5 FILEM LAKONAN MANTAP FATTAH AMIN
Fattah Amin merupakan seorang pelakon serba boleh dan ikon industri hiburan tanah air dengan lakonannya yang sangat versatil.
Fattah Amin telah berjaya menawan hati penonton melalui pelbagai watak yang dibawanya di layar perak. Karismanya yang memukau, digabungkan dengan kebolehannya menyelami pelbagai jenis karakter, menjadikan namanya sinonim dengan filem-filem tempatan yang berkualiti. Sejak memulakan kerjayanya, wajah muka hadapan isu Januari GLAM Lelaki ini telah membuktikan bahawa dia bukan sahaja memiliki rupa paras yang menawan, tetapi juga bakat lakonan yang luar biasa.
GLAM Lelaki akan menyelusuri lima filem terbaik yang menampilkan lakonan mantap Fattah Amin. Setiap filem ini bukan sahaja memaparkan keupayaannya untuk menghidupkan watak dengan penuh emosi, malah membuktikan bahawa dia mampu meninggalkan impak yang mendalam kepada penonton. Daripada filem romantik hingga aksi mendebarkan, Fattah terus mencuri perhatian sebagai salah seorang bintang paling menyerlah dalam industri perfileman Malaysia.
#1 KL Special Force
KL Special Force menceritakan tentang sebuah unit khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenali sebagai KL Special Force dalam usaha mereka menumpaskan Geng Anarkis. Geng itu merupakan sebuah kumpulan perompak yang mensasarkan Bank Damofa. Fattah Amin memegang watak Zul, seorang pegawai polis muda bernama Zulkilfli yang diserap dalam unit khas JSJ. Dia ditugaskan untuk membantu Roslan (Rosyam Nor) menyelesaikan kes berkenaaan. Masalah timbul apabila Zul mengalami masalah dengan tunangnya Mia, yang merupakan anak kepada pemilik Bank Damofa.

#2 Wanita Terindah
Filem ini mengisahkan Fahim yang dilakonkan Fattah Amin, seorang jurugambar di sebuah syarikat penerbitan majalah yang memiliki perwatakan yang panas baran dan degil. Namun begitu, beliau yang merupakan seorang anak tunggal begitu akrab dan menyayangi ibunya (Liza Othman), sehingga menamakan wanita itu sebagai ‘Wanita Terakhir’. Apabila ibunya membawa pulang seorang anak istimewa dari pusat jagaan, Fahim tidak dapat menerima kehadiran Fikri, lakonan Adam Mika.

#3 Miimaland
Fattah Amin membawa watak Ariel, yang menerima tawaran untuk menjalani penggambaran di Mimaland bersama isterinya yang hamil, Elize (Sophia Al-Barakbah) di sebuah taman tema air yang sudah lama terbiar. Bersama kru mereka, pasangan itu memasuki taman yang tersembunyi di tengah hutan. Namun, perkara-perkara aneh mula berlaku di dalam taman tersebut. Elize tanpa disedari menjadi sasaran gangguan oleh semangat mistik di situ. Satu per satu, ahli kumpulan mereka kehilangan nyawa.

#4 Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ialah sebuah filem biografi epik sejarah Malaysia 2022 arahan Syamsul Yusof. Fattah Amin membawa watak yang memberi impak dalam filem ini, Awang. Awang merupakan rakan kepada Mat Kilau (Adi Putra) yang marah kerana dirinya tidak dipilih sebagai ketua pahlawan. Akibat itu, pergaduhan berlaku antara mereka dan mereka berpisah.

#5 Pendekar Awang: Darah Indera Gajah
Pendekar Awang: Darah Indera Gajah ialah sebuah filem aksi berlatarkan sejarah Malaysia tahun 2024 yang diarahkan oleh Sharuddin Dali dan Saiful Reza Shukor. Filem ini merupakan spin-off kepada filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang diterbitkan pada tahun 2022. Filem kali ini tertumpu kepada Awang, yang dilakonkan oleh Fattah Amin dalam perjuanganya menentang kuasa Inggeris di negeri Pahang.

Pautan Berkaitan: 10 LAGU JUDIKA PALING BANYAK DI STRIM DI SPOTIFY
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LEE SOO-MAN KEMBALI DALAM DUNIA MUZIK, KENALI 3 KUMPULAN DI BAWAH A2O ENTERTAINMENT
A2o Entertainment yang bernaung di bawah nama Lee Soo-man bawa semula genre K-Pop yang dirindui ramai dengan 3 kumpulan mereka.
LESS IS MORE: KEBANGKITAN GAYA ‘CLEAN BOY’
Gaya ‘clean boy’ semakin popular dalam kalangan lelaki dengan pilihan fesyen minimalis, warna neutral dan penampilan yang kemas.
RECAP GL THE MAN AWARDS 2026: MERAIKAN GAYA LELAKI MODEN
GLAM Lelaki kembali dengan GL The Man Awards buat tahun 2026.
DIOR BOLT SIMBOL KEANGGUNAN MODEN DALAM KOLEKSI BEG WINTER 2026-2027
Mendefinisikan semula gaya aksesori kontemporari, Dior memperkenalkan koleksi Dior Bolt bagi musim Winter 2026-2027 oleh Jonathan Anderson.
REKAAN LOKAL, GAYA GLOBAL: JENAMA BAG TO CHECK OUT
Cari beg tempatan yang bergaya? Kenali 5 jenama bag Malaysia dengan rekaan unik dan moden yang wajib masuk dalam senarai anda.
LOCAL SCENTS: 5 JENAMA WANGIAN MALAYSIA PILIHAN GLAM LELAKI
Temui pilihan perfume Malaysia dengan wangian segar, maskulin dan berkarakter yang sesuai untuk melengkapkan gaya harian anda.











