RANCANG BERBUKA PUASA? 5 RESTORAN BAHARU DI KLGCC MALL BOLEH DICUBA
Barisan restoran-restoran yang wajib dikunjungi bersama kawan dan keluarga kini berada di mall baharu di Kuala Lumpur, KLGCC Mall.
KLGCC Mall bukan sekadar destinasi membeli-belah, tetapi juga syurga gastronomi yang menawarkan pelbagai pilihan restoran menarik untuk setiap selera. Terletak dalam persekitaran yang eksklusif dan dikelilingi kehijauan, pusat beli-belah ini menjadi lokasi pilihan untuk santapan santai. Ini boleh dijadikan aktiviti bersama keluarga, makan tengah hari bersama rakan sekerja, hinggalah ke pengalaman fine dining yang lebih istimewa.
Daripada hidangan tempatan yang membangkitkan nostalgia, sajian autentik Asia yang kaya dengan rempah, sehinggalah ke gabungan cita rasa Timur dan Barat yang moden serta kreatif — semuanya boleh ditemui di sini. Setiap restoran hadir dengan konsep tersendiri, suasana yang unik dan menu yang direka untuk memberikan pengalaman yang bukan sahaja mengenyangkan, tetapi juga meninggalkan memori yang bermakna. Jika anda sedang merancang kunjungan seterusnya dan ingin mencuba sesuatu yang berbeza, berikut adalah 5 restoran di KLGCC Mall yang wajib anda cuba.
#1 Serai
Serai Group ditubuhkan pada tahun 1990 dan dikenali dengan penawaran hidangan Halal yang pelbagai, berkualiti tinggi dan kreatif, menggabungkan cita rasa Timur dan Barat dalam setiap sajian. Serai memadankan suasana fine-dining yang santai, dengan gabungan citarasa Timur dan Barat. Di Serai, anda dapat merasai sebuah pengalaman santapan yang menyatukan keanggunan moden dengan kepelbagaian rasa dunia.
#2 Super Blonde
Evolusi segar daripada konsep asal Blonde, Super Blonde menampilkan pengalaman gaya hidup dan santapan yang dipertingkatkan. Mereka menggabungkan kreativiti, budaya dan kulinari dalam satu ruang yang dinamik. Dengan menu progresif, dalaman yang imersif serta identiti yang berani namun sofistikated, Super Blonde menawarkan lebih daripada sekadar hidangan. Ia mencipta ruang untuk inspirasi, hubungan bermakna dan detik-detik yang sukar dilupakan.
#3 Seminyak
Seminyak merupakan sebuah restoran Indonesia autentik yang terletak di tingkat 3 KLGCC Mall. Mereka menawarkan hidangan tradisional dengan rempah ratus yang harum serta suasana yang selesa. Menampilkan cita rasa asli Indonesia, restoran ini menyajikan hidangan istimewa seperti Tipat Cantok dan Batagor, yang kaya dengan rasa dan warisan budaya. Seminyak juga boleh menjadi salah satu destinasi berbuka puasa tahun ini.
#4 Coast & Roast
Coast & Roast, sebuah konsep oleh Fish & Co., menawarkan pengalaman santapan unik yang menampilkan hidangan kegemaran ramai serta resipi eksklusif. Konsep ini diinspirasikan oleh nelayan Mediterranean yang memasak dan menikmati makanan laut terus dari kuali, menggunakan hanya ikan, makanan laut dan daging yang paling segar. Diperkaya dengan bahan semula jadi berkualiti tinggi seperti mentega artisan, herba dan rempah ratus dari seluruh dunia, setiap hidangan dihasilkan untuk memberikan rasa yang luar biasa dan memuaskan.

#5 Fiel Charcoal Grillhouse
Fiel ialah grillhouse arang moden oleh Kay’s Steak & Lobster, di mana api memimpin setiap hidangan. Setiap stik, filet dan sajian yang dipanggang dengan sentuhan bara dibina atas asas kualiti, kreativiti dan jiwa. Makanan yang hebat seharusnya menyentuh perasaan. Mereka turut menghidangkan makanan Melayu yang boleh dinikmati seisi keluarga.
Pautan berkaitan: 6 LOKASI BERBUKA PUASA MAKANAN KAMPUNG PREMIUM DI KUALA LUMPUR
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 SPOT MEETING DI THE EXCHANGE TRX
Jika anda ingin mempunyai mersyuarat produktif sambil menikmati hidangan. Temui 5 restoran terbaik di The Exchange TRX yang sempurna.
5 SPOT RESTORAN MEWAH FOR ‘FIRST DATE’
GLAM Lelaki menemukan restoran mewah dan romantik untuk "First Date"! Kami bawakan destinasi terbaik untuk memulakan kisah cinta anda.
CITA RASA AUTENTIK JEPUN DI MIYABI, SHERATON PETALING JAYA HOTEL
Alami pengalaman yang elegan dan autentik untuk menikmati cita rasa kulinari Jepun premier di restoran Miyabi di Sheraton Petaling Jaya Hotel.
5 RESTORAN DI KUALA LUMPUR UNTUK MAKAN MALAM ROMANTIK
Jika anda ingin membuat kejutan untuk pasangan dengan makan malam yang romantik, restoran-restoran ini akan menyediakan makanan dan atmosfera yang akan membuat sesiapa pun terpukau.
DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE MENAWARKAN PERCUTIAN ‘THE MALAYSIAN EXPERIENCE’ BAHARU
Hotel peranginan tepi tasik, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside memperkenalkan 14 kategori bilik baharu, DoubleTree Studio Residency dan pengalaman percutian bertema Malaysia.
GLAM LELAKI CHEF TABLE: PENGALAMAN KULINARI EKSKLUSIF YANG PERTAMA
Buat julung kali, GLAM Lelaki menganjurkan 'GLAM Lelaki Chef Table' yang dihadiri oleh selebriti, model dan bintang media sosial untuk pengalaman kulinari yang eksklusif.











