayaan adalah waktu terbaik untuk meluangkan masa bersama yang tersayang dengan menonton filem baharu di pawagam.
RED ONE BAKAL MENYATUKAN CHRIS EVANS & DWAYNE JOHNSON
Tahun 2022 dilihat sebagai tahun yang sibuk buat Chris Evans apabila dipilih untuk membintangi sebuah lagi filem di samping The Rock.







