Skip to content

5 FILEM TERBAIK LAKONAN JOAQUIN PHOENIX MENURUT ROTTEN ROMATOES

5 FILEM TERBAIK LAKONAN JOAQUIN PHOENIX MENURUT ROTTEN ROMATOES

Kongsikan artikel ini

Merupakan antara aktor paling versatil di Hollywood, nama Joaquin Phoenix tidak perlu diperkenalkan lagi.

Pelakon berusia 50 tahun ini menceburi industri hiburan dengan membintangi drama berjudul River pada tahun 80-an. Penglibatan terawalnya dalam filem adalah menerusi Space Camp (1986) dan Parenthood (1989). Sejak itu dia telah berlakon dalam pelbagai naskah hebat yang melonjakkan namanya di Hollywood.

Terkenal dengan watak gelap, eksentrik dan luar dari kebiasaan, bapa kepada dua cahaya mata ini telah meraih pelbagai anugerah sepanjang kerjayanya dalam industri hiburan. Ini termasuk Anugerah Akademi, Anugerah Filem Akademi British, Anugerah Persatuan Pelakon Skrin, Anugerah Grammy dan dua Anugerah Golden Globe.

Pada tahun 2020, The New York Times menamakan Joaquin sebagai salah seorang pelakon terhebat pada abad ke-21. Terbaru dia muncul dalam filem Joker: Folie à Deux di samping Lady Gaga, bagaimanapun naskah arahan Todd Phillips itu gagal di mata pengkritik filem.

Ia meraih skor 33% daripada Rotten Tomatoes, 5.3/10 daripada IMDb dan 46% daripada Metacritic. Walaupun sambutan Joker: Folie à Deux agak hambar, masih banyak lagi karya hebat lakonan Joaquin yang memikat hati penonton.

Ini senarai filem Joaquin Phoenix yang meraih skor Tomatometer paling tinggi

 

5. You Were Never Really Here (2017)

FILEM TERBAIK JOAQUIN PHOENIX

Skor: 89%

Turut dibintangi oleh: Ekaterina Samsonov, Alex Manette, Judith Anna Roberts, Larry Canada, John Doman

Sinopsis: Joe, seorang veteran yang pernah melalui trauma memulakan misi untuk menyelamatkan gadis muda yang tiba-tiba hilang. Bagaimanapun dalam perjalanan, dia tanpa sengaja membongkar konspirasi gelap yang tidak dijangka.

 

4. Hotel Rwanda (2004)

FILEM TERBAIK JOAQUIN PHOENIX

Skor: 91%

Turut dibintangi oleh: Don Cheadle, Sophie Okonedo, Nick Nolte, Ofentse Modiselle, Desmond Dube

Sinopsis: Seorang pengurus hotel bernama Paul Rusesabagina menjalani kehidupan bahagia bersama isteri dan anak-anaknya di Rwanda. Dia mempamerkan keberaniannya dengan menyelamatkan banyak nyawa pelarian semasa perang komunal.

 

3. Parenthood (1989)

FILEM TERBAIK JOAQUIN PHOENIX

Skor: 92%

Turut dibintangi oleh: Steve Martin, Keanu Reeves, Dianne West, Mary Steenburgen, Rick Moranis

Sinopsis: Gil Buckman berusaha keras mengimbangi kehidupan peribadi dan profesionalnya sambil menangani masalah yang dicetuskan tiga anaknya. Kebimbangannya bertambah apabila isterinya hamil lagi.

 

2. C’Mon C’Mon (2021)

Skor: 94%

Turut dibintangi oleh: Woody Norman, Gaby Hoofman, Brandon Rush, Feist, Scott McNairy

Sinopsis: Seorang wartawan bernama Johnny diberi tanggungjawab menjaga anak saudaranya semasa ketiadaan kakaknya. Siapa sangka perjalanan dari Los Angeles ke New York berjaya mengeratkan hubungan persaudaraan dan membantu mereka memahami satu sama lain dengan lebih baik.

 

1. Her (2013)

Skor: 95%

Turut dibintangi oleh: Spike Jonze, Scarlette Johansson, Rooney Mara, Olivia Wilde, Chris Pratt

Sinopsis: Theodore Twombly, seorang penulis introvert, membeli sistem Kepintaran Buatan (AI) untuk membantunya menulis. Namun apabila dia mengetahui tentang keupayaan AI untuk belajar dan menyesuaikan diri, dia mula jatuh cinta terhadapnya.

 

Foto: Vanity Fair

Pautan berkaitan: 5 FILEM TERBAIK HUGH JACKMAN SELAIN DEADPOOL & WOLVERINE