5 Perkara Anda Patut Tahu Tentang IOS 10
Teks: Putra Mokhter Gambar: Sumber Google

Apple baru-baru ini telah melancarkan iOS 10 dengan spesifikasi yang lebih canggih dengan tambahan beberapa perisian yang menjadikan iOS 10, biggest iOS release ever!
PERMAINAN EMOJI

Dengan adanya iOS 10, anda tidak lagi perlu mencari emoticon yang sesuai untuk dihantar kepada rakan anda. Kali ini Apple memberi kemudahan kepada anda untuk berkomunikasi dengan cara yang lebih ringkas, laju dan fun! Contohnya jika anda menaip “pizza”, secara automatik, emoticon pizza akan terus ada di kotak mesej anda. Mudah bukan? Mungkin sudah tiba masanya untuk kita berkomunikasi dengan simbol emoticon sahaja. Lupakan perihal abjad!
SIRI, PEMBANTU TERBAIK

Antara perkara lain yang menyebabkan anda harus tukar kepada iOS 10 adalah kerana Siri bakal menjadi pembantu terbaik anda. Ya! Siri untuk iOS 10 bukanlah seperti yang dahulu. Lebih efektif dan memudahkan kerja harian anda. Siri diperbaharui dengan kekemasan yang canggih yang membolehkan Siri membantu anda untuk menghantar teks di WhatsApp, memesan Uber dan sebagainya.
KELEBIHAN WIDGETS

Anda tidak lagi perlu mencari aplikasi untuk melihat info/berita terkini ataupun tentang info cuaca kerana Apple memperkenalkan aplikasi terbaru, Widgets. Widgets membantu anda untuk melihat berita terkini, info cuaca, kalendar, peta dan juga tarikh temu janji anda.
Aplikasi ini boleh dilihat di skrin kekunci anda dan apabila anda menggunakan 3D Touch. Cuma perlu tolak ke kiri skrin kekunci, dan anda dapat lihat kesemua informasi yang anda inginkan.
iMESSAGE, MESRA PENGGUNA

iMessage untuk iOS 10 ini bukan sahaja untuk menghantar teks kepada rakan ataupun orang yang tersayang, namun kali ini Apple menjadikan iMessage sebagai platform untuk mendekatkan lagi hubungan yang jauh. Pelbagai jenis emoji baru tersedia khas untuk anda mengekspresi perasaaan. Bukan itu sahaja, malah anda juga boleh menghantar lagu kesukaan kepada rakan di iMessage.
Semuanya akan lebih mudah untuk menghantar gambar yang banyak serta juga mengirim foto dalam bentuk GIF. Malah, live camera menjadikan iMessage lebih mesra pengguna. Cepat dan mudah. Jika anda bersendirian dan jauh daripada rakan anda, setkan permainan untuk kamu berdua di iMessage. Pilihan permainan boleh dibuat di Apple Store. Apa yang lebih menariknya lagi, anda juga boleh berkarya dengan menggunakan Digital Touch. Anda hanya perlu menggunakan hujung jari untuk menghasilkan simbol kiss, heartbeat, heartbreak dan sebagainya.
MEMORI FOTO

Dalam iOS 10, anda boleh melihat kembali semua gambar yang tersimpan dalam iPhone anda. Bukan hanya gambar, malah aplikasi Memories ini juga akan menggabungkan kesemua video mengikut masa dan tempat, terutamanya untuk gambar atau video percutian mahupun perkahwinan anda. Usah risau, dengan adanya aplikasi Memories ini, detik manis anda tidak akan hilang, malah masih boleh dirasai dengan melihatnya kembali.
Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.
SWATCH X AUDEMARS PIGUET MERUNTUHKAN SEMPADAN TRADISI HOROLOGI
Kolaborasi Royal Pop antara Swatch dan Audemars Piguet kini dilancarkan bagi mencabar tradisi horologi mewah dunia. Dunia horologi global telah digegarkan oleh pelancaran kolaborasi yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Jenama gergasi Swatch secara rasminya telah bergabung tenaga dengan Audemars Piguet (AP). Pelancaran ini ternyata telah meruntuhkan sempadan tradisi jam tangan mewah yang sekian lama bertahan….
LABEL INDONESIA YANG KINI MENJADI KESUKAAN ‘FASHIONISTA’ TEMPATAN
Terokai jenama fesyen Indonesia seperti Dominate, Elhaus, dan Imaji Studio yang menjadi kegilaan peminat fashionista tempatan di Malaysia.











