5 FILEM MENARIK LAKONAN AKTOR AUSTRALIAN-INDONESIAN HAMISH DAUD
Nama Hamish Daud bukan asing dalam dunia hiburan Indonesia. Pelakon, hos dan arkitek berdarah campuran Australia–Indonesia ini bukan sekadar wajah tampan di layar perak, tetapi juga figura yang membawa makna baharu kepada definisi lelaki moden Asia. Ikuti 5 filem menarik lakonan Hamish Daud sepanjang karriernya.
1. GANGSTER (2015)
Filem aksi urban ini menandakan permulaan penting dalam karier lakonan Hamish Daud. Dalam Gangster, Hamish memegang watak utama sebagai Jamroni. Seorang lelaki kampung yang terseret ke dunia jenayah kota Jakarta. Melalui watak ini, Hamish menampilkan sisi maskulin dan garang, namun tetap realistik. Aksi fizikal dan emosi yang ditunjukkan menjadikan Gangster bukti bahawa dia lebih daripada sekadar wajah tampan, tapi pelakon yang mampu menghidupkan dunia gelap dan keras dengan penuh penjiwaan.
2. LOVE YOU… LOVE YOU NOT (2015)
Dalam filem romantik komedi ini, Hamish mempamerkan sisi yang sedikit berbeza. Lakonannya lebih ringan, manis dan bersahaja. Bergandingan dengan aktris Pevita Pearce, kisah ini mengisahkan percintaan dua insan dari dunia berbeza yang dipenuhi salah faham lucu dan momen menggetarkan hati. Gaya lakonan Hamish yang santai namun penuh pesona menjadikan filem ini antara tontonan romantik paling dikenang oleh peminat filem Indonesia moden.
3. TRINITY, THE NEKAD TRAVELER (2017)
Filem ini menjadi salah satu karya paling ikonik dalam karier Hamish. Diadaptasi daripada blog popular The Nekad Traveler karya Trinity, Hamish memegang watak Paul. Lelaki berjiwa pengembara yang bertemu dengan Trinity dalam perjalanan yang mengubah pandangan hidup mereka. Dengan latar lokasi menakjubkan di Indonesia dan luar negara, filem ini bukan sekadar kisah cinta, tetapi juga refleksi tentang kebebasan, identiti dan makna sebenar pengembaraan.
4. TRINITY TRAVELER (2019)
Sambungan kepada kisah pertama, filem ini memperlihatkan kematangan karakter Paul yang dibawakan oleh Hamish. Kali ini, kisahnya lebih mendalam, bukan sekadar perjalanan fizikal, tetapi juga emosional. Dinamik antara Paul dan Trinity berkembang menjadi lebih kompleks, dan lakonan Hamish memberi dimensi baharu kepada tema cinta, kehilangan dan penerimaan diri. Ia sekaligus menegaskan kemampuan Hamish untuk bermain dengan lapisan emosi yang lebih halus dan tulus.
5. SUPERNOVA: KSATRIA, PUTRI & BINTANG JATUH (2014)
Antara karya paling dikenang dalam perjalanan awal karier Hamish Daud, Supernova: Ksatria, Putri & Bintang Jatuhmenggabungkan unsur falsafah, sains dan cinta dalam satu naratif sinematik yang memukau. Dalam filem adaptasi novel best-seller karya Dee Lestari ini, Hamish memegang watak sebagai Dimas. Seorang penulis yang terperangkap antara idealisme, cinta, dan realiti kehidupan. Watak ini memperlihatkan sisi intelektual dan emosional dirinya sebagai pelakon, menonjolkan kedalaman ekspresi dan karisma yang tenang di layar. Ia bukan sekadar kisah cinta, tetapi perjalanan mencari makna hidup yang menjadikan Hamish Daud lebih daripada sekadar aktor, tetapi pencerita yang menyentuh jiwa penonton.
Daripada watak penuh aksi hingga kisah cinta introspektif, Hamish Daud membuktikan bahawa daya tariknya terletak pada kejujuran dalam setiap lakonan. Dia bukan sekadar pelakon kacak di layar perak, tetapi juga cerminan lelaki moden yang tahu mengimbangi karier, gaya hidup dan nilai peribadi.
Artikel Berkaitan: 7 FILEM & SIRI TENTANG DEPRESI REMAJA DAN PEMBULIAN YANG WAJAR DITONTON
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENALI ANAK GENIUS ENGKU ALEESYA, ANAK KEPADA PRIMADONA PERFILEMAN MELAYU, ERRA FAZIRA
Engku Aleesya, simbol “beauty with brains”, meraih keputusan IGCSE cemerlang dan bersedia menyambung A-Level.
FILEM IKONIK LAKONAN PRIMADONA MALAYSIA, ERRA FAZIRA
Filem-filem lakonan Primadona Malaysia, Erra Fazira cukup ikonik hingga hari ini dan tidak akan pernah ditelan zaman dek lakonan hebatnya.
ERRA FAZIRA KINI ISTERI EZWAN ZAIN
Erra Fazira kini selamat bergelar isteri kepada Ezwan Zain. Pasangan ini dinikahkan pada pagi 12 Disember tadi.
KENALI DR ZAMIR HILMAN HAMZAH, SUAMI KEPADA SISSY IMANN
Sissy Iman kini sudah bergelar isteri kepada Dr Zamir Hilman Hamzah setelah dinikahkan oleh bapanya di Putrajaya.
KENAPA REMBAYUNG SUDAH VIRAL SEBELUM DIBUKA; DAN APA YANG ISTIMEWA TENTANGNYA
Rembayung, restoran RM4 juta Khairul Aming di Kampung Baru, kini viral sebelum pintunya dibuka kepada umum.
5 BUTIK BAHARU DIBUKA PADA TAHUN 2025 DI KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur dihadiri dengan butik-butik baharu dalam dunia fesyen yang menambah lagi kemeriahan di kota sibuk ini.











